Hotlink Prabayar
Strim video YouTube terkini sepanjang hari, setiap masa dengan internet pantas PERCUMA!
Mengapa Maxis membina Rangkaian A.I.
Ketahui kepentingannya pembaharuan dan kelainan yang ada pada rangkaian pintar kami yang sedia 5G.
Rangkaian yang serba kukuh
Pengawal trafik pintar kami mampu menentukan laluan trafik data alternatif secara automatik untuk memastikan ketersambungan sentiasa ada.
Rangkaian kependaman terendah
Pengagihan kecerdasan buatan ke seluruh rangkaian kami mempercepatkan penentuan laluan data yang optimum agar kependaman kekal dalam tahap terendah.
Rangkaian bertaraf perusahaan
Penyelesaian perusahan yang sarat membesar kami mampu memenuhi keperluan kritikal perniagaan dengan perkhidmatan rangkaian yang teguh, lincah, dan sedia berkembang.
Infrastruktur sedia 5G
Kami mempunyai capaian fiber optik terluas ke stesen pangkalan mudah alih bertulangkan rangkaian IP generasi terkini supaya mampu menyokong kelajuan, keteguhan dan kependaman tahap 5G.
Rangkaian sedia masa depan
Rangkaian kami menganalisa corak trafik data untuk memahami punca kenaikan dan lonjakan dalam trafik rangkaian, dan seterusnya meningkatkan kapasiti rangkaian sekiranya perlu.
Rangkaian sentiasa terhubung
Dengan sistem diagnosis berautomasi 5 ciri, kami boleh meramal masalah perkakasan sebelum ia berlaku. Bantuan dron berprestasi tinggi dan teknologi A.I. pula membolehkan ramalan dan pengesanan sebarang kemerosotan struktur menara rangkaian secara tepat dan efisien.
Jaminan perkhidmatan dioptimumkan
Kami menunaikan jaminan resolusi panggilan pertama dengan bantuan papan pemuka khidmat pelanggan berintegrasi yang membantu kami menyelesaikan isu rangkaian secara lebih pantas. Sistem kami menghantar notifikasi proaktif kepada pelanggan perniagaan untuk membolehkan perancangan kontingensi lebih awal.
Rangkaian efisien tenaga
Rangkaian kami manganalisa corak penggunaan rangkaian dan mengoptimumkan penggunaan tenaganya secara automatik mengikut keperluan semasa para pelanggan.
Cara baru Maxis menyelenggara Rangkaian A.I.
Mari berkenalan dengan Nadia dan rakan sekerjanya yang baru di dalam pasukan penyelenggaraan infrastruktur rangkaian!
Liputan Rangkaian A.I. Maxis melebihi 9 dalam setiap 10 rakyat Malaysia – membekalkan kelajuan muat turun terpantas serta tahap kependaman dan kehilangan paket terendah. Rangkaian kami juga mencapai nilai peratusan tertinggi muat turun fiber pada kelajuan yang dilanggan.
Apakah yang membuatkan Rangkaian Maxis sedia 5G hari ini?
Sementara menantikan peruntukan spektrum 5G di Malaysia, kami telah menyediakan infrastruktur rangkaian sedia 5G seperti yang berikut:
Kawasan mana yang diliputi 5G? Dan bila?
5G dijangka akan dilancarkan secara meluas pada sekitar 2021 atas sebab utama:
Kami semestinya akan menawarkan peranti dan kad SIM 5G yang sesuai apabila kami melancarkan rangkaian 5G kami secara meluas kelak.
Adakah apa yang akan ditawarkan 5G, berlainan daripada apa yang kami nikmati hari ini?
5G bermaksud standard komunikasi mudah alih generasi kelima, mengatasi teknologi 4G.
Apa yang ditawarkan oleh 5G: