Back to Hotlink

Nikmati kebebasan, keberanian dan semua yang membuatkan seorang pelajar menjadi hebat dengan Hotlink Edisi Kampus!

Pelan prabayar yang lengkap dengan KADAR TERENDAH panggilan, SMS dan internet, eksklusif untuk pelajar kampus berumur 17-24 tahun.

Jangan tetapkan had, malah langkaui had anda. Daftarlah hari ini!

Cara untuk memiliki Hotlink Edisi Kampus?

• Dapatkan Pek Hotlink Edisi Kampus anda di road show kampus kami atau di pegedar-pengedar Hotlink kami yang terpilih. (Bukti Kad Pelajar dan Kad Pengenalan atau passport di perlukan).

Daftar di sini selepas anda membeli pek Hotlink Edisi Kampus untuk menikmati kadar terendah


Soalan Sering Ditanya

  • 1: Apakah Pelan Hotlink Edisi Kampus ini?
    J: Ia merupakan sebuah pelan semua dalam satu, khas untuk pelajar pengajian tinggi yang menawarkan kadar terendah untuk bercakap, SMS dan melayari internet dengan tempoh aktif selama 4 tahun serta ganjaran hebat.

  • 2: Bagaimanakah saya boleh mendaftar Hotlink Edisi Kampus?
    J: Langkah 1: Beli and aktifkan pek Hotlink Edisi Kampus di pengedar Hotlink terpilih atau acara di kampus
        Langkah 2: Daftar melalui facebook.com/hotlink dan nikmati kadar terendah Hotlink Edisi Kampus

  • 3: Siapakah yang layak mendaftar untuk Hotlink Edisi Kampus?
    J: Pelanggan yang :
    1. berumur 17 hingga 24 tahun; Warganegara/ Bukan Warganegara yang menuntut di Malaysia
    2. mempunyai Kad Pelajar institusi pengajian tinggi Malaysia.

  • 4: Berapa talian Hotlink Edisi Kampus yang boleh saya daftar?
    J: Setiap pelajar cuma boleh daftar SATU (1) pelan Hotlink Edisi Kampus untuk setiap nombor KP/ pasport.

  • 5: Adakah saya layak mendaftarkan diri untuk Hotlink Edisi Kampus, jika saya merupakan warganegara Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke luar negara?
    J: Tidak, hanya pelajar yang mempunyai kad pelajar institusi pengajian tinggi yang dikeluarkan di Malaysia sahaja yang layak mendaftar

  • 6: Saya adalah pelanggan Hotlink prabayar sedia ada, bolehkah saya menukar pelan ke Hotlink Edisi Kampus?
    J: Tidak, anda perlu beli dan aktifkan pek Hotlink Edisi Kampus.

Kadar:

  • 7: Apakah kadar panggilan dan SMS Hotlink Edisi Kampus?
    J: Hotlink Edisi Kampus menawarkan kadar yang TERENDAH di seluruh negara. Cuma tambah nilai minimum RM20 (terkumpul) dalam kalendar sebulan untuk terus menikmati kadar TERENDAH pada bulan berikutnya. Kadar yang dinyatakan adalah seperti rajah di bawah:

  • Tambah nilai
    (terkumpul dalam kalendar sebulan)
    RM20 dan
    ke atas
    Kurang RM20
    PanggilanPanggilan Ke Maxis/Hotlink 12 sen/min 24 sen/min
    Ke Rangkaian Lain 18 sen/min 36 sen/min
    SMS Ke Maxis/Hotlink 1 sen/ SMS
    (5 SMS pertama setiap hari akan dicaj 2sen/SMS. SMS selanjutnya hanya 1sen/SMS)
    5 sen/ SMS
      Ke Rangkaian Lain 6 sen/ SMS 10 sen/ SMS
    Nota: Tidak termasuk share-a load, ask-a-load, SOS dan pembayaran balik baki GPRS.
  • 7: Apakah Pelan Hotlink Edisi Kampus ini?
    J: Ia merupakan sebuah pelan semua dalam satu, khas untuk pelajar pengajian tinggi yang menawarkan kadar terendah untuk bercakap, SMS dan melayari internet dengan tempoh aktif selama 4 tahun serta ganjaran hebat.

  • 8: Adakah saya menikmati kadar 12 sen/ min & 1 sen/ SMS dengan serta-merta setelah berdaftar dengan Hotlink Edisi Kampus?
    J: Ya, anda akan menikmati kadar 12 sen/ min & 1 sen/ SMS secara serta-merta pada bulan pertama pendaftaran tanpa syarat tambah nilai.

  • 9: Adakah saya akan dapat menikmati kadar 12 sen/ min & 1 sen/ SMS pada bulan berikutnya?
    J: Anda cuma perlu menambah nilai minimum RM20 (terkumpul) pada bulan semasa untuk terus menikmati kadar 12 sen/ min & 1 sen/ SMS pada bulan berikutnya.

