Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Hotlink Postpaid - Am
 

Apakah Pelan Hotlink Postpaid baharu ini?
Pelan Hotlink Postpaid baharu ini didatangkan dengan 2X lebih kuota internet berkelajuan penuh, iaitu kuota sepanjang hari dan kuota YouTube. Pilih daripada 3 pelan yang disediakan, Hotlink Postpaid 30, Hotlink Postpaid 40, dan Hotlink Postpaid 60.

Apa yang dimaksudkan dengan “2X lebih Internet berkelajuan penuh”?
Pada 3 September 2020, kami telah menaik taraf semua pelan Hotlink Postpaid kami dengan meningkatkan kuota Internet bulanan sehingga dua kali ganda berbanding sebelum ini. Pelan yang telah dinaik taraf adalah seperti berikut:

  • Hotlink Postpaid 30: Daripada 1GB ke 1GB + 1GB sebulan.
  • Hotlink Postpaid 40: Daripada 8GB ke 8GB + 8GB sebulan.
  • Hotlink Postpaid 60: Daripada 20GB ke 15GB + 15GB sebulan.

Apakah faedah mendaftar dengan Pascabayar Hotlink baharu ini?
Pascabayar Hotlink menawarkan kombinasi terbaik antara prabayar dengan pascabayar. Anda akan menikmati:

  • Panggilan & SMS tanpa had.
  • TIADA caj kadar pay-per-use untuk penggunaan Internet.
  • Internet Tanpa Had untuk aplikasi kegemaran anda.

Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan ini?
Pelan ini terbuka kepada semua pelanggan, termasuk perpindahan ke Hotlink, sebelum dan selepas perpindahan, dan juga untuk pendaftaran baharu. 

Adakah panggilan & SMS untuk pelan ini benar-benar tanpa had?
Seperti yang dinyatakan, panggilan & SMS untuk pelan ini adalah tanpa had. Namun, pelanggan akan tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama Maxis dan kami berhak untuk menahan, menghalang, menggantung atau mengehadkan Perkhidmatan sekiranya terdapat aktiviti di luar jangka dalam penggunaan pelanggan. Sila rujuk Terma & Syarat pelan kadar untuk maklumat lanjut. 

Apakah jenis panggilan/ SMS yang sah untuk panggilan & SMS Tanpa Had Pascabayar Hotlink?
Penggunaan domestik mudah alih/tetap ON-net & OFF-net (TIDAK termasuk panggilan video, panggilan ke nombor 1-300/1700/600, dan panggilan ke TM100 atau 121) Bolehkah panggilan & SMS Tanpa Had dan kuota Internet

Bolehkah baki kuota bulanan dibawa ke bulan hadapan?
Tidak, kuota bulanan (Panggilan, SMS & Internet) tidak boleh dibawa ke bulan hadapan dan akan dikira luput pada penghujung kitaran bil.

Bolehkah saya menambah kuota jika kuota Internet Mudah Alih habis digunakan sebelum kitaran bil tamat?
Ya, pembelian pas Internet eksklusif untuk Pascabayar Hotlink boleh dilakukan melalui menu UMB (*100#) atau melalui Hotlink Postpaid (https://www.hotlink.com.my/m). 

Berikut merupakan pas-pas yang ditawarkan:

  • 4GB + 3GB YouTube (Auto-renew) @ RM10
  • 2GB @ RM10
  • 1GB/1 hari @ RM3
  • 3GB/2 hari @ RM5

Bolehkah saya menukar pelan selepas melanggani Pascabayar Hotlink?
Ya, anda boleh bertukar atau menaik taraf kepada mana-mana Pelan Pascabayar Maxis.

Jika saya melanggan Pascabayar Hotlink pada pertengahan kitaran bil saya, adakah bil bulanan, peruntukan panggilan, SMS & Internet saya akan dicaj secara pro-rata?
Ya, bil bulanan anda akan dikira secara pro-rata dan anda tidak akan dicaj secara penuh untuk bulan pertama. Bermula pada bulan kedua, anda akan dicaj secara penuh. Tambahan pula, anda akan diberikan kuota Internet penuh bermula bulan pertama berserta panggilan & SMS tanpa had.

