Jaringan Prihatin | Tebus subsidi sehingga RM300 dengan Maxis & Hotlink + 60GB/bln PERCUMA sekarang!

Jaringan Prihatin | Subsidi sehingga RM300 + 60GB/bln

Aktifkan Maxis VoLTE untuk nikmati kualiti panggilan sebenar! Langkah dan info terperinci

VoLTE, kualiti panggilan suara sebenar! Info

di sini.

Akses semua keperluan prabayar anda dengan Hotlink Self Serve Portal. Klik

Akses keperluan anda dengan Self Serve Portal

di sini

Prabayar Hotlink Internet 365 - Umum

Berapakah harga pek permulaan Prabayar Hotlink Internet 365 dan apa yang dimuatkan dengan pengaktifan SIM?
Pek permulaan Hotlink Prepaid Internet 365 berharga RM10 dan dimuatkan dengan kredit RM5. Selepas SIM diaktifkan, pelan ini memberi anda 5 hari aktif dan 30 hari tidak aktif.
 

Berapakah harga pek Hotlink Internet 365 Online Bundle dan apa yang dimuatkan ke dalam SIM?
Pek Hotlink Internet 365 Online Bundle berharga RM25. Pek ini dimuatkan dengan kredit RM2 dan pas Internet 10GB sah selama 365 hari. Selepas SIM diaktikan, pelan ini memberikan anda 60 hari aktif dan 30 hari tidak aktif.

Anda boleh membeli pek ini dari Hotlink Online Store di www.store.hotlink.com.my.
 

Apakah kadar panggilan suara & SMS?
Dengan pelan Hotlink Internet 365, anda akan menikmati kadar 15sen/30 saat untuk panggilan  & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video adalah sama dengan kadar panggilan suara.
 

Bagaimana saya mula menggunakan internet?
Untuk menggunakan internet, beli pas internet dari aplikasi Hotlink (muat turun di Google Play atau Apple App Store, secara PERCUMA). Pek ini tidak dilengkapi dengan Internet Asas PERCUMA.
 

Bagaimana cara menguruskan akaun saya dengan pelan ini? Contoh: beli pas internet, periksa baki kredit saya dan lain-lain.
Untuk mengurus akaun Hotlink anda dan menikmati ganjaran, muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store. Anda juga boleh dail *100# untuk mengurus akaun anda.
 

Apakah itu tempoh ‘tidak aktif’ atau juga dikenali sebagai ‘kredit tempoh tangguh’?
Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai.
Untuk mengelakkan akaun anda dari luput, nombor telefon anda dibatalkan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tempoh tidak aktif anda tamat.


Apa akan berlaku kepada kredit yang tidak digunakan dalam tempoh tidak aktif?
Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.
 

Apa akan berlaku dengan langganan internet saya semasa tempoh tidak aktif?
Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.