  • 10: Bagaimanakah jika saya tidak memenuhi syarat penambahan nilai minimum RM20 (terkumpul) pada bulan semasa?
    J: Kadar akan berbalik secara automatik kepada 24 sen/ min & 5 sen/ SMS bermula pada hari pertama pada bulan berikutnya

  • 11: Adakah kadar 12 sen/ min & 1sen/ SMS terhad di kawasan kampus sahaja?
    J: Tidak, kadar 12 sen/ min & 1 sen/ SMS adalah sah pada bila-bila masa di seluruh negara.

  • 12: Bolehkah pelanggan Hotlink Edisi Kampus menggunakan khidmat seperti share-a load, ask-a-load dan SOS?
    J: Tidak, khidmat tersebut tiada untuk pelan ini.

  • 13: Adakah saya masih dapat menikmati Activ10 dengan Hotlink Edisi Kampus?
    J: Tidak, Activ10 tidak disertakan dengan Hotlink Edisi Kampus kerana ia menawarkan kadar yang sama.

  • 14: Bolehkah saya melanggan pas Internet dengan Hotlink Edisi Kampus?
    J: Ya, anda boleh melanggan semua pas Internet yang ditawarkan kepada pelanggan prabayar Hotlink. Untuk maklumat lanjut, sila layari hotlink.com.my dan pilih Mobile Internet dalam pilihan Mobile Services.

Pendaftaran Facebook

  • 15: Bagaimana untuk mendaftar Hotlink Edisi Kampus di Facebook?
    J: Cuma layari facebook.com/hotlink dan isikan maklumat di bawah:
    1. Nombor prabayar Hotlink yang aktif
    2. Nombor KP baharu/ pasport
    3. Nama mengikut KP/ pasport
    4. Pilih Universiti / Kolej anda
    5. No. kad pelajar institusi pengajian tinggi
    6. Lampiran kad pelajar anda (sebelah yang memaparkan no. kad pelajar)

  • 16: Saya gagal melengkapkan pendaftaran melalui Facebook. Apakah sebabnya?
    J: Antara sebab-sebab kegagalan pendaftaran melalui Facebook adalah seperti berikut:
    1. Nombor prabayar Hotlink anda tidak aktif
    2. Nombor KP/ pasport berlainan dengan yang digunakan untuk pendaftaran nombor telefon bimbit anda
    3. Umur bukan dalam lingkungan 17-24 tahun (berdasarkan KP yang didaftarkan)
    4. Tidak memilih universiti/ kampus
    5. Tidak memasukkan nombor pelajar institusi pengajian tinggi yang tepat
    6. Tidak melampirkan Kad Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (sebelah yang memaparkan no. kad pelajar)

  • 17: Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memenuhi keperluan membuat satu panggilan atau satu SMS dalam kawasan kampus dalam tempoh 3 bulan sebelumnya?
    J: Anda akan ditukar kepada pelan prabayar Hotlink yang biasa. Pendaftaran semula untuk Hotlink Edisi Kampus tidak akan dilayan.

  • 18: Adakah saya perlu mengemas kini maklumat saya dalam pendaftaran Facebook jika saya telah menukar universiti atau kolej dan jika ya, bagaimanakah caranya?
    A: Ya, cuma lampirkan salinan Kad Pelajar insititusi pengajian tinggi anda (sebelah yang memaparkan no. kad pelajar) ke HCE@maxis.com.my untuk pengemaskinian dalam tempoh 3 bulan.

  • 19: Saya telah membuat satu panggilan atau menghantar satu SMS dalam tempoh 3 bulan sebelumnya di kawasan kampus, tetapi ia bukan kampus yang dipilih semasa pendaftaran, apakah yang akan terjadi?
    J: Penggunaan mestilah dalam kampus yang sama seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Oleh itu pihak Hotlink mempunyai hak untuk menukarkan anda kepada pelan prabayar Hotlink yang biasa.

Tempoh Aktif

  • 20: Apakah tempoh aktif untuk Hotlink Edisi Kampus?
    J: Hotlink Edisi Kampus menawarkan tempoh aktif yang PALING LAMA iaitu selama 4 tahun.

  • 21: Adakah terdapat syarat penggunaan dalam kawasan kampus supaya pelan ini kekal aktif?
    J: Ya, semua pelanggan Hotlink Edisi Kampus perlu membuat sekurang-kurangnya satu panggilan ATAU menghantar satu SMS dalam kampus yang dipilih (seperti dinyatakan dalam borang pendaftaran) untuk setiap 3 bulan.

  • 22: Apakah yang akan terjadi selepas 4 tahun tempoh aktif berakhir?
    J: Pelanggan akan secara automatik ditukar kepada pelan prabayar Hotlink yang biasa.

  • 23: Pelan Hotlink Edisi Kampus saya akan tamat tempoh tidak lama lagi, tetapi saya masih seorang pelajar. Bolehkan saya kekal dalam pelan ini?
    J: Pelan ini hanya sah selama 4 tahun. Oleh itu, anda akan ditukar kepada pelan prabayar Hotlink biasa selepas tempoh 4 tahun.

Tawaran Untuk Pelanggan Terawal

  • 24: Apakah tawaran untuk pelanggan terawal?
    J: Semua pelanggan Hotlink Edisi Kampus akan menerima Akses Facebook Mobile serta 25MB Mobile Internet PERCUMA yang sah selama 5 hari (bernilai RM5).

