Ganjaran Hotlink - Kempen Hadiah Percuma Setiap Hari

Apakah Kempen Ganjaran Hotlink Hadiah Percuma Setiap Hari ini? 

Kempen Ganjaran Hotlink Hadiah Percuma Setiap Hari ini merupakan program ganjaran dan kesetiaan yang dipromosikan oleh Maxis Broadband Sdn Bhd (“Hotlink”) untuk pelanggan Pascabayar Hotlink. Semua pelanggan pascabayar Hotlink berpeluang untuk memenangi hadiah melalui aplikasi Hotlink RED.

Apakah tempoh promosi Kempen Ganjaran Hotlink Hadiah Percuma Setiap Hari?

Kempen ini berlangsung dari 19 November sehingga 31 Disember 2019. 

Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
  • Terbuka kepada semua pelanggan dengan semua jenis pelan Pascabayar Hotlink (kecuali pelanggan Hotlink Tourist SIM Plan dan Hotlink Postpaid Flex), dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. 
  • Peserta yang layak perlu menggunakan nombor Hotlink yang sama seperti yang digunakan untuk menyertai Kempen Ganjaran Hotlink Hadiah Percuma Setiap Hari dan mengekalkan akaun Hotlink yang aktif. Akaun Hotlink ini tidak boleh digantung atau dibatalkan dengan sebarang alasan semasa Tempoh Kempen berlangsung sehingga nama pemenang diumumkan dan hadiah telah disampaikan. (Nota: Pemilihan pemenang akan dilakukan selepas 31 Disember 2019; jadi para peserta perlu mengekalkan akaun Hotlink yang aktif dan boleh dihubungi. 
  • Mereka yang berada di dalam kumpulan seperti berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini-
    • Pekerja tetap atau kontrak Maxis/Hotlink (termasuk syarikat bersekutu atau yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, abang, kakak, adik dan termasuk suami isteri); atau
    • Wakil-wakil, pembekal, pekerja dan/atau agen Maxis/Hotlink dan keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, abang, kakak, adik dan termasuk suami isteri)
Bagaimana saya boleh menyertai Kempen Hadiah Percuma Setiap Hari ini? 
  1. Pergi ke aplikasi RED, kemudian ke tab "Rewards" dan kumpul Mata Ganjaran Hotlink percuma setiap hari. 
  2. Pada tab "Rewards", cari dalam Hot Deals atau kategori karusel "Free Prizes Every Day" untuk tawaran pilihan anda.  
  3. Tebus tawaran "Free Prizes Every Day" anda dengan Mata Ganjaran Hotlink. Hanya satu (1) penebusan untuk satu tawaran, setiap hari. 
  4. Setiap penebusan dikira sebagai satu peluang untuk penebusan pada hari itu.
  5. Mata Ganjaran Hotlink diperlukan untuk setiap penebusan hadiah seperti berikut: 
Hadiah Harian  Mata Ganjaran Hotlink

Oppo A5s (kecuali pada hari Sabtu)

10

Oppo F11 Pro (hanya pada hari Sabtu)

10

Sony PlayStation 4 Pro

10

GoPro Hero 7

10

Pensonic Air Fryer

5

RM500 Shopee e-Vouchers

5

 

Bolehkah saya memilih untuk memenangi mana-mana daripada hadiah yang dinyatakan di atas?

Anda boleh menebus tawaran "Free Prizes Every Day" pilihan anda melalui Aplikasi Hotlink Red. Pemilihan pemenang akan dipilih secara rawak oleh Hotlink.

Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah? 

Tidak. Setiap pemenang hanya boleh menang (1) hadiah sepanjang tempoh kempen berlangsung. Tetapi semua pelanggan layak untuk menebus tawaran "Free Prizes Every Day" menerusi Aplikasi Hotlink Red setiap hari. 

Bagaimana untuk saya tahu hadiah yang telah dimenangi dan pemenang yang telah menang?

Pemenang akan dihubungi oleh wakil Hotlink atau rakan kongsi yang telah ditugaskan oleh Hotlink dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kempen tamat.

Saya telah menebus satu atau lebih tawaran percuma dengan Mata Ganjaran Hotlink, tetapi tidak menang. Bolehkah saya mendapatkan kembali Mata Ganjaran?

Mata Ganjaran yang telah digunakan untuk tawaran "Free Prizes Every Day" tidak boleh dikembalikan.

 

Syarat & Penghantaran Hadiah
Sekiranya saya pemenang terpilih, bagaimana saya boleh mendapatkan hadiah ini?

Untuk Telefon Mudah Alih:
Anda akan dihubungi oleh wakil Hotlink atau rakan kongsi yang ditugaskan oleh Hotlink untuk mengesahkan butiran peribadi, alamat dan masa penghantaran (jika diperlukan). Hadiah akan dihantar ke destinasi yang telah dipersetujui. 

Hadiah hanya boleh dihantar kepada Pemenang dan risiko ditanggung sendiri oleh Pemenang melalui pengesahan:

  1. Nama penuh pemenang dan nombor Kad Pengenalan (NRIC) atau passport;
  2. Nombor Hotlink yang mengambil bahagian dalam Kempen Ganjaran Hotlink Hadiah Percuma Setiap Hari; dan
  3. Alamat penuh penghantaran

Untuk Hadiah-Hadiah Lain: 
Untuk Hadiah-hadiah lain, pemenang akan diberikan kod promosi dan pautan URL untuk melengkapkan proses penebusan secara dalam talian (online).