Hotlink TVNow - Am

 

Apakah Hotlink TVNow?

Hotlink TVNow adalah perkhidmatan video striming yang membolehkan anda menonton rancangan TV dan filem kegemaran melalui peranti daripada pelbagai servis video striming. Terdapat 8 pembekal video servis seperti iflix, Viu, dimsum, Eros Now, Tonton, Lebara Play, Hero Talkies dan maxshack. Untuk maklumat lanjut servis sila layari laman web rasmi:

 

Apakah kelebihan melanggan perkhidmatan TVNOW melalui Hotlink?

Anda mempunyai pilihan untuk membayar langganan menggunakan kredit prabayar Hotlink anda. Selain itu anda juga boleh menonton rancangan TV dan filem melalui pelbagai peranti seperti komputer riba, tablet & telefon pintar.

 

Berapakah harga untuk servis Hotlink TVNow?

iFlix, ErosNo, Viu dan TonTon berharga RM10/sebulan berserta dengan 1 bulan akaun premium. Sementara LebaraPlay berharga RM14.90/sebulan berserta dengan 1 bulan akaun premium.

 

Adakah saya perlu melanggan sebarang pas internet sebelum melanggan servis dari Hotlink TVNow?

Tidak perlu! Anda bebas untuk melanggan servis Hotlink TVNow bila-bila masa selagi akaun Hotlink anda aktif.

 

Saya sudah melanggani perkhidmatan iflix, Viu, Tonton atau ErosNow melalui kad kredit. Bolehkah saya menukar langganan sedia ada untuk dicaj ke akaun Hotlink saya?

Ya, anda boleh melanggan servis ini melalui akaun Hotlink anda pada bila-bila masa. Namun begitu, untuk mengelakkan sebarang duplikasi caj, anda perlu membatalkan pembaharuan kad kredit tersebut di laman rasmi atau aplikasi pembekal servis tersebut terlebih dahulu.

 

Bagaimana untuk melanggan akses percubaan percuma 30 hari (percubaan percuma) ini?

Pilih mana-mana servis video striming yang diminati di www.hotlink.com.my/tvnow. Klik 'GET YOUR 30-DAYS FREE TRIAL' yang disediakan dan anda akan dibawa ke laman muat turun jika anda menggunakan telefon bimbit anda.

 

Bolehkah saya menghentikan langganan perkhidmatan ini sebelum percubaan percuma tamat?

Ya, anda boleh menghentikan langganan ini pada bila-bila masa.

 

Adakah langganan percubaan percuma ini diperbaharui secara automatik?

Ya, langganan percubaan percuma ini akan diperbaharui secara automatik pada akhir 30-hari tempoh percubaan. Sekiranya anda tidak mahu perkhidmatan ini diperbaharui, sila batalkan perkhidmatan ini.

 

Saya sudah melanggan akses premium iflix/Eros Now/Viu/Tonton dengan Maxis atau Hotlink pada harga RM15/sebulan TVNow bundle (dengan 2GB strim video percuma). Adakah saya masih menerima 2GB strim video percuma?

Anda tetap akan menikmati 2GB strim video percuma pada setiap pembaharuan langganan.

Namun begitu, tawaran ini tidak akan terbuka semula untuk anda sekiranya langganan pernah ditamatkan. Anda akan hanya menikmati tawaran RM10/ bulan untuk akses premium 1 bulan.

 

Apa akan terjadi apabila kuota data striming TVNow telah habis digunakan?

Setelah kuota data striming TVNow habis digunakan, penggunaan seterusnya akan ditolak dari pas internet sedia ada. Pakej data TVNow ini akan diperbaharui bulan seterusnya.

 

Bolehkah saya menggunakan servis ini di luar negara?

Maaf. Anda tidak boleh menggunakan servis ini ketika berada di luar negara.