Baca tentang kemas kini ke tawaran 1GB PERCUMA

Baca tentang kemas kini ke tawaran 1GB PERCUMA

di sini.

Terma & Syarat Umum kami yang dikemas kini berkuatkuasa pada 20 Disember 2020. Sila rujuk di

Terma & Syarat Umum terkini, berkuatkuasa pada 20 Disember 2020, Rujuk

sini.

Peraduan Imbas dan Menang Hotlink

Apakah Peraduan Imbas dan Menang Hotlink?
Peraduan Imbas dan Menang Hotlink memberi peluang untuk SEMUA RAKYAT MALAYSIA memenangi iPhone 12 (Hadiah Utama) atau baucar beli-belah lazada bernilai RM100.

Apakah kelayakan untuk menyertai Peraduan Imbas dan Menang Hotlink?

  1. Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Peraduan ini hanya boleh disertai menerusi imbasan QR daripada barangan jualan Peraduan Imbas dan Menang Hotlink.
  3. Setelah anda imbas Kod QR, anda dikehendaki menonton iklan produk Maxis dalam laman web mikro, isikan nama anda seperti tertera dalam Kad Pengenalan, nombor telefon yang sah, dan nombor Kad Pengenalan.
  4. Anda perlu pastikan nombor telefon telah digunakan atau sedang digunakan untuk menyertai peraduan ini adalah aktif, tidak boleh digantung atau ditamatkan atas sebab munasabah semasa tempoh peraduan berlangsung sehingga hadiah dihantar.

Berapa lamakah tempoh peraduan ini?
Tempoh peraduan bermula 16 November 2020 - 15 Januari 2021.

Saya bukan pelanggan Hotlink atau Maxis, bolehkah saya menyertai peraduan ini?
Ya, anda masih boleh rebut peluang untuk memenangi hadiah. Walau bagaimanapun, anda diwajibkan menjadi pelanggan Hotlink atau Maxis jika anda dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama sebelum menerima Hadiah Utama.

Bagaimana untuk saya menyertai peraduan ini?
Anda boleh sertai peraduan ini dengan imbas kod QR atau barangan jualan "peraduan Imbas dan Menang".

Berapakah jumlah pusingan cabutan yang ada semasa peraduan berlangsung?
Terdapat 2 pusingan cabutan yang akan dilakukan semasa peraduan berlangsung.

Jika saya menyertai cabutan pusingan pertama, dan tidak memenangi apa-apa hadiah, adakah saya layak menyertai cabutan pusingan kedua?
Tidak boleh. Jika anda menyertai pada pusingan pertama, anda hanya berpeluang untuk memenangi hadiah untuk cabutan pusingan pertama.

Boleh saya memenangi lebih daripada 1 hadiah semasa peraduan berlangsung?
Tidak boleh. Setiap orang hanya dibenarkan untuk memenangi satu hadiah sahaja semasa peraduan berlangsung.

Bagaimana saya ingin tahu jika saya memenangi hadiah?
Anda akan menerima peringatan SMS yang mengatakan anda adalah pemenang, walau bagaimanapun, anda mesti menjawab SATU soalan dengan betul, jika hendak memenangi hadiah. Sila pastikan telefon mudah alih anda sentiasa aktif semasa peraduan berlangsung.

Di mana saya boleh melihat butiran senarai pemenang?
Sebaik sahaja pemenang dipilih, nama anda akan diterbitkan di laman web "Imbas dan Menang Hotlink".