RM 5 Kredit dengan Hotlink & Snapchat

Apakah kempen Kredit RM 5 dengan Hotlink & Snapchat ini?

Kempen RM 5 dengan Hotlink & Snapchat ini merupakan program ganjaran dan kesetiaan yang dipromosikan oleh Maxis Broadband Sdn Bhd (“Hotlink”) untuk pelanggan Pascabayar Hotlink. Semua pelanggan prabayar Hotlink yang layak akan diberi RM 5 kredit apabila mereka memuat turun aplikasi Snapchat dan menambah rakan melalui aplikasi untuk pertama kalinya.

Apakah tempoh promosi kempen ini?

Kempen ini berlangsung dari 22 Mei sehingga 20 Jun 2020.

Adakah kempen ini untuk tawaran masa terhad?

Kredit RM5 akan diberikan kepada 50,000 pengguna Hotlink pertama yang memenuhi kriteria kelayakan.

Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
  • Terbuka kepada semua pelanggan dengan semua jenis pelan Pascabayar Hotlink (kecuali pelanggan Hotlink Tourist SIM Plan dan Hotlink Postpaid Flex)
  • Anda perlu mempunyai akaun Hotlink yang aktif untuk mendapat hadiah.
Bagaimana saya boleh menuntut kredit RM5 saya dengan kempen ini?

Ianya sangat mudah, ikuti beberapa langkah berikut:

  1. Anda mesti memuat turun aplikasi Snapchat untuk pertama kalinya.
  2. Buka aplikasi Snapchat, klik ‘Daftar’ dan masukkan maklumat anda, nama pilihan Snapchat dan kata laluan untuk membuat akaun baru.
  3. Pilih sama ada nombor telefon bimbit atau e-mel untuk melengkapkan pengesahan keselamatan akaun.
  4. Benarkan akses ke senarai kenalan telefon anda dan tambahkan sekurang-kurangnya satu (1) atau lebih rakan. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke halaman akaun Snapchat dan klik ‘Tambah Rakan’ untuk melakukannya..
  5. RM5 akan dikreditkan ke dalam akaun Hotlink anda.
Apakah kriteria kelayakan yang perlu diperhatikan untuk kempen ini?

Berikut adalah beberapa perkara mudah untuk anda perhatikan:

  1. Anda mesti menjadi pengguna Hotlink untuk menyertai kempen ini.
  2. Anda mesti menggunakan internet mudah alih Hotlink anda untuk memuat turun dan menambah rakan di aplikasi Snapchat.
  3. Anda mesti menjadi pengguna baru aplikasi Snapchat. Pengguna baru didefinisikan sebagai pengguna Hotlink yang tidak memiliki penggunaan data aplikasi Snapchat dalam 90 hari terakhir dari tarikh permulaan tempoh kempen, dan
  4. Anda mesti menambahkan sekurang-kurangnya satu (1) teman setelah memuat turun aplikasi Snapchat, atau mempunyai penggunaan data aplikasi Snapchat melebihi 1MB sepanjang tempoh kempen.
  5. Setiap pengguna Hotlink layak menerima kredit sebanyak RM5 sekali (1) hanya sepanjang tempoh kempen.
  6. Akaun Hotlink tidak boleh ditamatkan dengan alasan apa pun semasa tempoh kempen.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya menerima kredit itu?

Setelah anda memenuhi kriteria kelayakan di atas, RM5 akan dikreditkan ke akaun Hotlink anda dalam masa 10 hari bekerja. Harap maklum bahawa setiap akaun Hotlink layak menerima kredit RM5 hanya sekali (1) sepanjang tempoh kempen.

Saya melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di atas dan saya belum menerima kredit RM5 saya.

Sekiranya anda tidak menerima RM5 anda, hubungi kami di 123, Perkhidmatan Pelanggan Hotlink kami.