Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Notis Privasi Kumpulan Syarikat Maxis

Dikemaskini 12 Disember 2020

──

Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana Maxis Berhad dan perbadanan subsidiarinya, termasuk Maxis Mobile Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Maxis Collections Sdn Bhd dan Maxis International Sdn Bhd (dirujuk secara kolektif sebagai “Kumpulan Maxis” atau “kami”) memproses data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Sila baca Notis Privasi ini untuk memahami bagaimana kami memproses data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan peruntukan Notis Privasi ini dan pemprosesan data peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam Notis Privasi ini.

  1. Komitmen Kami Kepada Anda

    Kami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang termaklum dan berasa yakin tentang pembekalan data peribadi anda kepada kami termasuk apabila menggunakan mana-mana laman web, produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Maxis, kami telah menyediakan Notis Privasi ini untuk anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan yang anda ada mengenai bagaimana data peribadi anda sedang atau akan diproses oleh kami.

  1. Mentakrifkan Data Peribadi

    Data peribadi ditakrifkan dalam APDP dan secara umumnya merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang daripadanya anda boleh dikenal pasti, dan termasuk data peribadi sensitif serta penyataan pendapat tentang anda. Bagi mengelakkan keraguan, sila ambil maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai jika anda adalah orang sebenar yang merupakan pelanggan Maxis, termasuk orang sebenar yang berdagang sebagai pedagang perseorangan atau orang-orang sebenar yang membentuk sebuah perkongsian atau, jika bukan lagi pelanggan Maxis, sekiranya terdapat kewajipan yang belum selesai sama ada di pihak anda atau di pihak Maxis. Notis Privasi ini juga terpakai walaupun anda bukan salah seorang daripada pelanggan kami tetapi anda berinteraksi dengan kami sebagai sebahagian daripada perniagaan kami termasuk mengambil bahagian dalam program rujukan Maxis melalui https://www.maxis.com.my/mobile-plans/refer-friend/, menggunakan salah satu daripada produk dan/atau perkhidmatan kami, sama ada secara percuma atau dibayar oleh anda atau pihak ketiga, mengambil bahagian dalam kaji selidik atau percubaan, menyertai promosi hadiah, membuat panggilan kepada meja bantuan kami, atau membuat pertanyaan secara umum mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami.

  1. Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpul

    Bagi membolehkan kami memberi anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk beroperasi secara cekap dan berkesan, kami perlu mengumpul data peribadi daripada anda. Data peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk yang berikut:-

    1. nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan identiti (termasuk nombor Kad Pengenalan atau pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa yang dipilih, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat e-mel, soalan dan/atau data untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang kami sediakan untuk akaun anda
    2. maklumat kad kredit dan/atau kad debit anda, butiran akaun bank dan sejarah pembayaran anda
    3. lokasi peranti mudah alih anda (bagi menentukan titik sambungan rangkaian Maxis yang terdekat untuk membolehkan sambungan kepada rangkaian kami untuk membuat panggilan dan/atau mengakses perkhidmatan internet mudah alih kami)
    4. status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda perolehi daripada kami atau langgani
    5. bagaimana anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan (contohnya data trafik seperti nombor dan alamat panggilan, SMS, MMS, e-mel dan komunikasi lain yang dibuat dan diterima oleh anda dan tarikh, tempoh, masa dan kos komunikasi tersebut)
    6. jumlah data yang telah diterima dan/atau dihantar oleh anda
    7. peralatan (seperti peranti mudah alih dan/atau tetap anda, sistem komputer anda) dan/atau perisian yang anda gunakan apabila mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami 
    8. minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami menyesuaikan tawaran produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami yang paling sesuai untuk anda
    9. data pelayaran (“clickstream data”) apabila anda mengunjungi mana-mana aplikasi, platform media sosial atau laman web
    10. rakaman imej anda melalui kamera CCTV apabila anda mengunjungi cawangan-cawangan kami
    11. rakaman panggilan anda kepada meja bantuan kami untuk tujuan peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami.
  1. Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