Pembelian tambahan (contoh: 4GB + 3GB YouTube @ RM10) akan dicaj sepenuhnya pada bulan pertama.

Bolehkah pembahayaran pendahuluan saya dikembalikan?
Tidak, tetapi ia akan ditolak daripada bil bulan pertama dan sebarang baki akan dibawa ke bulan hadapan.

Adakah saya akan menerima makluman SMS untuk penggunaan Internet saya?
Ya. Apabila anda telah mencecah 60% dan 100% kuota Internet, anda akan menerima SMS secara automatik untuk memaklumkan penggunaan Internet anda. Makluman SMS ini adalah hampir kepada masa nyata.

Adakah saya layak untuk mendapatkan talian tambahan jika mendaftar dengan Pascabayar Hotlink?
Tidak. Tiada talian tambahan untuk pelan Pascabayar Hotlink ini.

Bagaimana Penambahan Tanpa Had berfungsi?
Anda mempunyai 3 bundle Unlimited App Add-Ons untuk dipilih yang anda boleh sertakan dengan mana-mana pelan Hotlink Postpaid dengan kadar harga tetap pada setiap kitaran bil bulanan:

  1. Unlimited Social dengan kadar tambahan RM10/bln (Gunakan 5 aplikasi ini secara tanpa had: Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter, dan Pinterest).

  2. Unlimited Music dengan kadar tambahan RM10/bln (Guna 5 aplikasi ini tanpa had: Spotify, Joox, Saavn, Smule, dan KKBox).

  3. Unlimited Chat dengan kadar tambahan RM5/bln (Guna 5 aplikasi ini tanpa had: Whatsapp, WeChat, LINE, IMO, dan QQ IM).

Bagi Unlimited App Add-Ons yang disenaraikan di atas, kuota asas anda tidak akan ditolak semasa menggunakan aplikasi tersebut dan sebaliknya akan ditolak daripada bundle (dengan Dasar Penggunaan Adil 1TB semasa kitaran bil).

Walaubagaimanapun, apabila menggunakan aplikasi tersebut, sesetengah sumber daripada pihak ketiga (seperti video YouTube terbenam, laman web luaran yang diakses melalui aplikasi) yang akan menggunakan data seperti biasa.

Bolehkah saya menyambungkan ‘Unlimited Bundles’/Pakej Tanpa Had kepada komputer riba saya?
Ya, anda boleh menyambungkan ‘Unlimited Bundles’/Pakej Tanpa Had kepada peranti-peranti lain. Namun, kelajuan sambungan anda akan dihadkan kepada 5mbps.

Apakah yang akan terjadi kepada baki kredit akaun saya, jika saya bertukar daripada Prabayar Hotlink kepada Pascabayar Hotlink?
Setelah bertukar ke Pascabayar Hotlink, baki kredit anda akan dikreditkan ke akaun Pascabayar Hotlink baharu, dan akan direkodkan dalam bil pertama anda.

Saya ada baki kredit RM50 dalam akaun Hotlink. Bolehkah saya menggunakan baki kredit untuk Bayaran Pendahuluan Kadar Pelan?
Anda masih perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa bertukar ke Pascabayar Hotlink.

Pembayaran pendahuluan dan baki kredit Prabayar anda akan digunakan sebagai pembayaran untuk bil bulanan pertama & sebarang baki kredit akan dibawa ke bil bulanan seterusnya.

Apa yang berlaku apabila kuota Internet saya habis digunakan?
Anda masih boleh terus melayari Internet apabila kehabisan kuota TANPA SEBARANG CAJ TAMBAHAN pada kelajuan yang direndahkan. Secara alternatif, anda boleh membeli pas Internet mudah alih tambahan di *100# atau melalui Hotlink Postpaid di www.hotlink.com.my/m

Saya kini melanggan pas internet mudah alih pembaharuan automantik 5GB @ RM25. Apa yang akan terjadi kepada pelan ini?
Pas internet mudah alih telah dibatalkan untuk pelanggan baharu dan aktif, tetapi pelanggan sedia ada masih boleh menikmati pas tersebut selagi anda terus melanggan.

