Promosi - Monster Pass

 

Siapakah yang layak menikmati pas-pas ini?

Semua pelanggan Hotlink kecuali Hotlink Broadband, Hotlink Tablet dan Hotlink FAST.

 

Berapakah jumlah pas promosi boleh saya beli dalam satu hari?

Anda boleh membeli sebanyak mana yang anda mahu, kerana pas harian boleh dikumpulkan. 

 

Bilakah pas-pas tersebut tamat tempoh?

Semua pas mempunyai tempoh sah selama 24 jam.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan pas-pas tersebut?

Pas-pas boleh didapati dari UMB dan Aplikasi RED.

 

Apakah maksud tawaran Monster Video Pass?

Pas Internet Mudah Alih ini membolehkan anda menikmati strim video dan mengikuti trending terkini.

 

Kuota yang manakah akan digunakan, jika saya mempunyai pas Monster Video dan menonton video YouTube?

Mana-mana pelayaran atau strim daripada YouTube akan ditolak daripada kuota YouTube 1GB.  Kuota YouTube 1GB juga sah untuk aplikasi-aplikasi google terpilih. 

 

Bolehkah saya menggunakan pas-pas untuk pelayaran/ penggunaan lain-lain?

Ya, sebarang pelayaran/ penggunaan akan ditolak daripada kuota 500MB. 

 

Adakah saya akan dicaj berdasarkan penggunaan, jika semua kuota pas-pas promosi saya habis?

Setelah kehabisan kuota, anda dinasihatkan melanggan pas-pas Mobile Internet (harian/ mingguan/ bulanan) yang baru dengan mendail *100# untuk mengelakkan caj Bayar Ikut Penggunaan, sekiranya anda menggunakan pelan selain #Hotlink.

 

Kuota manakah akan digunakan untuk GPRS, jika saya mempunyai pas 100MB dan Pas Monster Video harian?

Kuota akan ditolak daripada pas yang akan tamat tempoh dahulu. Sebagai contoh, pas harian 100MB yang sah sehingga pukul 15:00 akan digunakan dahulu kerana pas harian Monster Video hanya tamat pada pukul 16:00. 

 

Jika saya mempunyai pas mingguan/ bulanan dan pas Monster Video, kuota yang manakah akan digunakan dahulu?

Pas yang menghampiri tamat tempoh akan digunakan dahulu. Pas Monster Video akan digunakan dahulu kerana tamat tempoh sah yang lebih pendek daripada pas mingguan/ bulanan.

 

Kuota video saya tetap digunakan walaupun saya tidak melayari sebarang laman Video.

Kami sentiasa berusaha, berdasarkan asas usaha terbaik, merangkumi semua trafik yang berkaitan dengan Kuota Video. Oleh kerana terdapat perkongsian sumber antara rakan kongsi video dan laman web serta video pihak ke-3 yang lain, sesetengah penggunaan daripada pelayaran akan ditolak daripada kuota video anda.

 

Kuota biasa saya tetap digunakan walaupun saya melayari laman video yang sah.

Kami sentiasa berusaha, berdasarkan asas usaha terbaik, merangkumi semua trafik yang berkaitan dengan Kuota Video. Oleh kerana terdapat perkongsian sumber antara rakan kongsi video dan pihak ke-3 yang lain, sesetengah penggunaan daripada pelayaran akan ditolak daripada kuota video anda.