Super  Savers Weekend - Am

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Super Savers Weekend?

Pelanggan boleh menghubungi nombor Maxis/Hotlink selama 1 jam untuk hanya RM1 bagi setiap panggilan.

 

Bilakah saya boleh menikmati tawaran ini?

Super Savers Weekend : Setiap Sabtu dan Ahad ( 12:00 pg. hingga 11.59 mlm.) bermula 17 Mac 2014 sehingga dimaklumkan.

 

Apakah yang akan berlaku jika saya membuat panggilan sampai 12.05am Isnin?

Jangan risau. Panggilan akan memotong pada pukul 12 tengah malam Isnin secara automatik.

 

Siapakah yang layak menerima tawaran ini?

Tawaran ini khas untuk pelanggan-pelanggan Hotlink sahaja.

 

Bagaimanakah saya boleh menikmati Hotlink Super Savers?

Dail 131 diikuti oleh nombor telefon. Cth: 1310127789234

 

Bolehkah saya menggunakan promosi ini untuk menghubungi rangkaian lain?

Tidak, panggilan hanya sah ke rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja.

 

Saya baru sahaja habis 60 minit untuk dengan ‘A’. Adakah saya layak menikmati kadar yang sama jika menghubungi ‘B’?

Ya. Cuma dail 131 diikuti oleh nombor telefon ‘B’ untuk menikmati promosi ini. 

 

Masa bercakap saya dengan “A berakhir pada minit ke-40. Bolehkah saya membuat panggilan ke ‘B’ untuk menikmat baki masa bercakap 20 minit?

Tidak, promosi sah berdasarkan sekali panggilan. Untuk menikmati tawaran yang sama untuk panggilan anda yang seterusnya, dail 131 diikuti oleh nombor telefon mudah alih.

 

Adakah panggilan akan diputuskan secara automatik pada minit ke-60?

Ya.

 

Saya membuat panggilan pada pukul 11.45 malam. pada hari Ahad. Adakah saya akan dikenakan caj biasa bermula 12 tengah malam?

Ya. Pada 12 tengah malam, panggilan anda akan diputuskan. Panggilan selepas itu akan dikenakan caj biasa.

 

Adakah tawaran ini merangkumi panggilan IDD?

Tidak, panggilan hanya sah ke rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja.

 

Adakah tawaran ini merangkumi panggilan ke nombor telefon mudah alih Perayauan Antarabangsa Maxis?

Tidak, panggilan hanya sah ke rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja.

 

Adakah tawaran ini merangkumi panggilan ke nombor yang telah pindah keluar dari Hotlink/Maxis?

Tidak, panggilan hanya sah ke rangkaian Hotlink dan Maxis sahaja.

 

Adakah tawaran ini merangkumi panggilan ke nombor On Net 1800, 1300 & 1700?

Tidak, hanya untuk nombor telefon mudah alih.

 

Adakah tawaran Super Savers Call sah untuk panggilan video?

Tidak, hanya sah untuk panggilan suara ke nombor telefon mudah alih.

 

Adakah ini sah untuk panggilan ke nombor Active 10 untuk talian prabayar saya?

Ya.

 

Bolehkah saya mendail kod tersebut untuk menikmati kadar ini ketika berada di luar negara?

Tidak.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya mendail kod ini pada hari istimewa saya, yang mana saya sepatutnya menikmati panggilan percuma pada hari tersebut?

Promosi Super Savers Call mendahului semua tawaran atau promosi. Anda akan dikenakan caj RM1/panggilan sekiranya anda dial 131<nombor>.

 

Panggilan saya terputus ketika bercakap, bolehkah saya mendail nombor telefon mudah alih yang sama untuik menikmati baki minit?

Tidak, anda akan dikenakan caj RM1/panggilan setiap kali anda dial 131<nombor>.