Hotlink - Your Total Mobile World
HOME > Mobile Services > Mobile Internet

MOBILE INTERNET - Surf More Pay Less

Soalan Sering Ditanya
  • Bagaimanakah saya melanggan pakej Internet Mudah Alih?

    Untuk melanggan dail *100#, pergi ke 'Internet dan Tetapan ' dan kemudian ke 'Mobile Internet'.

  • Apakah yang saya perlu untuk membolehkan saya menggunakan Internet Mudah Alih?

    Untuk membolehkan anda mengguna Internet Mudah Alih anda perlu ada:
    1. GPRS atau 3G yang telah diaktifkan (Untuk mengaktifkannya, dail *136# atau menghubungi Perkhidmatan Pelanggan)
    2. Untuk mendapatkan tetapan telefon yang betul bagi peranti anda dan mengaktifkan tetapan GPRS/3G anda, dail *100#, pergi ke 'Internet dan Tetapan' dan pilih 'Tetapan'

  • Berapakah harga pas Internet Mudah Alih?

    Harga Pas Internet Mudah Alih bermula dari RM2. Setiap harga pakej dan info pas akan ditunjukkan kepada anda sebelum anda melanggan sebarang pas.

  • Berapakah caj yang dikenakan untuk Internet Mudah Alih apabila saya berada di luar negara?

    Untuk pelanggan Hotlink, apabila anda berada di luar negara, anda hanya boleh mengguna Internet Mudah Alih melalui pengendali tertentu di luar negara (Sila rujuk laman web Hotlink (http:/www.hotlink.com.my) di bahagian 'Mobile Services' dan pilih 'Roaming' untuk maklumat lanjut. Di bawah tab 'Roaming, pilih 'Data Roaming'. Kadar perantauan antarabangsa juga dinyatakan di situ.

  • Apakah baki kredit minimum yang saya harus miliki apabila saya berada di luar negara bagi talian prabayar saya untuk membolehkan saya menggunakan data Prabayar perkhidmatan perantauan?

    Anda perlu memiliki baki kredit minimum sebanyak RM15 sebelum menggunakan data Prabayar perkhidmatan perantauan.

  • Di manakah data perantauan boleh digunakan dengan talian prabayar saya?

    Sila rujuk laman web Hotlink, di bahagian 'Mobile Services', pilih tab 'Roaming' untuk maklumat lanjut. Di bahagian 'Roaming', pilih 'Data Roaming'.

  • Adakah kelajuan sambungan data akan berkurangan apabila saya telah melebihi jumlah kuota pas pembaharuan automatik Mingguan (100MB atau 250MB) atau kuota pas pembaharuan automatik Bulanan (3GB) saya?

    Kelajuan sambungan data tidak akan berkurang apabila anda telah melebihi jumlah had data anda.

  • Berapakah caj yang perlu saya bayar jika penggunaan saya melebihi jumlah kuota pas Harian saya (iaitu, Pas 1 Hari 100MB dan/atau 500MB) atau Pas Mingguan saya ( Pas 1 Minggu 5MB)?

    Untuk pas Harian/Mingguan, apabila anda melayari internet selepas penggunaan melebihi jumlah kuota anda, anda akan dikenakan kadar caj Pay-Per-Use jika anda tidak kembali melanggan sebarang pakej.

  • Saya telah melanggan Pas 1 Hari dan telah menggunakan keseluruhan kuota sebelum tempoh 24 jam, bolehkah saya melanggan semula ke Pas Harian lain?

    Ya, anda boleh melanggan semula ke Pas Harian sama/lain sebelum tempoh 24 jam.

  • Bolehkah saya memiliki lebih daripada 1 pas pada masa yang sama?

    Anda boleh membeli atau memiliki sebanyak mana pas harian atau pas Facebook pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh memiliki satu (1) pas Bulanan (Pembaharuan Automatik) atau pas Mingguan (Pembaharuan Automatik) sahaja pada masa yang sama. Sila rujuk rajah di bawah bagi kombinasi pas yang anda boleh miliki serentak.