Jika anda membatalkan pas tersebut, anda tidak boleh melanggannya semula.

Bolehkah saya menukar Pascabayar Hotlink 30 ke Pascabayar Hotlink 60 dan sebaliknya?
Sudah tentu. Hubungi sahaja 123 atau kunjungi Maxis Center yang tertera di www.hotlink.com.my/postpaid untuk menukar.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai kontrak dengan Pascabayar Hotlink 60, anda perlu tamatkan kontrak anda dan membayar denda jika hendak bertukar ke Pascabayar Hotlink 30.

Apa yang berlaku kepada pas 4GB + 3GB YouTube @ RM10 jika saya beralih kepada Pascabayar Hotlink 60.
Memandangkan tiada pas 4GB + 3GB YouTube @ RM10 untuk Pascabayar Hotlink 60, ia akan dibatalkan daripada langganan anda bila beralih ke Pascabayar Hotlink 60. Namun, anda tetap akan dikenakan caj untuk kitaran bil tersebut.

Saya telah menggunakan sepenuhnya 4GB + 3GB YouTube daripada pas RM10. Bolehkah saya membeli lagi satu pas yang sama?
Setiap pelanggan layak mendapatkan satu pas pembaharuan automatik yang sama sekali sahaja. Kuota akan diperbaharui selepas tamat kitaran bil terkini.

Namun, anda boleh membeli dan aturkan pas Internet mudah alih sebanyak mana yang dimahukan (kecuali untuk Pas Tanpa Had tidak berulang).

Bolehkah saya terus menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota Internet normal?
Ya, anda masih boleh menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota.

Namun, terdapat sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota asas.

Kenapa tiba-tiba saya dapat 4GB + 3GB YouTube untuk pas RM10?
Kami telah menaik taraf pas RM10 daripada 4GB kepada 4GB + 3GB YouTube tanpa kos tambahan. Pelanggan sedia ada pas RM10 akan menerima kuota penuh 4GB + 3GB YouTube, dan akan terus menerima kuota sama pada kitaran bil yang seterusnya.

Kenapa tiba-tiba saya dapat data YouTube 10GB tambahan di samping data 10GB normal di dalam pelan kadar Pascabayar Hotlink 60s?
Kami telah menaik taraf pelan kadar Pascabayar Hotlink 60, jadi anda akan menerima data tambahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan.

Pelanggan sedia ada Pascabayar Hotlink 60 akan menerima kuota penuh 10GB YouTube ketika penaikan taraf ini, dan akan terus menikmati 10GB + 10GB YouTube @ RM60/bulan pada kitaran bil seterusnya.

Bagaimana data saya akan digunakan selepas tambahan data YouTube ini?
Untuk pelayaran Internet bukan YouTube, data akan digunakan secara normal daripada pas data spesifik bukan YouTube.

Untuk pelayaran Internet YouTube, data mulanya akan digunakan daripada pas data spesifik YouTube. Apabila kehabisan, penggunaan Internet adalah daripada pas data spesifik bukan YouTube.

Namun, terdapat sumber pihak ketiga dalam YouTube (seperti laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai data normal akan digunakan daripada pas data spesifik bukan YouTube.

Saya telah menggunakan pas data YouTube sepenuhnya, apa yang berlaku apabila saya melayari YouTube?
Apabila anda telah kehabisan pas data spesifik YouTube, pelayaran YouTube yang seterusnya akan mula menggunakan baki pas data spesifik bukan YouTube.

Namun, apabila SEMUA kuota data anda telah kehabisan, anda masih boleh melayari YouTube secara percuma tetapi pada kelajuan yang direndahkan sehingga kuota anda diperbaharui.