Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Rumah kini di mana saja dengan Hotlink Roaming

Kekal berhubung dengan rangkaian tempatan terbaik di lebih daripada 100 destinasi serata dunia.

Pas mampu milik untuk perjalanan anda ke luar negara

Pas baharu tersedia untuk negara ASEAN, Asia Pasifik dan Eropah hanya daripada RM20 untuk 3 hari!

Nikmati Perayauan Seperti Di Rumah dengan Hotlink Prepaid

Dapatkan lebih data pantas dan hotspot di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura hanya daripada RM45/bln.

Nikmati Perayauan Seperti Di Rumah dengan Hotlink Postpaid dan Internet 5G

Nikmati data pantas 140GB untuk 4G dan 5G di Thailand, Singapura, dan Indonesia tanpa cas tambahan, hanya dengan Hotlink Postpaid 70.

Terokai lebih dengan Pas Perayauan Hotlink

Lihat semua kadar perayauan untuk destinasi akan datang

Di mana lokasi yang ingin anda pergi?

Bagaimana saya boleh membeli Pas Perayauan?

Frequently Asked Question and Terms & Conditions

Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan Perantauan Antarabangsa pada telefon bimbit saya?

Bagi pelanggan Hotlink Prepaid, perantauan antarabangsa anda diaktifkan secara automatik

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid, anda boleh mengaktifkan Perantauan Antarabangsa pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (di dalam dan luar negara) melalui Easy Menu, hanya dail *100#, pilih Perantauan Antarabangsa, pilih mana-mana Negara, pilih lagi Perantauan Antarabangsa dan kemudian pilih Aktif.

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami secare panggilan

Apa yang perlu saya buat untuk mengaktifkan Perantauan Antarabangsa pada telefon bimbit saya?

Bagi pelanggan Hotlink Prepaid, perantauan antarabangsa anda diaktifkan secara automatik

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid, anda boleh mengaktifkan Perantauan Antarabangsa pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (di dalam dan luar negara) melalui Easy Menu:

  • Hanya dail *100#
  • pilih Perantauan Antarabangsa
  • pilih mana-mana Negara
  • pilih lagi Perantauan Antarabangsa
  • pilih Aktif.

     

Adakah saya perlu membayar sebarang yuran tambahan untuk melanggan Perantauan Antarabangsa pada telefon bimbit saya?

Tidak, tiada bayaran dikenakan untuk langganan Perantauan Antarabangsa. Penggunaan perantauan Antarabangsa anda dicaj mengikut setiap penggunaan atau dalam bentuk pas, seperti Pas DataRoam.

Bolehkah saya menggunakan 5G semasa menggunakan pas perayauan antarabangsa?

Ya, anda akan menikmati 5G semasa menggunakan pas perayauan antarabangsa di negara terpilih jika anda memenuhi semua syarat berikut:

  1. Pas akses 5G yang aktif atau:-
    • Pascabayar Hotlink - Melanggan pelan Hotlink Postpaid dengan 5G
    • Prabayar Hotlink – Melanggan pas internet 5G
  2. Melanggan pas perantauan di negara yang mempunyai 5G, semak di sini
  3. Peranti 5G. Untuk senarai peranti dengan 5G sila semak di sini
  4. SIM 4G LTE. Untuk menyemak, dail *100*6*1*5# ; dan
  5. Aktifkan tetapan 5G pada telefon anda.

Apakah kelebihan perayauan antarabangasa 5G?

Dengan perayauan antarabangsa 5G, anda akan menikmati peningkatan kelajuan internet pada pas perayauan anda apabila anda merayau dengan rakan kongsi pilihan 5G kami. Anda memerlukan telefon 5G untuk menggunakan 5G.

Apakah negara dan pengendali yang menyediakan perayauan 5G?

Sila layari laman web Hotlink di sini dan pilih negara. Pilih "Penyedia Perkhidmatan" untuk menyemak negara yang mempunyai perkhidmatan perayauan 5G dan pengendali yang menyokong perayauan 5G

Apakah pas Hotlink Border Roaming?

Pas Hotlink Border Roaming ialah pas perayauan bulanan yang menyediakan 15GB data serta kadar panggilan yang lebih murah, untuk kegunaan anda di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Siapa yang layak mendapat pas Hotlink Border Roaming?

Pas Hotlink Border Roaming dikhaskan untuk pengguna Hotlink Postpaid 60

Berapakah harga pas Hotlink Border Roaming?

Pas bulanan Hotlink Border Roaming berharga RM15/sebulan. Pas ini diperbaharui secara automatik pada permulaan tempoh bil anda setiap bulan. 

Apakah perantauan data?

Perantauan Data membolehkan pelanggan mempunyai akses kepada Internet, WAP dan juga MMS pada telefon bimbit mereka semasa berada di luar negara.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan perantauan data apabila saya berada di luar negara?

Bagi pelanggan Hotlink Prepaid, perantauan antarabangsa anda diaktifkan secara automatik

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid, anda boleh mengaktifkan Perantauan Antarabangsa pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (di dalam dan luar negara) melalui Easy Menu:

  • Hanya dail *100#, 
  • pilih Perantauan Antarabangsa, 
  • pilih mana-mana Negara, 
  • pilih lagi Perantauan Antarabangsa 
  • pilih Aktif.

Apakah had kredit minimum yang perlu saya kekalkan untuk menggunakan data, semasa dalam perantauan dengan Hotlink?

Bagi pelanggan Hotlink Prepaid, anda memerlukan baki kredit minimum RM10 untuk menggunakan perantauan data.

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid, anda hanya perlu memastikan talian anda sentiasa aktif.

Apakah maksud Data Roam Pas?

Pas Data Roam membolehkan pelanggan Hotlink mengakses internet melalui data mudah alih semasa melancong ke luar negara. Berikut ialah senarai pas-pas Data Roam:-

Pas khusus utk sesuatu negara yang terpilih:

  1. Pas 1 hari: ASEAN RM10, negara-negara lain RM38
  2. Pas 3 hari:  Singapura RM12, Thailand RM12, Indonesia RM12
  3. Pas 7 hari: Singapura RM 20 , Thailand RM20, Indonesia RM20


Sah utk kegunaan di beberapa negara terpilih:

  1. Pas 3 hari: ASEAN RM20 (9 negara), Asia Pasifik RM30 (16 negara)
  2. Pas 7 hari: ASEAN RM30 (9 negara), Asia Pasifik RM50 (16 negara), Eropah RM50 (33 negara)
  3. Pas 14 hari: Eropah RM70 (33 negara)

Bagaimanakah caranya untuk melanggan Pas Data Roam?

Hanya aktifkan perantauan data dan gunakan langganan automatik untuk Pas Data Roam.

Sebagai alternatif, anda boleh melanggan secara manual dengan Easy Menu:

  • Hanya dail *100#
  • pilih Perantauan Antarabangsa
  • pilih mana-mana Negara
  • beli pas yang diperlukan

Adakah saya akan dimaklumkan tentang status langganan?

Kami akan memaklumkan melalui SMS sama ada pas yang anda langgan secara manual atau automatik telah diaktifkan sepenuhnya. Selain itu, anda juga boleh memeriksa status anda dengan mendail *100#.

Maklumat lanjut Hotlink International Roaming