    Kami mungkin mengumpul data peribadi anda apabila anda:-

    1. berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menyerahkan borang permohonan untuk menjadi pelanggan kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan termasuk dengan membuat panggilan kepada perkhidmatan pelanggan kami)
    2. mendaftar atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan tertentu dan/atau penerbitan kami (contohnya, surat berita)
    3. menggunakan rangkaian kami dan produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Maxis
    4. mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik kami 
    5. menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan, peraduan atau program kesetiaan yang dikendalikan/dianjurkan oleh kami
    6. mendaftarkan minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian kami atau saluran-saluran lain yang ada) atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami
    7. membalas apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar
    8. mengunjungi mana-mana pejabat, kedai atau pusat perkhidmatan kami dan premis-premis Maxis yang lain
    9. mengunjungi atau melayari laman-laman web kami
    10. membuat aduan kepada kami
    11. memberikan maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman-laman web kami atau secara salinan bercetak)
    12. (jika bukan lagi seorang pelanggan Maxis) sekiranya terdapat kewajipan yang belum selesai sama ada di pihak anda atau di pihak Maxis

    Selain daripada data peribadi yang diperolehi daripada anda (seperti yang diperincikan di atas), kami mungkin juga memperoleh data peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (contohnya, agensi pelaporan/rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk pendedahan data peribadi berkaitan dengan anda, dan/atau jika dibenarkan oleh undang-undang.

    Jika anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa ibu-bapa atau penjaga undang-undang anda memberikan persetujuan bagi pihak anda untuk pemprosesan data peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam Notis Privasi ini.

  1. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda

    Kami mungkin memproses data peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dikenal pasti dalam Notis Privasi ini, untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:-

    1. untuk mengesahkan identiti anda
    2. untuk membolehkan anda untuk dibekalkan dengan produk dan/atau perkhidmatan dan juga kemudahan dan/atau manfaat yang ditawarkan oleh kami dan/atau perbadanan berkaitan kami
    3. untuk memudahkan, menilai dan/atau memproses permohonan/permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan kami
    4. untuk membekalkan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda minta
    5. untuk mengendali dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda (termasuk pengenaan bayaran, pengebilan, memudahkan pembayaran dan mengutip hutang)
    6. untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu perkhidmatan, pertanyaan mengenai bil, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda hantar kepada kami berkenaan dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami dengan pasukan perhubungan pelanggan kami
    7. untuk menilai dan/atau mengesahkan kelayakan kredit
    8. untuk mengesan dan/atau mencegah aktiviti penipuan
    9. untuk menguruskan rangkaian kami
    10. untuk sentiasa berhubung dengan anda dan memberi anda apa-apa maklumat yang anda telah minta
    11. untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan dan diberikan kepada anda
    12. untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda
    13. untuk memproses apa-apa komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab apa-apa pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas)
    14. untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, pasukan perhubungan pelanggan kami dan pembekal perkhidmatan dan Laman-Laman Web Kumpulan Maxis dan untuk menjadikannya lebih cekap
    15. untuk menyenggara dan memperkembangkan sistem dan infrastruktur perniagaan kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut
    16. untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti
    17. untuk memaklumkan kepada anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami
    18. untuk menentukan bagaimana kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda
    19. untuk menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung dan/atau untuk mengenal pasti dengan lebih baik produk dan/atau perkhidmatan daripada kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami yang mungkin menarik minat anda
    20. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik 
    21. untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat   terhadap, atau yang melibatkan Kumpulan Maxis
    22. untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain
    23. untuk mematuhi kehendak undang-undang dan pengawalseliaan
    24. untuk apa-apa tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan  laman-laman web Kumpulan Maxis atau dalam Terma & Syarat Am atau Terma & Syarat Khusus Perkhidmatan atau dalam Ringkasan Terma & Syarat atau dalam Dasar Penggunaan Adil Maxis atau dalam mana-mana terma dan syarat lain yang dirujuk dalam dokumen-dokumen yang disebutkan sebelum ini
    25. untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan
  1. Pendedahan Data Peribadi Anda

    Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:-

    1. agensi penguatkuasa undang-undang, untuk tujuan mencegah dan/atau mengesan jenayah, atau untuk tujuan siasatan dan/atau penangkapan atau pendakwaan pesalah dan/atau melindungi keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah apa-apa undang-undang atau menurut perintah atau penghakiman suatu mahkamah;
    2. agensi dan badan kerajaan, untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami;
    3. syarikat, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan lain, untuk memproses data peribadi bagi pihak kami;
    4. syarikat, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan yang lain, untuk (i) menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami yang berupa sampingan dan/atau diperlukan untuk tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami untuk anda; atau (ii) membantu kami menyediakan perkhidmatan untuk anda seperti menyediakan khidmat pelanggan, pemasaran, perkhidmatan infrastruktur dan teknologi maklumat, memperibadikan perkhidmatan kami dan menjadikannya lebih baik; atau (iii) memproses transaksi pembayaran; atau (iv) menjalankan pemeriksaan penipuan dan kredit dan mengutip hutang serta melindungi hak kami, mempertahankan kami dan harta benda kami; atau (v) menganalisis dan menambah baik maklumat yang kami pegang (termasuk mengenai interaksi anda dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami); atau (vi) menjalankan kaji selidik; atau (vii) menjalankan mana-mana daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
  1. Pemasaran Langsung

    Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk memberi kepada anda, atau membolehkan perbadanan berkaitan kami untuk membekalkan kepada anda, maklumat, promosi dan keterangan terkini termasuk bahan pengiklanan dan pemasaran (“bahan pemasaran”) tentang  produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan kami dan juga produk dan/atau perkhidmatan peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik terpilih perbadanan berkaitan kami. Tertakluk kepada persetujuan khusus anda, kami mungkin juga memudahkan peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik terpilih perbadanan berkaitan kami untuk membekalkan kepada anda bahan pemasaran mengenai produk dan/atau perkhidmatan mereka, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda. Maklumat, promosi dan keterangan terkini yang disebutkan di atas, termasuk bahan pengiklanan dan pemasaran mungkin dihantar kepada anda melalui salah satu atau lebih daripada contoh berikut: panggilan telefon, pesanan teks, sepanduk dalam talian, e-mel atau melalui sistem pesanan berasaskan internet, sosial atau aplikasi atau apa-apa kaedah komunikasi yag lain. Jika anda tidak mahu data peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran langsung atau jika anda mengubah fikiran pada bila-bila masa berhubungan dengan pilihan anda sebelum ini, sila hubungi Wakil Pelanggan kami di sini atau 1-800-82-1123 atau +603-74922123, atau dail 123 (jika anda pelanggan kami). Arahan bertulis dan/atau lisan anda kepada kami yang terkini akan diguna pakai.

  1. Bagaimana Jika Anda Tidak Memberikan Data Peribadi Anda Kepada Kami?

    Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang pendaftaran/permohonan), anda mempunyai kewajipan untuk memberi data peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami. Jika anda enggan memberikan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda, atau memberi anda dan/atau berterusan memberi anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami.

  1. Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Data Peribadi Anda

    Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Jika anda mahu mengakses data peribadi anda dalam pegangan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkenaan, tidak terkini, dan anda mahu membetulkan data peribadi tersebut, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi Wakil Pelanggan kami di sini atau dail 123. Berhubungan dengan permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data, anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun anda serta memberikan butiran ringkas mengenai maklumat yang mana anda ingin meminta sesalinan  atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang anda ingin pembetulan dibuat, bagi mana-mana permintaan tersebut. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin menolak untuk memenuhi permintaan mengakses data anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau jika maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Kami mungkin juga menolak untuk memenuhi permintaan pembetulan data anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila anda tidak membekalkan maklumat yang dikehendaki dengan munasabah oleh kami untuk menentukan bagaimana data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Namun demikian, kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat memenuhi permintaan mengakses data dan/atau pembetulan data anda. Kami berhak untuk mengenakan fi (yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai) untuk apa-apa permintaan mengakses data.

  1. Melaksanakan Pilihan Sehubungan Data Peribadi Anda

    Tertakluk sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda boleh melaksanakan pilihan anda untuk mengehadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda, termasuk data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu. Sekiranya anda mahu berbuat demikian, sila hubungi Wakil Pelanggan kami di sini atau 1-800-82-1123 atau +603-74922123, atau dail 123 (jika anda pelanggan kami). 

