SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM SKMM

  • Apakah terma dan syarat untuk layak mendapatkan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia?
    Anda mestilah warganegara Malaysia yang berumur antara 21-30 tahun dan berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah.

  • Siapakah yang layak untuk memohon Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia?
    1. Belia berumur 21-30 tahun
    2. Bujang atau Berkahwin
    3. Lelaki & Perempuan
    4. Pelajar sepenuh masa / sambilan yang berumur 21-30

  • Bilakah saya boleh mula memohon?
    Pelanggan boleh mula memohon dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan kepada 1.5 juta belia itu telah dipenuhi, bergantung yang mana dulu.

  • Bagaimanakah saya mahu memohon?
    Belia hendaklah mengisi borang pra-pendaftaran terlebih dahulu. Borang boleh diperolehi dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/

  • Apakah yang perlu saya lakukan selepas selesai mengisi borang pra-pendaftaran?
    1. Jika pendaftaran anda berjaya, borang tersebut akan terpapar pada skrin. Anda juga akan menerima lampiran borang melalui emel. Borang ini hendaklah dicetak dan dibawa ke Maxis Center / MEPs untuk menebus rebat RM200.
    2. Senarai ejen pembekal perkhidmatan yang terlibat boleh diperolehi dalam laman http://www.hotlink.com.my/hotlink/where_to_buy.html

  • Senarai ejen pembekal perkhidmatan yang terlibat boleh diperolehi dalam laman
    1. Satu salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
    2. Satu salinan kad pelajar (Untuk pelajar sepenuh masa / sambilan sahaja)

  • Bagaimanakah saya boleh menebus rebat RM200?
    Selepas pembekal perkhidmatan mengesahkan yang permohonan anda telah berjaya, RM200 akan ditolak daripada harga asal telefon pintar 3G yang anda pilih. Anda hanya perlu membayar baki daripada harga asal telefon tersebut.

  • Jika permohonan saya tidak berjaya, apa yang boleh saya lakukan?
    Terdapat beberapa sebab permohonan anda ditolak:
    1. Anda tidak memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan
    2. Nombor MyKad / fail LHDN / atau nombor KWSP anda tidak sah/tidak betul
    3. Anda telah mendaftar lebih daripada sekali di laman web.

    Dalam kes tertentu yang mana anda memenuhi setiap kelayakan tetapi permohonan anda masih tidak berjaya, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga tarikh tamat (3 bulan) dari masa pendaftaran.

  • Berapakah masa yang saya ada selepas pra-pendaftaran dalam talian?
    Anda diberi selama tiga (3) bulan dari tarikh pra-pendaftaran untuk menebus rebat RM200. Borang pra-pendaftaran anda tidak lagi sah selepas tamat tempoh tiga (3) bulan. Anda perlu mendaftar semula pada bulan berikutnya.

  • Saya bekerja dan mempunyai pendapatan. Perlukah saya menyediakan sebarang dokumen bagi mengesahkan gaji bulanan saya?
    1. Tiada dokumen diperlukan bagi pengesahkan pendapatan bulanan.
    2. Untuk belia yang bekerja sendiri, anda hanya perlu nyatakan pendapatan kasar bulanan anda. (diisytiharkan sendiri)
    3. Untuk belia yang tidak bekerja, anda hanya perlu nyatakan pendapatan kasar bulanan anda jika ada. (diisytiharkan sendiri)

  • Pendapatan kasar saya sebagai pengusaha kecil adalah RM3,200 sebulan. Selepas tolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya hanyalah RM2,000 sebulan. Adakah saya masih layak mendapat rebat ini?
    Tidak, anda tidak layak kerana telah tertakluk dalam terma bahawa setiap individu mesti mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah.

  • Gaji saya tidak tetap pada setiap bulan kerana saya merupakan seorang jurujual dan pendapatan saya termasuk komisen. Jika saya menerima RM2,400 pada Januari, RM3,400 pada Februari, dan RM5,000 pada Mac. Adakah saya masih layak untuk memohon rebat RM200?
    Dalam kes seperti ini, kami hanya mengambil kira gaji anda pada bulan permohonan dalam talian dilakukan. Merujuk kepada situasi di atas, jika anda memohon pada bulan Januari dengan gaji sebanyak RM2, 400, anda layak untuk menerima rebat RM200. Sebaliknya jika anda memohon pada bulan Februari atau Mac dengan pendapatan kasar lebih dari RM3,000, anda tidak layak memohon.

