Hotlink Rewards - The Smile Campaign

Kempen ini tentang apa?

Kempen SMILE adalah kolaborasi di antara Maxis/Hotlink dan McDonald's untuk memberi ganjaran kepada SEMUA pelanggan yang mengunjungi restoran kami di cawangan terpilih dengan ganjaran lazat jika mereka melemparkan SMILE (senyuman) di mesin SMILE.

Bagaimanakah mesin SMILE ini berfungsi?

Mesin SMILE memberikan anda ganjaran dengan menggunakan sistem pengecaman wajah dan kamera HD untuk mengesan senyuman anda dan memberikan baucar ganjaran.

Bilakah kempen ini akan bermula dan berakhir?

Kempen ini akan bermula dari 17 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2019.

Perlukah saya membuat pembelian untuk menerima hadiah percuma?

Ya, sebarang pembelian di cawangan terpilih membolehkan anda menerima ganjaran PERCUMA Sundae Chocolate ATAU Sundae Chocolate dan 4 ketul Chicken McNuggets®.

Adakah kempen ini terbuka untuk semua?

Ya. Sama ada anda pelanggan Maxis/Hotlink atau tidak anda akan tetap menerima ganjaran. Perbezaanya adalah jika anda pelanggan Maxis/Hotlink anda akan terima lebih banyak ganjaran.

Ok, saya pelanggan Maxis/Hotlink adakah saya akan menerima sesuatu?

Sebagai seorang pelanggan Maxis/Hotlink anda akan menerima Sundae Chocolate dan 4 ketul Chicken McNuggets® (dengan sebarang pembelian).

Ok, saya bukan pelanggan Maxis/Hotlink adakah saya akan menerima sesuatu?

Jika anda bukan pelanggan Maxis/Hotlink anda akan terima Sundae Chocolate PERCUMA (dengan sebarang pembelian)

Bagaimanakah saya akan terima ganjaran daripada kedai yang mengambil bahagian?

Anda akan terima baucar cetakan setelah anda telah memenuhi entri anda dalam mesin SMILE. Hanya bawa baucar ke kaunter untuk menebus Sundae Chocolate PERCUMA anda (dengan sebarang pembelian). Sila tunjukkan baucar anda sebelum membuat pembelian.

Saya tidak ada Aplikasi RED/Aplikasi MyMaxis, tapi saya pelanggan Maxis/Hotlink apa yang perlu saya buat?

Anda boleh muat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store/Apple App store, dan aktifkannya di laman utama.

Saya pengguna Pascabayar Hotlink Flex, adakah saya layak untuk menerima 4 ketul Chicken McNuggets® secara PERCUMA?

Ya, anda layak untuk terima 4 ketul Chicken McNuggets®. Hanya tunjukkan Aplikasi Hotlink Flex sahaja.

Tolong, saya telah respon bahawa saya bukan pelanggan Maxis/Hotlink kepada mesin SMILE tapi sebenarnya saya pelanggan yang sah, apa yang perlu saya buat?

Jangan risau, hanya tunjukkan baucar cetakan dengan Aplikasi Hotlink RED atau Aplikasi MyMaxis kepada juruwang dan mereka akan berikan anda Sundae Chocolate + 4 ketul Chicken McNuggets®.

Berapa banyak kali boleh saya terima ganjaran tersebut?

Asalkan anda tunjukkan baucar cetakan dan membuat pembelian, anda akan layak menerima ganjaran PERCUMA.

Bolehkah saya menukar Sundae Chocolate atau Chicken McNuggets® PERCUMA saya untuk benda lain?

Maaf, ganjaran tidak boleh digantikan dengan wang tunai atau barangan lain.

Bagaimana boleh saya menangi tiket penerbangan percuma?

Mudah sahaja, ikuti langkah ini:

  1. Muat turun foto yang telah kami hantar ke e-mel anda.
  2. Kongsikan foto di Instagram atau Facebook dengan hashtag #HotlinkXMcd dan #Smile4REWARDS
  3. Pastikan anda menukar privasi profil anda agar kami boleh mengaksesnya