  • Jenis Pas Pas Masa:
    1 Hari (100MB), 1 Hari (500MB),
    1 Minggu (5MB) dan/atau Pas Quota Upgrade:
    3 Hari (1GB)
    Pas Facebook:
    2 Hari (10MB),
    5 Hari (25MB), atau
    10 Hari (75MB), dengan Facebook PERCUMA (tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Maxis)
    Pas Mingguan (Pembaharuan Automatik):
    1 Minggu (100MB),
    1 Minggu (500MB)
    Pas Bulanan (Pembaharuan Automatik):
    30 Hari (3GB)
    Pas Masa:
    1 Hari (100MB),
    1 Hari (500MB),
    1 Minggu (5MB)
    dan/atau Pas Quota Upgrade:
    3 Hari (1GB)
    Ya. Sebanyak mana pas pada satu masa Ya. Sebanyak mana pas pada satu masa Ya.
    1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas MASA dan/atau Pas Quota Upgrade serentak
    Ya.
    1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas MASA dan/atau Pas Quota Upgrade serentak
    Pas Facebook:
    2 Hari (10MB),
    5 Hari (25MB), atau
    10 Hari (75MB), dengan Facebook PERCUMA (tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Maxis)
    Ya. Sebanyak mana pas pada satu masa Ya. Sebanyak mana pas pada satu masa Ya.
    1x Pass MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas FACEBOOK serentak
    Ya.
    1x Pass BULANAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas FACEBOOK serentak
    Pas Mingguan (Pembaharuan Automatik):
    1 Minggu (100MB),
    1 Minggu (500MB)
    Ya.
    1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas Masa dan Pas QUOTA UPGRADE
    Ya.
    1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas FACEBOOK
    Tidak.
    Hanya 1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) pada satu masa
    Tidak.
    Sama ada 1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) atau 1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) pada satu masa
    Pas Bulanan (Pembaharuan Automatik):
    30 Hari (3GB)
    Ya.
    1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas MASA dan Pas QUOTA UPGRADE
    Ya.
    1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pass FACEBOOK
    Tidak.
    Sama ada 1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) atau 1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) pada satu masa
    Tidak.
    Hanya 1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) pada satu masa
    Pas Masa, Pas Quota Upgrade dan/atau Pas Facebook serentak - - Ya.
    1x Pas MINGGUAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas MASA, Pas QUOTA UPGRADE dan/atau Pas FACEBOOK serentak
    Ya.
    1x Pas BULANAN (Pembaharuan Automatik) dan sebanyak mana Pas MASA, Pas QUOTA UPGRADE dan/atau Pas FACEBOOK serentak

  • Jika saya memiliki lebih daripada satu pas pada masa yang sama, kuota (MB/GB) dari pas manakah yang akan digunakan dahulu?


    Susunan penggunaan kuota (MB/GB) yang akan digunakan adalah seperti berikut:

    1. Kombinasi Pas Masa, Pas Facebook dan/atau Pas Quota Upgrade Jika anda memiliki Pas Harian, Pas Facebook dan/atau Pas Quota Upgrade serentak, kuota (MB/GB) dari pas yang akan tamat terlebih dahulu akan digunakan.
    2. Kombinasi Pas pembaharuan automatik (Mingguan & Bulanan) & Pas Masa, Pas Facebook, Pas Quota Upgrade
    3. Kuota (MB/GB) yang akan digunakan dahulu adalah seperti susunan di bawah:
      1. Pas Masa, Pas Facebook dan/atau Pas Quota Upgrade
      2. Diikuti dengan pas pembaharuan automatik Mingguan atau Bulanan
    Kadar yang dinyatakan di atas adalah tidak termasuk untuk penggunaan rantauan.

  • Berapakah caj yang akan dikenakan ke atas saya apabila jumlah kuota pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik) atau 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas Bulanan 3GB (Pembaharuan automatik) saya telah digunakan melebihi kuota?

    Apabila anda telah mencapai tahap kuota pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik) atau 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas bulanan 3GB (Pembaharuan automatik), anda akan menerima SMS pemberitahuan. Untuk penggunaan seterusnya anda akan dikenakan caj berdasarkan setiap blok 10kB. Caj Pay-Per-Use selepas kuota pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik) atau 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas Bulanan 3GB (Pembaharuan automatik) habis digunakan adalah RM0.05sen/10KB.

  • Bolehkah saya berhenti melanggan pas Harian dan pas Mingguan 5MB?

    Tidak boleh kerana pas Harian dan pas Mingguan 5MB tidak akan diperbaharui secara automatik. Pass akan tamat pada tarikh luput atau apabila anda sudah mencapai had kuota yang ditetapkan.

  • Bolehkah saya berhenti melanggan pas Prabayar Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik) atau 250MB (Pembaharuan automatik)?

    Tidak boleh. Tetapi anda boleh menghentikan pembaharuan automatik pas Mingguan (Pembaharuan automatik) anda. Dengan itu, pas tersebut tidak akan diperbaharui secara automatik pada akhir tempoh pas tersebut. Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik di menu Internet Mudah Alih UMB, dail *100#, kemudian pilih 'Internet dan Tetapan' dan pilih 'Mobile Internet'.

  • Sekiranya saya telah kehabisan kredit prabayar tetapi pas Internet Mudah Alih saya masih aktif dan masih dalam had, bolehkah saya meneruskan penggunaan internet pada mudah alih saya?

    Boleh, selagi pas Internet Mudah Alih anda masih aktif, anda boleh meneruskan penggunaan internet secara percuma pada mudah alih anda sehinggalah pas Internet Mudah Alih anda tamat pada tarikh luput atau apabila anda sudah mencapai had kuota yang ditetapkan.

  • Bagaimanakah saya memeriksa jumlah kuota pas yang telah saya gunakan?

    Dail *100#, pilih 'Internet dan Tetapan', kemudian 'Mobile Internet' dan pilih 'Semak Status' untuk memeriksa jumlah quota pas Internet Mudah Alih yang anda telah gunakan. Anda boleh memiliki lebih daripada satu pas pada sesuatu masa, dimana kesemuanya akan dipaparkan dalam 'Semak Status'. Dail '01' untuk 'Seterusnya' jika anda memiliki lebih daripada 1 pas pada masa yang sama.

