Soalan Lazim
Hotlink 4G LTE - Umum
-
LTE (singkatan untuk Long Term Evolution) merupakan teknologi terkini dalam evolusi rangkaian mudah alih yang memberikan para pengguna lebih kelajuan berbanding 3G.
HSPA+ adalah penambahbaikan yang menawarkan data yang lebih laju untuk rangkaian 3G.
Di Malaysia, 4G dan LTE adalah sama. Peranti yang berbeza, memaparkan paparan yang berbeza.
-
Semuanya bergantung kepada penggunaan LTE anda. Selalunya, sama ada mesej dan panggilan melalui WhatsApp, strim video di Facebook, GPS Waze, atau memuat laman di Google Chrome – 4G menggunakan jumlah internet yang sama seperti 3G. Disebabkan 4G lebih laju, maklumat dipaparkan dengan lebih cepat pada peranti anda. Kebiasaannya anda akan melihat lebih kandungan pada masa yang sama.
Sesetengah penggunaan 4G memang menggunakan lebih data daripada 3G. Contohnya, pengguna akan secara automatik menonton video di dalam HD. Dengan resolusi dan penghayatan lebih baik, maka anda menggunakan lebih data mudah alih.
-
Ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Mungkin pas data anda telah habis. Anda boleh memeriksa status dengan log masuk ke MyMaxis App.
Jika ada masih mempunyai baki data, periksa sama ada pelanggan Maxis yang lain di kawasan yang sama turut mengalami masalah rangkaian.
Jika tidak, periksa setting data anda. Periksa sama ada 4G telah diaktifkan atau mungkin anda telah terpilih setting 2G/3G sahaja.
Jika ya, mungkin ia disebabkan oleh kesesakan rangkaian akibat terlalu ramai pengguna rangkaian yang sama pada sesuatu kawasan. Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan rangkaian. Sila hubungi duta 4G kami untuk memaklumkan gangguan rangkaian supaya ia dapat diatasi segera.
-
Setiap teknologi radio (3G lwn 4G) mempunyai radius liputan yang berbeza, cth. liputan 4G ialah 3 suku daripada radius liputan 3G. Memang mencabar untuk kami meliputi seluruh kawasan rumah anda dengan 4G. Oleh itu sesetengah sudut di rumah anda mungkin diliputi oleh rangkaian 3G dan bukan 4G.
-
Terdapat lebih banyak menara 3G daripada 4G. Terkini, kami mempunyai sehingga 88% liputan bagi penduduk; sementara liputan 4G kami berada pada tahap 40%. Yakinlah, Maxis merupakan rangkaian 4G LTE yang berkembang luas di Malaysia. Sementara kami membina lebih banyak menara 4G, anda akan mempunyai lebih peluang untuk menikmatinya.
-
Tanggapan itu tidak benar. Sejak 4G diperkenalkan, lebih banyak jenama telah memperbaiki penggunaan kuasa bateri peranti mereka termasuk menambahkan kapasiti bateri menjadi lebih besar & cip pemproses lebih mesra tenaga bagi penggunaan rangkaian 4G tanpa membebankan bateri anda. Jika bateri anda cepat habis, anda boleh kurangkan kecerahan skrin peranti, menutup aplikasi latar belakang yang aktif, atau menggunakan aplikasi seperti Juice Defender.
-
Tiada perbezaan harga; kami menawarkan rangkaian terbaik apabila anda membayar untuk pas data internet anda.
Anda akan menikmati 4G jika anda mempunyai kesemua yang diperlukan seperti di bawah:
- Anda menggunakan peranti LTE
- Anda mempunyai Pas Internet Mudah Alih yang sah (sama ada 100MB atau 2GB, selagi anda mempunyai kuota data laju)
- Anda mempunyai kad SIM LTE (sebarang kad SIM 64k dan ke atas menyokong 4G. Cuma pastikan jenis SIM anda sama ada 32k, 64k atau 128k di hadapan kad SIM anda)
- Anda telah mengaktifkan LTE di setting peranti mudah alih anda
- Anda di dalam liputan rangkaian 4G
Tunggu apa lagi? Bertukarlah ke Maxis 4G LTE!
-
4G LTE menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk semua aplikasi data.
Keperluan internet: Kurang daripada 4 saat untuk memuat laman web, muat turun fail gambar yang lebih pantas di aplikasi chat sosial.
Hiburan: Strim video YouTube atau iFlix dengan lancar; strim muzik tanpa henti di Spotify Premium; pengalaman ‘game’ yang lebih lancar.
Produktiviti: Muat turun dan muat naik di cloud storage yang lebih pantas.
Komunikasi: Panggilan video yang lebih lancar
Terdapat aplikasi yang hanya boleh digunakan dengan 4G. Cth. Meerkat, Periscope, Stringwire dan banyak lagi.
-
3GB(1.5-7 MBPS*) 4GB LTE(7-15 MBPS*) MUAT TURUN APLIKASI (20MB) Kurang 3 minit Kurang 25 saat KONGSI GAMBAR DI FACEBOOK Kurang 25 saat Kurang 1 saat (pole to FTB) STRIM MUZIK Kurang 10 saat untuk dimuatkan.
‘Playback’ kadang-kadang tersekat untuk memuatkan.Kurang 10 saat untuk dimuatkan.
Tiada gangguan untuk memuatkan.TONTON VIDEO YOUTUBE Kurang 20 saat untuk memuatkan video Standard Definition (SD).
Jarang tersekat ketika memuatkan.Kurang 1 saat untuk memuatkan video High Definition (HD).
Tiada gangguan untuk memuatkan atau kehilangan ‘frame’.
Kenali rangkaian kami.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink