Hotlink 4G LTE - Am

 

Apakah maksud LTE? Apakah perbezaan antara 2G, 3G dan HSPA+? Adakah 4G sama dengan LTE?

LTE (singkatan untuk Long Term Evolution) merupakan teknologi terkini dalam evolusi rangkaian mudah alih yang memberikan para pengguna lebih kelajuan berbanding 3G.

HSPA+ adalah penambahbaikan yang menawarkan data yang lebih laju untuk rangkaian 3G.

Di Malaysia, 4G dan LTE adalah sama. Peranti yang berbeza, memaparkan paparan yang berbeza.

 

Mengapakah internet saya cepat habis sekarang? Saya guna seperti biasa dan tiada sebarang masalah sebelumnya? Adakah saya menggunakan lebih internet dengan LTE?

Semuanya bergantung kepada penggunaan LTE anda. Selalunya, sama ada mesej dan panggilan melalui WhatsApp, strim video di Facebook, GPS Waze, atau memuat laman di Google Chrome – 4G menggunakan jumlah internet yang sama seperti 3G. Disebabkan 4G lebih laju, maklumat dipaparkan dengan lebih cepat pada peranti anda. Kebiasaannya anda akan melihat lebih kandungan pada masa yang sama.

Sesetengah penggunaan 4G memang menggunakan lebih data daripada 3G. Contohnya, pengguna akan secara automatik menonton video di dalam HD. Dengan resolusi dan penghayatan lebih baik, maka anda menggunakan lebih data mudah alih.

 

Mengapakah internet saya cepat habis sekarang? Saya guna seperti biasa dan tiada sebarang masalah sebelumnya? Adakah saya menggunakan lebih data dengan LTE?

Ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Mungkin pas data anda telah habis. Anda boleh memeriksa status dengan log masuk ke MyMaxis App.

Jika ada masih mempunyai baki data, periksa sama ada pelanggan Maxis yang lain di kawasan yang sama turut mengalami masalah rangkaian.

Jika tidak, periksa setting data anda. Periksa sama ada 4G telah diaktifkan atau mungkin anda telah terpilih setting 2G/3G sahaja.

Jika ya, mungkin ia disebabkan oleh kesesakan rangkaian akibat terlalu ramai pengguna rangkaian yang sama pada sesuatu kawasan. Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan rangkaian. Sila hubungi duta 4G kami untuk memaklumkan gangguan rangkaian supaya ia dapat diatasi segera.

 

Mengapakah saya hanya mendapat isyarat 4G di sudut-sudut tertentu rumah sahaja dan 3G untuk selebihnya?

Setiap teknologi radio (3G lwn 4G) mempunyai radius liputan yang berbeza, cth. liputan 4G ialah 3 suku daripada radius liputan 3G. Memang mencabar untuk kami meliputi seluruh kawasan rumah anda dengan 4G. Oleh itu sesetengah sudut di rumah anda mungkin diliputi oleh rangkaian 3G dan bukan 4G.

 

Mengapakah rangkaian 4G saya tidak tetap? Rangkaian saya kerap berubah-ubah daripada 4G kepada H.

Terdapat lebih banyak menara 3G daripada 4G. Terkini, kami mempunyai sehingga 88% liputan bagi penduduk; sementara liputan 4G kami berada pada tahap 40%. Yakinlah, Maxis merupakan rangkaian 4G LTE yang berkembang luas di Malaysia. Sementara kami membina lebih banyak menara 4G, anda akan mempunyai lebih peluang untuk menikmatinya.

 

Bateri saya cepat habis bila mula menggunakan 4G. Adakah benar 4G menggunakan lebih banyak kuasa bateri? Apakah yang boleh saya lakukan?

Tanggapan itu tidak benar. Sejak 4G diperkenalkan, lebih banyak jenama telah memperbaiki penggunaan kuasa bateri peranti mereka termasuk menambahkan kapasiti bateri menjadi lebih besar & cip pemproses lebih mesra tenaga bagi penggunaan rangkaian 4G tanpa membebankan bateri anda. Jika bateri anda cepat habis, anda boleh kurangkan kecerahan skrin peranti, menutup aplikasi latar belakang yang aktif, atau menggunakan aplikasi seperti Juice Defender.

 

Adakah terdapat perbezaan harga antara Maxis 4G dan Maxis 3G? Bagaimanakah saya boleh menikmati kelajuan 4G LTE?

Tiada perbezaan harga; kami menawarkan rangkaian terbaik apabila anda membayar untuk pas data internet anda.

Anda akan menikmati 4G jika anda mempunyai kesemua yang diperlukan seperti di bawah:

  • Anda menggunakan peranti LTE
  • Anda mempunyai Pas Internet Mudah Alih yang sah (sama ada 100MB atau 2GB, selagi anda mempunyai kuota data laju)
  • Anda mempunyai kad SIM LTE (sebarang kad SIM 64k dan ke atas menyokong 4G. Cuma pastikan jenis SIM anda sama ada 32k, 64k atau 128k di hadapan kad SIM anda)
  • Anda telah mengaktifkan LTE di setting peranti mudah alih anda
  • Anda di dalam liputan rangkaian 4G

Tunggu apa lagi? Bertukarlah ke Maxis 4G LTE!

 

Apakah penggunaan yang sesuai untuk dinikmati dengan 4G? Apakah perkara yang hanya boleh dinikmati dengan 4G dan bukan 3G?

4G LTE menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk semua aplikasi data.

Keperluan internet: Kurang daripada 4 saat untuk memuat laman web, muat turun fail gambar yang lebih pantas di aplikasi chat sosial.

Hiburan: Strim video YouTube atau iFlix dengan lancar; strim muzik tanpa henti di Spotify Premium; pengalaman ‘game’ yang lebih lancar.

Produktiviti:  Muat turun dan muat naik di cloud storage yang lebih pantas.

Komunikasi: Panggilan video yang lebih lancar

Terdapat aplikasi yang hanya boleh digunakan dengan 4G. Cth. Meerkat, Periscope, Stringwire dan banyak lagi.

 

Apakah penggunaan yang sesuai dinikmati dengan 4G? Apakah yang hanya boleh dinikmati dengan 4G dan bukan 3G?

 

  3GB(1.5-7 MBPS*)
4GB LTE(7-15 MBPS*)
MUAT TURUN APLIKASI (20MB)
Kurang 3 minit
Kurang 25 saat
KONGSI GAMBAR DI FACEBOOK

Kurang 25 saat

 

Kurang 1 saat (pole to FTB)
STRIM MUZIK
Kurang 10 saat untuk dimuatkan. ‘Playback’ kadang-kadang tersekat untuk memuatkan.
Kurang 10 saat untuk dimuatkan. Tiada gangguan untuk memuatkan.
TONTON VIDEO YOUTUBE
Kurang 20 saat untuk memuatkan video Standard Definition (SD). Jarang tersekat ketika memuatkan.
Kurang 1 saat untuk memuatkan video High Definition (HD). Tiada gangguan untuk memuatkan atau kehilangan ‘frame’.