Perayauan Tanpa Kerisauan - Pass Perayauan Data

 

Apakah maksud Data Roam Pas?

“Data Roam Pas” ialah pas Perantauan Internet Mudah Alih yang membolehkan para pelanggan untuk melayari internet ketika berada di luar negara. Ia merupakan pas harian yang berharga RM38/hari.

 

Bagaimanakah saya boleh melanggan Data Roam Pas?

Untuk melanggan dail *100#, pilih ‘Perantauan A’bangsa’, kemudian ‘Negara’ dan seterusnya ‘Data Pas 1Hari’

 

Adakah saya akan dimaklumkan tentang langganan?

Kami akan memaklumkan melalui SMS sama ada pas yang anda langgan secara manual atau automatik telah diaktifkan sepenuhnya. Selain itu, anda juga boleh memeriksa status anda dengan mendail *100#.

 

Apakah yang ditawarkan oleh Data Roam Pas?

Pas ini menawarkan Pelayaran Internet Mudah Alih apabila pelanggan berada di luar negara. Pas ini membolehkan pelayaran internet setiap hari sehingga tengah malam ibu negara yang dilawati. Sama seperti pas-pas domestik, pas ini tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama ‘FUP’ ketika dalam pelayaran cth. Setelah kehabisan kuota penggunaan saksama pas, anda akan mengalami kelajuan yang lebnih perlahan. 

 

Di negara manakah Data Roam Pas boleh didapati?

Data Roam Pas boleh didapati di 106 negara. Klik di sini untuk meldihat senarai negara-negara.

 

Berapakah kos dan tempoh sah pas?

Data Roam Pas berharga RM38 sehari. Pas ini sah sehingga tengah malam ibu negara yang dilawati cth. Jika anda berada di Australia, pas tersebut akan tamat tempoh sah pada pukul 12 tengah malam masa Canberra.

 

Jika saya telah mencapai had Kuota Penggunaan Saksama, bolehkah saya meneruskan perayauan data tanpa sebarang caj tambahan?

Ya. Jika anda terus melayari internet tanpa sebarang caj data tambahan walaupun anda telah mencapai kuota penggunaan saksama sebelum pas tamat tempoh. Namun, Kelajuan Penggunaan Internet anda akan dikurangkan sehingga penghujung hari.

 

Bolehkah saya memulihkan Kelajuan Internet anda setelah mencapai kuota penggunaan saksama harian?

Ya. Anda boleh memulihkan Kelajuan Penggunaan Internet anda dengan melanggan - RM5/50MB‘ yang boleh didapati di 16 negara atau dengan pembelian Data Roam Pas BAHARU pada harga RM38/hari. Untuk langganan, dail *100#> Perantauan A’bangsa > Negara > Tambah Kuota Data. Klik di sini untuk melihat senarai negara-negara.

 

Apakah yang ditawarkan oleh ‘Tambah Kuota Data’ dan berapa lamakah ia sah?

Tambah Kuota Data berharga RM5 untuk 50MB; tambah kuota data ini memulihkan kelajuan pelayaran internet. Seperti pas-pas perayauan yang lain, Tambah Kuota Data sah sehingga 23:59 (tengah malam) ibu negara yang dilawati.

 

Bolehkah saya membatalkan langgan Data Roam Pas atau Tambah Kuota Data?

Tidak, pas akan tamat tempoh secara automatik selepas mencecah had masa.

 

Berapakah Data Roam Pas/Tambah Kuota Data yang saya boleh langgan pada satu-satu masa?

Tiada had maksimum pas yang anda boleh langgan; pas-pas tersebut diasingkan penggunaannya cth. Anda boleh melanggan sebanyak mana pun sebelum tempoh sah kuota penggunaan saksama tamat. Namun, sila ambil perhatian bahawa pas cuma sah selama 1 hari dan tamat tempoh pada tengah malam ibu negara yang dilawati.

 

Bolehkah saya menggunakan pas ini dengan mana-mana telefon bimbit cth. iPhone/Blackberry/Android/Windows?

Ya.

 

Berapa yang perlu saya bayar jika saya melebihi Penggunaan Saksama?

Jika anda telah melebihi kuota penggunaan saksama dan masih meneruskan pelayaran, kelajuan internet anda akan diperlahankan sehingga pas tamat tempoh dan penggunaan ini tidak mempunyai caj-caj tambahan.

 

Bagaimanakah saya mengetahui penggunaan dan tarikh tamat tempoh?

SMS yang memaklumkan baki kuota 80% dan 100% akan dihantar kepada anda untuk 50MB penggunaan internet percuma; kami juga memaklumkan anda Berdasarkan Masa dengan menghantar SMS sejam sebelum dan selepas tamat tempoh sah. Selain ini, anda juga boleh mendail *100#, pilih ‘Perantauan A’bangsa, pilih ‘Semak Tempoh Pas untuk mengetahui tempoh sah pas anda.

 

Bolehkah saya menggunakan Social Pas dan Tambah Kuota Data Singapura di negara-negara lain?

Tidak; pas bagi setiap negara hanya sah untuk negara tersebut sahaja. Cth. Pas-pas Singapura/tambah kuota data tidak boleh digunakan di Thailand atau negara lain.

 

Bolehkah saya menggunakan Data Roam Pas dan Tambah Kuota Data di Malaysia?

Tidak, pas-pas ini adalah untuk tujuan Perantauan SAHAJA.

 

Bagaimanakah saya boleh mengetahui penggunaan atau tarikh tamat tempoh pas?

Anda boleh mengetahui kedua-dua tempoh sah pas & penggunaan melalui ‘check status’; Dail ‘Perantauan A’bangsa, pilih ‘Semak Tempoh Pas.

 

Berapa lamakah sah promosi Perantauan Data Harian ini?

Promosi ini sah sehingga notis seterusnya.

 

Berapakah caj yang akan diterima jika saya melakukan Perantauan data tanpa pas?

Anda akan dicaj berdasarkan penggunaan pada RM5/MB atau RM30/MB bergantung kepada negara yang dilawati.