  1. Kewajipan Anda

    Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mana-mana individu lain yang data peribadinya anda berikan kepada kami dan untuk mengemaskinikan data peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan menghubungi Wakil Pelanggan kami di sini atau dail 123. Kewajipan ini merupakan syarat bagi pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami kepada anda dan/atau mana-mana individu lain yang diberi kuasa atau dibenarkan oleh anda atau organisasi/syarikat anda untuk menggunakan produk dan/atau perkhidmatan tersebut. Jika anda perlu memberi kami data peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau jika anda merupakan orang yang dilantik (daripada sebuah syarikat atau organisasi) untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang memperoleh dan bertanggungjawab untuk produk dan/atau perkhidmatan yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan persetujuan mereka atau berhak memberikan data peribadi mereka kepada kami untuk kami memprosesnya dengan sewajarnya, dan (ii) memaklumkan kepada mereka untuk membaca Notis Privasi ini di laman web kami di https://www.maxis.com.my/privacy-statement/ dan/atau di mana-mana Pusat Perkhidmatan Maxis.

  1. Urusan Dalam Talian Dengan Kuki Kumpulan Maxis

    Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman-laman web kami oleh anda melalui kuki. Kuki adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web kepada keperluan anda. Kuki dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna individu, ia hanya mengenal pasti komputer atau peranti yang digunakan. Anda tidak berkewajipan untuk menerima kuki. Jika anda mempunyai kebimbangan, anda boleh tetapkan komputer atau peranti anda sama ada untuk menerima semua kuki, memaklumkan kepada anda bila sesuatu kuki dikeluarkan, atau langsung tidak menerima kuki pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan kuki mungkin akan menjejaskan penggunaan laman-laman web kami oleh anda kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda. Sila ambil maklum bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai untuk laman-laman web Kumpulan Maxis semata-mata dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin diakses oleh anda dari laman-laman web kami. Untuk menentukan bagaimana mereka mengendalikan data peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca dasar privasi mereka masing-masing. Jika anda menggunakan atau melanggan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan daripada mana-mana pihak ketiga dan anda kemudiannya memberikan data peribadi anda secara langsung kepada pihak ketiga tersebut, data peribadi anda akan tertakluk kepada penyataan/notis/dasar privasi pihak ketiga tersebut.

  1. Pemindahan Data Peribadi Anda Ke Luar Negara

    Kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia termasuk jika pemindahan tersebut dibuat kepada kemudahan kami yang terletak di luar Malaysia atau jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan niaga strategik kami yang terlibat dalam pembekalan sebahagian daripada produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Maxis atau perkhidmatan penyimpanan data atau pemprosesan data yang disumber dari luar untuk dan bagi pihak kami  berlokasi  di luar Malaysia atau mempunyai pelayan dan/atau perkakasan yang berkaitan di luar Malaysia atau jika anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan dari negara selain daripada Malaysia (contohnya, perayauan  antarabangsa). Anda memberi persetujuan untuk kami memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami mungkin juga memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia sekiranya dibenarkan oleh undang-undang.

  1. Pengemaskinian Notis Privasi Kami

    Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari masa ke masa dan versi yang dikemas kini akan digunapakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi terdahulu, termasuk, versi dalam risalah atau salinan bercetak. Anda digalakkan untuk menyemak laman web kami dan mengunjungi semula Notis Privasi ini secara berkala untuk mendapatkan Notis Privasi kami yang terkini (berdasarkan tarikh kemas kini yang tertera di bahagian paling atas Notis Privasi ini).

  1. Butir-butir Menghubungi Kami

    Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan (termasuk untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi), kebimbangan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Wakil Pelanggan kami di sini atau 1-800-82-1123 atau +603-74922123, atau dail 123 (jika anda pelanggan kami).

Jawatan:
Pegawai Data Privasi
Telefon: 123 daripada telefon mudah alih Maxis anda atau 1800821123 atau 03-74922123 dari talian telefon yang lain
No. Faks: 03-74922950
E-mel: customercare@maxis.com.my
Alamat: Maxis Group, P.O. Box 13222, 50802 Kuala Lumpur