  • Apakah jenis model telefon yang boleh saya beli?
    Anda layak untuk membeli sebarang jenis telefon pintar 3G yang tersenarai di laman kami. Sila rujuk http://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/ untuk maklumat terkini.

  • Adakah saya tertakluk kepada sebarang terma dan syarat tertentu bagi melayakkan diri untuk Pakej Komunikasi Belia?
    Terma, kadar dan caj yang ditawarkan adalah tertakluk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing. Anda boleh merujuk kepada http://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/ untuk tahu lebih lanjut promosi terbaru kami.

  • Sehingga bilakah tawaran pakej Komunikasi Belia ini sah?
    Pakej ini adalah sah untuk jangka masa satu (1) tahun, bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 ATAU sehingga 1.5 juta peruntukan belia dipenuhi, yang mana dulu.

  • Jika seseorang individu didapati bersalah menyediakan maklumat palsu / kesalahan yang sengaja, apakah tindakan yang akan diambil?
    Sesiapa yang didapati bersalah dalam menyediakan maklumat palsu akan didakwa di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum maksimum tiga (3) tahun penjara dan denda.



SOALAN LAZIM MAXIS/HOTLINK

  • Saya mahu menebus rebat telefon RM200, bolehkah saya terus ke mana-mana penjual Maxis/Hotlink untuk membelinya?
    Ya, anda boleh menebus rebat RM200, bagaimana pun anda perlu pergi ke pusat sokongan seperti yang tersenarai dalam laman web kami. Kami akan menyediakan lebih banyak kedai tidak lama lagi. Sentiasalah mengikuti laman https://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/ untuk lokasi terkini.

  • Saya mahu mendapatkan sebuah telefon dari Maxis Center, tetapi ia telah kehabisan stok. Apa perlu saya lakukan?
    Penjualan kami berdasarkan prinsip 'siapa cepat, dia dapat' dan selagi stok masih ada. Anda boleh pilih daripada rangkaian produk yang sedia terdapat di stor. Sila rujuk laman web kami untuk mengetahui telefon terkini yang disediakan.

  • Adakah Maxis mempunyai senarai menunggu untuk setiap telefon? (Cth: iPhone 5)?
    Tidak. Kami tidak mempunyai senarai menunggu untuk sebarang telefon. Ia masih bergantung kepada siapa cepat, dia dapat.

  • Bolehkah saya membeli sebarang telefon yang terdapat di pasaran?
    Tidak. Hanya model telefon terpilih sahaja yang ditawarkan dalam skim ini. Sila rujuk ke laman web kami https://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/ dari masa ke semasa untuk sebarang maklumat tentang rangkaian telefon terbaru kerana kami sedang meningkatkan lagi rangkaian telefon kami.

  • Saya tidak berpuas hati dengan telefon yang saya beli. Bolehkah saya mendapatkan pulangan wang atau menukar dengan telefon lain?
    Tidak. Dukacita kami maklumkan bahawa kami tidak akan memulangkan wang anda atau menukar dengan model telefon lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web kami https://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/

  • Jika saya merupakan pelanggan baru, apa yang perlu saya lakukan selepas mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my ?
    1. Anda boleh pergi ke mana-mana pengedar Maxis seperti yang tersenarai dalam (Soalan 1)
      1. Pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut ke pengedar Maxis:
    2. Salinan Kad Pengenalan
    3. Salinan Kad Pelajar (Jika masih digunakan)
    4. Anda boleh mendaftar sebagai pelanggan prabayar atau pascabayar.
      1. Daftar pelan pakej peranti pascabayar, ATAU
      2. Daftar pelan pascabayar Maxis (dengan tambahan bayaran pendahuluan RM50 & 200MB min bulanan pas Internet Mudah Alih bernilai RM28 / bulan) dan membeli peranti di HRD dengan rebat RM200, ATAU
      3. Membeli pek SIM Hotlink dengan tambah nilai RM30 (sekali penambahan) dan membeli peranti HRD dengan rebat RM200.

