ReloadPlus Internet - Umum

 

Apa itu ReloadPlus?

ReloadPlus merupakan cara baru & pilihan lebih baik untuk menambah nilai serta mempunyai lebih nilai daripada tambah nilai biasa. Ini merupakan perbandingan ReloadPlus dan tambah nilai biasa;

 

APA YANG ANDA BAYAR

(bergantung kepada pecahan denominasi)

APA YANG ANDA DAPAT
 
  ReloadPlus
Tambah nilai biasa
RM9

RM9 + 200MB

4G/LTE internet

 

(sah 7 hari)

RM10

 

(sah 10 hari)

RM10

RM10 + 300MB

4G/LTE internet

 

(sah 7 hari)

RM10

 

(sah 10 hari)

RM15

RM15 + 750MB

4G/LTE internet

 

(sah 7 hari)

RM15

 

(sah 15 hari)

Di manakah saya boleh mendapatkan ReloadPlus?

Anda boleh membeli tambah nilai ini dengan:

  1. Berkunjung ke pengedar Hotlink atau pusat Maxis yang terdekat untuk mendapatkan tiket ReloadPlus.
  2. Pengaktifan secara elektronik melalui system layan diri dengan mendail *100*1*1#. Anda mestilah mempunyai kredit yang mencukupi untuk pengaktifan elektronik.
  3. Aktifkan melalui Hotlink Red App di menu ‘ReloadPlus’

 

Jika saya telah melanggan tiket ReloadPlus RM10, adakah saya akan menerima tempoh sah selama 10 hari untuk kitaran akaun utama saya?

Ya, kitaran akaun utama anda akan ditambah dengan 10 hari selepas pengaktifan. Namun, masa berbual & SMS bernilai RM10 hanya sah selama 7 hari sahaja.

 

Apakah yang saya boleh dapatkan dengan masa berbual yang diberikan?

Masa berbual tempatan : suara, panggilan video & SMS ke semua rangkaian tempatan.

 

Apakah kadar caj untuk panggilan & SMS untuk masa berbual ini?

Kadar caj untuk suara/SMS ialah sama dengan kadar pelan pelanggan. .

 

Bagaimanakah pula dengan penggunaan yang lain? Bolehkah saya melanggan Mobile Internet & konten dengan kredit yang diberikan?

Tidak.

 

Apakah kelajuan internet ekstra yang ditawarkan dengan ReloadPlus?

Internet ekstra yang ditawarkan dengan tambah nilai ini ialah Internet Mudah Alih Kelajuan Tinggi (4G/sedia LTE), dengan kelajuan sehingga 75Mbps pada rangkaian telefon mudah alih Maxis.

 

Apakah yang anda maksudkan dengan penggunaan maksimum tanpa had? Apakah yang akan terjadi selepas saya menggunakan 100% kuota kelajuan internet?

Ini bermaksud and.a telah melebihi had Kelajuan Tinggi internet, anda masih boleh melayari internet TANPA sebarang caj tambahan sehingga tempoh sah tamat. Anda juga boleh:

 
  1. melanggan satu lagi ReloadPlus untuk Kelajuan Tinggi
  2. Jika anda telah mengaktifkan ReloadPlus RM15, anda masih boleh menambah nilai dengan pas harian dengan HANYA RM1 untuk 100MB dengan ‘Tawaran ReloadPlus’. (Dail *100*1*1# untuk melanggan)

 

Bolehkah saya melangan lebih daripada satu ReloadPlus dalam seminggu?

Ya, tiada had maksimum untuk jumlah pembelian.

 

Bagaimanakah saya boleh memeriksa baki?

Dail *100# > Tawaran Hebat > ReloadPlus >Semak Baki. Anda juga boleh mendail *100*1*1*1#

 

Bolehkah masa berbual tempatan saya dibawa ke hadapan selepas tempoh sah berakhir?

Tidak.

 

Apakah jumlah masa berbual maksimum terkumpul yang dibenarkan?

Ya, masa berbual boleh dikumpulkan jika ReloadPlus yang seterusnya diaktifkan dalam tempoh sah. Jumlah maksimum yang dibenarkan untuk setiap pelanggan ialah RM30.

Tempoh sah untuk ReloadPlus adalah 7 hari, bermula dari hari pengaktifan. 

 

Adakah ReloadPlus diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh?

Tidak.

 

Saya masih lagi mempunyai baki masa berbual untuk akaun utama & ReloadPlus. Baki yang manakah akan ditolak dahulu apabila saya membuat panggilan?

Masa berbual ReloadPlus akan ditolak terlebih dahulu. Setelah baki tersebut habis, caj akan ditolak daripada baki akaun utama.

 

Saya telah membeli ReloadPlus. Namun, internet saya bukan 4G/LTE. Apakah yang terjadi?

Ia berkemungkinan disebabkan:

  1. Peranti anda tidak menyokong 4G/LTE
  2. Kad SIM anda tidak menyokong 4G/LTE. Sila kunjungi Pusat Maxis yang terdekat untuk menaik taraf SIM anda.
  3. Anda telah terkeluar dari kawasan liputan 4G/LTE.

 

Bolehkah saya melanggan pas Internet Mudah Alih ketika ReloadPlus saya masih aktif?

Ya.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan tawaran ReloadPlus?

Tawaran ReloadPlus ialah gedung ReloadPlus, yang dilengkapkan dengan tawaran eksklusif tambahan untuk nilai ReloadPlus terpilih sahaja.

 

Siapakah yang boleh melanggan tawaran ReloadPlus? Bagaimakah saya boleh membeli ?

Tawaran ReloadPlus sah untuk semua pelanggan Hotlink yang telah mengaktifkan ReloadPlus RM15. Untuk melayari tawaran gedung ReloadPlus, dail *100*1*1# & pilih ‘Tawaran ReloadPlus’.

 

Apakah yang ditawarkan oleh promosi ini?

Bermula 7 Mei dan ke atas, anda boleh menikmati kuota berganda dengan denominasi ReloadPlus berikut:

  1. RM10 ReloadPlus = RM10 kredit (masa berbual tempatan) + 100 300MB
  2. RM15 ReloadPlus = RM15 kredit (masa berbual tempatan) + 250 750MB

 

Siapakah yang layak untuk menyertai promosi ini?

Semua pelanggan Hotlink (terkecuali WBB & Pelan Tablet) yang melanggan ReloadPlus RM10 atau RM15 layak untuk menyertai promosi ini.

 

Siapakah yang layak untuk melanggan ReloadPlus melalui semua saluran?

Ya, ia cuma sah untuk pembelian tiket daripada mana-mana kedai Hotlink, melalui RED app dan menu UMB *100#.