Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Pakej Data Khas SPM & STPM 2021


Apakah Pakej Data Khas SPM/STPM 2021?

Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 adalah sebuah inisiatif yang dihebahkan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama MCMC disokong oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad ("Celcom"), Digi Telecommunications Sdn Bhd (" Digi ”), Maxis Berhad (“ Maxis ”), U Mobile Sdn Bhd (“ U Mobile ”) dan Telekom Malaysia Berhad (“ TM ”) untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Februari dan Mac tahun ini. Pakej ini menawarkan Pelan Internet yang eksklusif 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah, pada harga RM20.

 

Siapakah yang layak untuk mendaftar bagi pakej data khas ini?

Kelayakan adalah seperti berikut:
a. Pelajar-pelajar atau calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada 2021, yang lahir di antara tahun 2001 dan 2004, seperti yang ditentukan oleh penyedia perkhidmatan.
b. Pakej ini kini telahpun diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berumur bawah 22 tahun, berikutan pengumuman Perdana Menteri di bawah pakej bantuan “Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia” (PERMAI) pada 18 Januari 2021.

 

Bilakah pakej data khas ini akan tersedia untuk pelajar – pelajar?

Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 boleh dilanggan bermula 6 Januari sehingga 30 April 2021 daripada penyedia perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Tawaran TM pula tersedia daripada 11 Januari 2021. Tawaran ini akan luput pada 30 April 2021.

 

Bagaimanakah cara untuk pelajar-pelajar yang layak membeli pakej data khas ini?

Para pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai cara membeli Pelan Internet khas ini. Sila klik pada pautan yang berkaitan di bawah:

 

Bagaimanakah pakej data khas ini akan digunakan?

Berdasarkan proses-proses dan terma yang ditetapkan oleh setiap penyedia perkhidmatan, pelajarpelajar boleh terus menggunakan kuota data untuk sebarang atau semua jenis perkhidmatan web atau aplikasi yang berkaitan Internet. Setiap pakej adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan. Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.

 

Berapa banyak data yang akan dinikmati oleh pelajar dengan pakej data khas ini?

Di bawah Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, pelajar-pelajar boleh menikmati 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah. Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masingmasing untuk maklumat lanjut.

 

Sekiranya seorang pelajar telah mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar, dan membeli pakej data khas ini, adakah ini dikira sebagai data tambahan?

Ya. Sekiranya seorang pelajar telah mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar, dan membeli Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, pelajar tersebut akan mendapat 15GB kuota data tambahan. Untuk maklumat lanjut mengenai kuota data, pelajar pelajar boleh merujuk kepada terma dan syarat oleh penyedia perkhidmatan masing-masing.

 

Apakah akan terjadi kepada kuota data yang tidak digunakan selepas 30 April 2021?

Sekiranya anda melanggan pakej tersebut pada hari terakhir pada 30 April 2021, anda boleh menggunakan kuota data tersebut dalam masa 30 hari tempoh sah, i.e. 30 Mei 2021. Selepas itu, pakej dan kuota data tersebut akan luput. Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada terma dan syarat oleh penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Untuk pelanggan Hotlink



Berapa lamakah tempoh tawaran untuk pakej data khas ini?

a. Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2021 yang mana tahun kelahirannya antara 2001 dan 2004, pakej khas ini akan disediakan mulai 6 Jan 2021 hingga 30 April 2021
b. Bagi pelajar institusi pengajian tinggi yang mana tahun kelahirannya pada 1999-2001, pakej data khas ini akan disediakan mulai 25 Jan 2021 hingga 30 April 2021.

 

Dimanakah saya boleh membeli pakej Data Khas ini?

Pelanggan yang layak (Kad Pengenalan yang digunakan untuk mendaftar akaun Hotlink Prepaid dengan tahun kelahiran dari 1999 -2004) akan dapat membeli Pakej Data Khas di sepanduk halaman utama aplikasi Hotlink.

 

Kuota data yang manakah akan digunakan dahulu? Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 atau pelan kuota data yang sedia ada dengan saya?

Sekiranya pas internet setiap jam/harian/mingguan dibeli dengan Pakej Data Khas SPM/STPM 2021, kuota dari pas internet yang akan tamat tempoh paling awal akan digunakan terlebih dahulu.

 

Bolehkah saya membeli pas ini lebih daripada sekali sepanjang tempoh kempen?

Ya, boleh.