  • Jika saya merupakan pelanggan sedia ada (Maxis/Hotlink), apakah yang perlu saya lakukan selepas pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ ?
    1. Pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut ke pengedar Maxis:
      1. Salinan Kad Pengenalan
      2. Salinan Kad Pelajar (Jika masih digunakan)
    2. Untuk pelanggan Maxis:
      1. Daftar pelan Pakej Peranti Pascabayar Maxis, ATAU
      2. Daftar pelan Pascabayar Maxis (dengan tambahan bayaran pendahuluan RM50 & melanggan minimum pas bulanan Internet Mudah Alih 200MB bernilai RM28 / bulan) dan beli peranti HRD dengan rebat RM200, ATAU
      3. Membeli pek SIM Hotlink dengan tambah nilai RM30 (sekali penambahan) dan membeli peranti HRD dengan rebat RM200.
    3. Untuk pelanggan Hotlink:
      1. Daftar pelan Pakej Peranti Pascabayar Maxis, ATAU
      2. Daftar pelan Pascabayar Maxis (dengan tambahan bayaran pendahuluan RM50 & melanggan minimum pas bulanan Internet Mudah Alih 200MB bernilai RM28 / bulan) dan beli peranti di HRD dengan rebat RM200, ATAU
      3. Tambah nilai RM30 (sekali penambahan) dan beli peranti HRD dengan rebat RM200

  • Nama saya telah disenarai hitam oleh Maxis. Adakah saya masih layak untuk menebus rebat RM200?
    Ya, anda masih layak untuk menebusnya. Bagaimanapun, anda hanya boleh melanggan pelan prabayar kami dengan pembelian minimum pelan data 1 minggu pada kos RM8 untuk 250MB. Anda tidak layak untuk melanggan pelan kontrak/pascabayar.

  • Mengapakah rekod saya tidak terdapat dalam sistem?
    Ada beberapa sebab yang menjadi punca rekod anda tidak terdapat dalam sistem kami:
    1. Anda mungkin tidak mendaftarkan diri anda di http://nbi.skmm.gov.my
    2. Anda mungkin telah menebus rebat RM200 anda di tempat lain. (Nota: Penebusan hanya satu (1) telefon untuk setiap belia)
    3. Permohonan anda mungkin telah tamat tempoh dalam sistem. (Nota: Sah laku hanya Tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran)

  • Berapa lamakah tempoh masa yang saya ada untuk menebus rebat RM200 dari tarikh pendaftaran? Apa yang perlu saya lakukan sekiranya permohonan saya telah tamat tempoh dalam sistem?
    Anda mempunyai tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran untuk menebus rebat RM200 anda di cawangan Maxis yang terpilih. Jika permohonan anda tamat selepas tempoh tiga (3) bulan, anda perlu menunggu untuk satu (1) bulan lagi untuk mendaftar semula diri anda di nbi.skmm.gov.my yang masih memperuntukkan kekosongan kepada 1.5 juta belia.

  • Saya telah berdaftar di nbi.skmm.gov.my, bolehkah keluarga / rakan-rakan saya mewakili diri saya untuk menuntut rebat RM200 di Maxis Center?
    Tidak, kami tidak membenarkan sesiapa untuk menuntut rebat RM200 bagi pihak anda kerana anda sendiri perlu hadir bagi menunjukkan Kad Pengenalan / Pelajar asal anda (jika berkenaan) sebelum membeli telefon.

  • Adakah saya perlu membayar bayaran pendahuluan untuk pelan kadar rata / peranti jika saya mendaftar untuk talian baru?
    Ya, bayaran pendahuluan dikenakan kepada semua pelanggan.

  • Saya merupakan pelanggan TalkMore28, bolehkah saya tambah lagi RM28 (sebulan) untuk pakej data (200MB) dan membeli telefon melalui pembelian secara terus?
    Ya, anda juga perlu membayar bayaran pendahuluan tambahan sebanyak RM50 untuk melayakkan diri anda membeli secara terus.

  • Saya adalah pelanggan baru, bolehkah saya mendaftar untuk TalkMore28 + pakej data 100MB untuk membeli telefon melalui pembelian secara terus?
    Tidak boleh. Anda perlu melanggan minimum pas bulanan Internet Mudah Alih 200MB dan membayar RM50 sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli secara terus dengan rebat RM200.

  • Saya telah melanggan secara kontrak dua (2) peranti (iValue 1 & iValue 3). Masih bolehkah saya melanggan kontrak baru pascabayar untuk melayakkan diri saya mendapatkan rebat RM200?
    Tidak, anda tidak akan layak untuk mendaftar untuk kontrak peranti baru kerana kami hanya membenarkan maksimum dua (2) kontrak peranti untuk setiap individu.

  • Apakah kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan Pas Bulanan Internet Mudah Alih Maxis 300MB percuma?
    1. Pelan Prabayar Hotlink (pembelian secara terus)
      1. Tambah nilai RM30 (tambahan sekali) diperlukan semasa pembelian telefon pintar 3G.
      2. Bagi bulan-bulan berikutnya, ia akan menjadi RM30 tambah nilai (terkumpul) untuk terus menikmati Internet Mudah Alih PERCUMA.
    2. Pelan Pascabayar Maxis (tanpa kontrak)
      1. Langgan minimum pas bulanan Internet Mudah Alih Maxis 200MB (kos RM28/bulan).
    3. Pakej Peranti Maxis (kontrak) & Pelan Pascabayar Maxis (tanpa kontrak)
      1. Langgan Pakej Peranti Maxis (kontrak 12/24 bulan)
      2. Pastikan talian kekal aktif (tidak disekat)

  • Bagi Pelan Pascabayar Maxis (tanpa kontrak), adakah saya akan mendapat kembali bayaran pendahuluan RM50? Jika ya, bilakah saya boleh menerimanya?
    Ya, anda akan menerima pembayaran pendahuluan dalam kitaran bil anda yang seterusnya.

  • Bilakah saya akan mendapat pas bulanan Internet Mudah Alih Maxis 300MB percuma?
    1. Pelan Pascabayar Hotlink (pembelian secara terus)
      1. Dapatkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian peranti.
    2. Pakej Peranti Maxis (kontrak) & Pelan Pascabayar Maxis (tanpa kontrak)
      1. Pembelian dari 8 Feb hingga 31 Mac: Dapatkan pas internet percuma pada 4 Apr 2013
      2. Pembelian dari 1 Apr hingga berikutnya: Dapatkan ia dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian peranti

  • Saya tidak tambah nilai RM30 setiap bulan (Prabayar) / Langgan minimum pas bulanan Internet Mudah Alih Maxis 200MB (Pascabayar - tanpa kontrak) / mengembalikan talian (pascabayar kontrak). Adakah saya masih boleh menerimanya selepas 6 bulan setelah saya memenuhi setiap kelayakan?
    Tidak. Pas internet percuma hanya untuk 6 bulan pertama. Jika terdapat bulan yang tidak memenuhi kelayakan, ia tidak akan diganti pada 6 bulan berikutnya. (Cth. tidak memenuhi kelayakan bulan pertama, seterusnya hanya akan menerima 5 pas internet percuma)

  • Untuk kelayakan tambah nilai RM30, adakah ia termasuk hot tiket / SOS / Ask-a-top-up /?
    Tambah nilai berkelompok termasuk dengan tambah nilai fizikal, tambah nilai Hot Tiket, e-reload, e-tab (isian semula melalui bank), ETUCAD (tambah nilai secara tunai), PIVR (top-up melalui IVR), TUOD (Pascabayar kepada tambah nilai prabayar), ETUCP (rangkaian tambah nilai top-up kepada talian prabayar melalui Kenan), EPK (Pembayaran ekspres melalui Kiosk)

  • Saya telah memenuhi setiap kelayakan, mengapa saya tidak menerima pas internet percuma?
    Terdapat beberapa kemungkinan:
    1. Nombor telefon bimbit dan telefon IMEI yang berdaftar tidak sepadan
    2. Talian pascabayar (kontrak) disekat

  • Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah menerima pas internet percuma?
    Anda akan mendapat satu SMS sebagai penerimaan pas internet percuma.

  • Bagaimanakah saya boleh menyemak baki pas internet percuma?
    Anda boleh menyemak melalui * 100 #.

  • Saya tidak mahukan pas bulanan Internet Mudah Alih Maxis 300MB percuma. Adakah saya mesti tambah nilai RM30 setiap bulan (Prabayar) / Langgan pas bulanan Internet Mudah Alih Maxis 200MB percuma (Pascabayar tanpa kontrak) apabila membeli peranti?
    Ya, ia adalah satu kemestian.