Pulangan Tunai RM5 dengan Hotlink & Touch 'n Go eWallet - Soalan Lazim

Apakah kempen Pulangan Wang Tunai RM5 dengan Hotlink & Touch 'n Go eWallet ini?

Kempen Pulangan Wang Tunai RM5 dengan Hotlink & Touch 'n Go eWallet adalah program ganjaran kesetiaan yang dipromosikan oleh Maxis Broadband Sdn Bhd ('Hotlink') untuk pelanggan Prabayar Hotlink. Semua pelanggan Prabayar Hotlink yang layak boleh menikmati ganjaran pulangan wang tunai apabila mereka menambah nilai melalui aplikasi Hotlink, dengan memilih tawaran Touch 'n Go eWallet HotlinkMU.

Apakah tempoh kempen ini?

Tempoh kempen ini adalah daripada 4 Mei 2020 sehingga 3 Julai 2020.

Adakah kempen ini tawaran yang masa terhad?

Ganjaran pulangan wang tunai RM5 hanya sah untuk 200,000 akaun Hotlink & akaun Touch 'n Go eWallet yang pertama.

Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
  • Terbuka kepada semua pelanggan aktif Prabayar Hotlink pada semua kadar pelan kecuali SIM Hotlink Tourist.
  • Anda perlukan akaun Hotlink dan akaun Touch 'n Go eWallet yang aktif untuk menikmati ganjaran pulangan wang tunai.
Bagaimanakah saya boleh menebus pulangan wang tunai dengan kempen ini?

Senang sahaja, cuma ikuti langkah-langkah ini:

  • Log masuk aplikasi Hotlink, pergi ke butang 'Home' dan klik pada "Top Up" di bahagian 'Balance'.
  • Dibawah 'HotlinkMU offers', pilih dan terima RM10 tawaran tambah nilai Touch 'n Go. Anda akan lihat ikon 'Thumbs Up' sebaik sahaja disahkan.
  • Pilih eWallet dengan ikon 'Thumbs Up'  sebagai cara pembayaran.
  • Seterusnya pilih RM10 atau ke atas sebagai jumlah tambah nilai, anda akan menerima pulangan wang Tunai ke dalam akaun Hotlink dan akaun Touch'n Go eWallet sebagai cara pembayaran.
  • Sebaik sahaja anda berjaya tambah nilai, anda akan menerima pulangan wang tunai ke dalam akaun Hotlink dan akaun Tounch 'n Go sama yang telah digunakan untuk melakukan transaksi tambai nilai ini (Pulangan wang tunai bernilai RM2.50 bagi setiap akaun).

Harap maklum bahawa pulangan wang tunai hanya akan diberikan kepada akaun Hotlink dan akaun Touch 'n Go eWallet yang telah digunakan untuk melengkapkan transaksi tambah nilai mengikut langkah seperti tertera di atas.

Berapakah jumlah minimum tambah nilai Hotlink diperlukan untuk kempen ini?

Anda mesti tambah nilai RM10 atau ke atas untuk menerima ganjaran pulangan wang tunai anda. Pulangan tunai maksima bagi kempen ini adalah RM5.

Apakah kriteria kelayakan untuk diketahui bagi kempen ini?

Ini adalah beberapa perkara mudah yang perlu anda ketahui:

  • Anda mesti menerima tawaran tambah nilai Touch 'n Go eWallet dibawah bahagian 'HotlinkMU offers' melalui aplikasi Hotlink,
  • Anda hanya boleh menerima tawaran tambah nilai Touch 'n Go eWallet HotlinkMU sekali (1) sahaja sepanjang kempen ini,
  • Setiap akaun Hotlink dan akaun Touch 'n Go eWallet yang ditambah nilai layak untuk menerima pulangan wang Tunai (RM2.50 setiap satu akaun) sekali (1) sepanjang kempen ini; dan
  • Untuk menerima ganjaran pulangan wang tunai, anda mesti tambah nilai mengikut jumlah tetapan sehingga 11.59pm pada masa hari sama.
Adakah saya akan menerima ganjaran pulangan wang tunai apabila saya tambah nilai kredit Hotlink dengan menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet?

Tidak. Anda hanya akan menerima ganjaran jika anda tambah nilai menggunakan aplikasi Hotlink anda, dengan memilih tawaran Touch 'n Go eWallet HotlinkMU.

Bagaimanakah saya boleh menerima ganjaran pulangan wang tunai?

Selepas transaksi tambah nilai telah berjaya, pulangan wang tunai bernilai RM5 akan dihadiahkan kepada anda secara automatik. Ia akan diberi seperti berikut:

  • RM 2.50 akan dikreditkan ke akaun Hotlink yang digunakan untuk melakukan transaksi tambah nilai.
  • RM 2.50 akan dikreditkan ke akaun Touch 'n Go eWallet yang digunakan untuk melakukan transaksi tambah nilai.

Harap maklum bahawa setiap akaun Hotlink dan akaun Touch 'n Go eWallet adalah sah untuk menerima pulangan wang tunai sebanyak RM 2.50 setiap satu akaun dan sekali (1) sahaja sepanjang kempen ini.

Berapa lama diperlukan untuk saya menerima ganjaran pulangan wang tunai?

Selepas transaksi tambah nilai RM10 atau ke atas telah berjaya, anda akan menerima pulangan wang tunai anda dalam masa 3 hari bekerja.

Bagaimanakah saya boleh menggunakan ganjaran pulangan wang tunai yang saya telah terima?

Anda boleh belanjakan pulangan wang tunai anda melalui pilihan sedia ada pada aplikasi yang anda terima pulangan wang tunai daripada - iaitu aplikasi Hotlink dan aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Saya tambah nilai RM 10 melalui aplikasi Hotlink dengan memilih cara pembayaran Touch 'n Go eWallet dibawah bahagian 'Choose A Method', dan saya belum lagi menerima pulangan wang tunai saya.
  • Jika anda tidak menerima pulangan wang tunai untuk akaun Hotlink anda, sila hubungi 123, Khidmat Pelanggan Hotlink kami.
  • Jika anda tidak menerima pulangan wang Tunai Touch 'n Go eWallet (dengan semua terma diikuti), sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch 'n Go eWallet di +603-5022 3888 atau emel tngewalletcs@tngdigital.com.my. Sila berikan maklumat anda dan sejarah transaksi/pembayaran sebagai sokongan maklumat untuk siasatan kami.
Jika saya telah menerima ganjaran pulangan wang tunai semasa tambah nilai buat pertama kali dan ingin melakukan tambah nilai RM10 untuk kali kedua, adakah saya layak untuk menerima ganjaran pulangan wang tunai sekali lagi?

Tidak. Anda hanya layak untuk menerima ganjaran pulangan wang tunai SEKALI (1) sahaja sepanjang tempoh kempen ini.