  • Bagaimanakah saya membeli pas 'Quota Upgrade'?

    Anda terlebih dahulu harus melanggan atau memiliki pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik), 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas Bulanan 3GB (Pembaharuan automatik) sebelum melanggan pas 'Quota Upgrade'. Sila dail *136*9# dan pilih pas 'Quota Upgrade'.

  • Bolehkah saya membeli pas 'Quota Upgrade' tanpa pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik), pas Mingguan 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas Bulanan 3GB (Pembaharuan automatik) yang aktif?

    Tidak boleh. Untuk melayakkan anda membeli pas 'Quota Upgrade', anda perlu memiliki pas Mingguan 100MB (Pembaharuan automatik), pas Mingguan 250MB (Pembaharuan automatik) atau pas Bulanan 3GB (Pembaharuan automatik) yang aktif.

  • Bilakah saya akan menerima SMS pemberitahuan tentang penggunaan kuota pas saya?

    Apabila anda mencapai jumlah penggunaan kuota 80% dan 100%, secara automatik SMS pemberitahuan akan dihantar kepada anda (tertakluk kepada terma - terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Maxis). Anda juga boleh memeriksa 'Semak Status' pada menu 'Mobile Internet' untuk memeriksa penggunaan tepat (MB/GB) pada bila-bila masa.
  • Adakah SMS pemberitahuan dan jumlah kuota di 'Semak Status' pada menu 'Mobile Internet' adalah tepat pada masa saya membuat permintaan 'Semak Status'?

    Ya. Jumlah kuota di 'Semak Status' pada menu 'Mobile Internet' adalah tepat apabila anda membuat permintaan 'Semak Status'.

  • Saya telah membeli peranti saya dengan pakej data sedia ada. Kini saya ingin menukar langganan pakej data peranti saya. Bolehkah saya melakukannya?

    Boleh, hanya setelah anda menggunakan keseluruhan jumlah kuota sebelum tamat satu bulan. Kini anda boleh membeli mana-mana pas Mingguan (M) pembaharuan automatik atau Bulanan pembaharuan automatik.

  • Bagaimanakah saya mengawasi penggunaan pas Internet Mingguan saya?

    Anda boleh mengawasi tempoh tamat dan penggunaan terkumpul melalui telefon anda. Hanya dail *100#, pilih 'Internet dan Tetapan', pilih 'Mobile Internet' dan pilih 'Semak Status'.

  • Adakah saya akan dikenakan caj setiap kali saya memeriksa penggunaan Internet Mudah Alih saya?

    Tidak, perkhidmatan ini adalah percuma.

  • Bilakah saya akan menerima SMS pemberitahuan perkhidmatan Internet Mudah Alih?

    Berikut adalah beberapa perkara di mana SMS pemberitahuan akan dihantar:
    1. Apabila pas Internet Mudah Alih diaktifkan dan tidak diaktifkan (bagi pas Mingguan pembaharuan automatik dan pas Bulanan pembaharuan automatik sahaja).
    2. Apabila pas Mingguan pembaharuan automatik atau pas Bulanan pembaharuan automatik diperbaharui.
    3. Apabila jumlah kuota telah habis digunakan dan apabila pas anda tamat.

  • Adakah saya akan dikenakan caj bagi setiap SMS pemberitahuan?

    Tidak, semua SMS pemberitahuan untuk Internet Mudah Alih adalah percuma

  • Jika saya tidak mahu menerima SMS pemberitahuan, bagaimanakah saya membatalkannya?

    Maaf, tidak seperti promosi perkhidmatan dan produk penjualan SMS, pemberitahuan untuk Internet Mudah Alih merupakan sebahagian daripada perkhidmatan dan tidak boleh dibatalkan.
  • Apakah pakej yang anda tawarkan untuk Internet Mudah Alih?

    Dail *100#, pilih 'Internet dan Tetapan', kemudian 'Mobile Internet' untuk mengetahui pakej Internet Mudah Alih yang ditawarkan.

  • Bolehkah saya mendapatkan pas Internet Mudah Alih melalui EasyMenu (*100#)?

    Ya, anda boleh mendapat pas Internet Mudah Alih melalui EasyMenu (*100#).

  • Mengapakah saya menerima SMS pemberitahuan untuk caj penggunaan Pay-Per-Use?

    Caj untuk penggunaan Pay-Per-Use adalah RM0.10/10kb. Kami akan memaklumkan kepada anda melalui SMS (sehingga 5 kali) setakat mana penggunaan caj Pay-Per-Use anda. Anda digalakkan membeli pas Internet Mudah Alih untuk menikmati kadar layaran internet yang lebih rendah.

 
My Hotlink

Login to view your online E-Statement, Rewards Points and make a redemption.


Sign up now!
Forgot username/password?



Download your broadband statement for free to enjoy an annual tax relief of up to RM500

Dapatkan gosip sebelum selebriti terkini hanya di murai

REDRESS YOUR COMPLAINTS On Communications & Multimedia Services! 1800 18 2222 www.consumerinfo.my

Top-up online using your credit or debit card. Click here to try now!