Hot Tiket Ekstra - Umum

 

Berapakah harga Hot Tiket Ekstra?

RM5, RM10 dan RM15.

 

Apakah yang saya dapat dengan pengaktifan sebarang Hot Tiket Ekstra?

 

 

HOT TIKET EKSTRA

RM5*

HOT TIKET EKSTRA

RM10*

HOT TIKET EKSTRA

RM15*

Minit 25 75 100
SMS 25 75 100
Data 250MB 250MB 250MB
Tempoh sah 1 hari 5 hari 7 hari
  1. Tempoh sah dari tarikh pembelian
     

Adakah terdapat masa-masa tertentu untuk penggunaan minit, SMS dan data Hot Tiket Ekstra?

Tidak, tiada sebarang masa tertentu untuk penggunaan Hot Tiket ini. Penggunaan minit, SMS dan data ini boleh digunakan 24 jam sehari sepanjang tempoh sah.

 

Bagaimanakah saya boleh memeriksa baki Hot Tiket Ekstra?

  • Untuk minit dan SMS: Dail*129#
  • Untuk data: Dail *136*9#, dan pilih '1' untuk 'Semak Status'

 

Bolehkah saya menggunakan minit dan SMS untuk menghubungi rangkaian lain?

Ya. Anda boleh membuat panggilan ke rangkaian lain, nombor-nombor percuma tanpa tol terpilih seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

RANGKAIAN MUDAH ALIH

(PANGGILAN/SMS KE SEMUA RANGKAIAN)

TALIAN TETAP

(DICAJ DARIPADA WALLET MINIT)

MAXIS 03
CELCOM 04
DIGI 05
UMobile 06
TuneTalk 07
  08
  09

 

Apakah yang akan terjadi jika saya masih mempunyai minit/SMS yang tidak digunakan selepas tempoh sah?

Minit & SMS yang tidak digunakan akan luput (kembali kepada kosong) kecuali Hot Tiket yang baru diaktifkan sebelum tempoh sah.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya masih mempunyai minit/SMS selepas tempoh sah?

Minit & SMS yang akan luput (kembali kepada kosong) kecuali Hot Tiket yang baru diaktifkan sebelum tempoh sah tamat.

 

Apakah yang akan terjadi kepada minit/SMS yang tidak digunakan jika saya tidak mengaktifkan Hot Tiket Ekstra yang baru selepas tempoh sah?

Kegagalan untuk mengaktifkan Hot Tiket sebelum tempoh sah tamat akan menyebabkan semua minit/ SMS anda luput (kembali kepada kosong).

 

Adakah terdapat had maksima untuk minit & SMS untuk dibawa ke hadapan?

Minit dan SMS daripada Hot Tiket sebelumnya akan di bawa ke hadapan selepas pengaktifan Hot Tiket Ekstra dilakukan sebelum tempoh sah tamat; jumlah maksimum minit & SMS sebelum pengaktifan adalah 300 minit dan 1000 SMS. Baki yang melebihi jumlah ini akan dikira luput.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya melebihi kuota?

Jika anda melebihi kuota ketika dalam tempoh sah, kelajuan anda akan diperlahankan.

Jika anda melebihi kuota ketika dalam tempoh sah, kelajuan anda akan diperlahankan.

Data akan dihentikan selepas tempoh sah tamat walaupun anda masih mempunyai baki data. Tertakluk kepada Polisi Penggunaan Adil. (www.maxis.com.my/FUP)

 

Bolehkah saya menambah nilai dengan Hot Tiket Ekstra atau Hot Tiket Social jika tempoh sah tambah nilai Hot Tiket yang sedia ada masih belum tamat?

Sudah tentu. Kuota data Hot Tiket boleh ditambah diatas pas-pas yang lain. Penggunaan data dengan tempoh sah yang paling singkat akan digunakan didahulukan.