Hotlink Online Store kini dibuka sepanjang masa! Klik untuk peranti terkini & PENGHANTARAN PERCUMA.

Hotlink Online Store buka 24 jam. PENGHANTARAN PERCUMA!

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Soalan Lazim

Selamat datang ke Program Ganjaran Hotlink BARU dan lebih baik!

Hotlink Rewards

  • Sebagai pelanggan Hotlink, anda kini dapat mengumpulkan Hotlink Reward Points dan menggunakannya untuk menebus Hotlink Reward Deals yang terdapat di katalog Ganjaran kami atau menebus Internet Pass melalui aplikasi Hotlink sahaja.

    Nota: Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus Pas Internet berlainan untuk waktu puncak and waktu di luar puncak.

  • Anda boleh mengumpul mata ganjaran percuma dari Ganjaran Harian dan / atau Hadiah Misteri melalui aplikasi Hotlink sahaja.

    • Ganjaran Harian adalah mata ganjaran yang anda boleh tebus setiap hari dengan membuka halaman Ganjaran di aplikasi Hotlink. Klik pada butang tebus untuk mendapatkan mata ganjaran percuma anda.
    • Hadiah Misteri adalah misteri percuma setiap hari untuk anda. Anda boleh menuntutnya dengan membuka halaman Ganjaran di aplikasi Hotlink dan klik butang tebus. Hadiah Misteri boleh mengandungi apa-apa hadiah, sama ada mata ganjaran tambahan atau pun hadiah yang luar biasa; oleh itu, semak setiap hari untuk peluang anda mendapat hadiah!
  • Jumlah mata ganjaran yang anda perolehi melalui Ganjaran Harian bergantung pada peringkat Hotlink anda, Perak atau Emas.

  • Ganjaran Hotlink mempunyai 2 peringkat, Perak dan Emas. Setiap individu bermula dari peringkat Perak dan naik taraf ke Emas setelah mengumpulkan 60 Mata Ganjaran.

    • Perak (Mata ganjaran 0 hingga 59) - Tuntut 5 mata ganjaran dari Ganjaran Harian anda dan buka Hadiah Misteri setiap hari untuk Hadiah Misteri atau lebih mata ganjaran!
    • Emas (Mata ganjaran 60 ke atas) - Tuntut 10 mata ganjaran dari Hadiah Harian anda dan buka Hadiah Misteri setiap hari untuk Hadiah Misteri atau mata ganjaran berganda.
  • Ya, mata ganjaran anda akan lupus pada hujung bulan dan bermula dari kosong awal bulan.

    1. Log masuk aplikasi Hotlink dan pergi ke halaman Ganjaran.
    2. Klik jenis ganjaran yang ingin anda tebus (Pas Internet atau Tawaran)
    3. Untuk ganjaran Pas Internet:
      • Pas akan diaktifkan serta-merta setelah penebusan.
      • Satu hari, hanya 1 pas boleh ditebus.
      • Status dan tempoh sah boleh disemak di bahagian Internet pada laman utama.
    4. Untuk Tawaran dan ganjaran bukan Pas Internet:
      • Layari kategori tawaran yang sedia ada dan pilih Tawaran pilihan anda. Setiap tawaran mungkin mempunyai kaedah penebusan dan tarikh luput yang berbeza, sila baca arahannya dengan teliti.
      • Klik ‘Tebus dengan Mata Ganjaran’. Setiap tawaran mungkin mempunyai mata ganjaran yang berbeza.
      • Untuk memeriksa status dan perincian tawaran yang telah anda muat turun, pergi ke tab ‘Dimuat turun’ di halaman Ganjaran untuk mengetahui lebih lanjut.
      • Setiap ganjaran mungkin mempunyai kaedah penebusan yang berbeza, sila baca dengan teliti. Berikut adalah contoh beberapa kaedah yang mungkin anda alami ketika menebus ganjaran anda.
        1. Tawaran dalam talian: Klik pada pautan laman web pedagang seperti yang terdapat di halaman ganjaran. Masukkan kod promo di medan kod promo pembayaran untuk penebusan.
        2. Peniaga Runcit: Kemukakan kod promo kepada pedagang dan minta mereka klik butang "Guna Tawaran Sekarang". Kod promosi hanya dapat digunakan sekali sahaja and jika skrin memaparkan "Tawaran Sudah Ditebus & Selesai", pelanggan tidak dapat menebus tawaran tersebut walaupun pelanggan secara tidak sengaja menekan butang 'Guna Tawaran Sekarang'.
        3. Penghantaran ganjaran: Ejen perkhidmatan pelanggan Hotlink akan menghubungi anda dan anda mesti memberikan kod promosi kepada ejen perkhidmatan pelanggan. Setelah pengesahan dilakukan, anda perlu memberikan butiran alamat anda dan ganjaran tersebut akan dihantar kepada anda.
  • Pada aplikasi Hotlink anda, pergi ke halaman Ganjaran dan klik pada tab ‘Dimuat turun’ untuk melihat perihalan dan tarikh luput tawaran yang dimuat turun.

  • Tawaran tersebut tidak dapat ditebus lagi dan akan dilabelkan sebagai tamat tempoh. Anda boleh menebus tawaran itu sekali lagi, setelah mengumpul mata ganjaran yang mencukupi.

  • Program Ganjaran Hotlink hanya terbuka untuk pelanggan Hotlink Prepaid yang mempunyai aplikasi Hotlink.

  • Program Ganjaran Hotlink Baharu ini terbuka untuk semua pelan Hotlink Prepaid kecuali SIM Hotlink Tourist.

Segalanya pasti seronok dengan Hotlink.

Ingin berhubung dengan kami?

Cari jawapan di soalan-soalan lazim atau hubungi Khidmat Pelanggan Maxis melalui saluran berikut