  • 25: Siapakah yang layak untuk tawaran pelanggan terawal?
    J: Semua pelanggan Hotlink Edisi Kampus yang mendaftar dalam tempoh masa dari 6 September 2012 sehingga 31 Oktober 2012.

  • 26: Bilakah saya dapat menebus promosi pas data RM5 Facebook percuma?
    J: Untuk pendaftaran dalam bulan September, pas data percuma akan dimaklumkan melalui SMS pada 15 Oktober 2012. Untuk pendaftaran dalam bulan Oktober, pas data percuma akan dimaklumkan melalui SMS pada 15 November 2012.

  • 27: Bagaimana untuk menebus data pas RM5 Facebook percuma?
    J: Anda hanya perlu megikuti langkah-langkah yang diberi melalui SMS dan tebus dalam masa 3 hari (dari hari SMS diterima).

  • 28: Berapa kali saya dapat menikmati data pas RM5 Facebook percuma?
    J: Anda cuma layak untuk menebus SATU (1) data pas RM5 percuma Facebook.

  • 29: Apakah yang perlu saya lakukan untuk menggunakan data pas RM5 Facebook?
    J: Untuk menggunakan Mobile Internet anda perlu melakukan perkara berikut: 1. Pengaktifan GPRS atau 3G (Untuk aktifkan, dail *136# atau hubungi Khidmat Pelanggan) 2. Untuk mendapatkan penetapan telefon yang betul bagi peranti anda dan untuk mengaktifkan penetapan GPRS/ 3G, dail *100#, pilih ‘Internet Settings’ dan kemudian ‘Phone Settings’

  • 30: Bilakah pas percuma Facebook saya akan tamat?
    J: Pas Facebook percuma anda akan tamat berdasar 2 perkara berikut:M
    1. Setelah tempoh pas tamat, atau
    2. Jika anda telah menghabiskan kuota yang diberikan (MB) untuk melayari laman internet yang lain, tempoh melayari laman Facebook secara percuma tamat.

  • 31: Bolehkah saya melanggan pas Internet Facebook harian, mingguan atau bulanan ketika menggunakan pas internet percuma Facebook?
    J: Anda cuma boleh melanggan satu pas berdasarkan Tempoh Masa atau pas Internet Facebook (bukan pas bulanan) dan satu pas bulanan pada masa yang sama. Anda tidak boleh melanggan 2 jenis pas Berdasarkan Tempoh Masa atau 2 pas Bulanan pada masa yang sama.

Mata Ganjaran Hotlink

  • 32: Adakah saya boleh nikmati Mata Ganjaran Hotlink dengan pelan ini?
    J: Ya, cuma tambah nilai terkumpul RM50 dan ke atas dalam kalendar sebulan untuk mengumpul Mata Ganjaran.

  • 33: Berapakah Mata Ganjaran yang saya akan terima?
    J: Kumpul 2 Mata Ganjaran dengan setiap tambah nilai RM1.

  • 34: Bagaimana untuk menyemak atau menebus Mata Ganjaran?
    J: Dail *100#, Pilih “Maklumat Akaun” dan Pilih “Ganjaran”.

  • 35: Apakah yang boleh ditebus dengan Mata Ganjaran saya?
    J: Anda boleh menggunakan Mata Ganjaran untuk menebus masa berbual atau SMS (Hotlink ke Maxis/Hotlink). Masa berbual yang ditebus akan tamat tempoh pada masa yang sama dengan baki kredit di dalam akaun Hotlink anda. Tiada tamat tempoh untuk SMS yang ditebus.

  • 36: Berapakah Mata Ganjaran yang diperlukan untuk ditebus?
    J: Anda perlukan 100 Mata Ganjaran minima untuk penebusan.

  • 37: Bilakah saya boleh menebus Mata Ganjaran?
    J: Anda boleh menebus Mata Ganjaran pada bila-bila masa, selagi akaun Hotlink anda masih aktif dan mempunyai Mata Ganjaran yang mencukupi.

Ganjaran Hari Jadi

  • 38: Apakah ganjaran hari jadi saya?
    J: Sebagai ganjaran hari jadi kerana kekal bersama Hotlink selama setengah tahun, anda dapat menikmati panggilan percuma ke Hotlink dan Maxis bedasarkan hari jadi yang didaftarkan oleh anda.

  • 39: Bolehkah saya nikmati panggilan percuma semasa akaun saya tidak aktif?
    J: Tidak. Akaun anda perlu aktif untuk menikmati panggilan percuma pada hari jadi anda.

  • 40: Bagaimana saya tahu jika saya layak untuk dapatkan ganjaran hari jadi?
    J: Anda akan menerima SMS notifikasi sehari sebelum hari jadi yang didaftarkan oleh anda. Untuk pelanggan Malaysia, tarikh hari jadi perlu sama dengan 6 angka pertama kad pengenalan Malaysia baharu.


*Ganjaran hari jadi sah untuk pelanggan yang bersama Hotlink lebih daripada 6 bulan



Hotlink Campus Edition T&C

NOTA