Perayauan Tanpa Kerisauan - Perayauan Data

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Data Roaming?

Hotlink Data Roaming membolehkan pelanggan-pelanggan melayari internet, WAP dan juga MMS di telefon mudah alih/ peranti PDA ketika berada di luar negara.

 

Adakah khidmat ini terbuka kepada semua pelanggan Hotlink?

Ya, khidmat ini tersedia untuk semua pelanggan Hotlink.

 

Adakah saya perlu berdaftar atau mengaktifkan perayauan data untuk menggunakannya?

Tidak, khidmat perayauan GPRS akan secara automatik diberikan untuk semua pelanggan Hotlink. Pek permulaan Hotlink akan mempunyai khidmat perayauan ketika pembelian.

 

Adakah terdapat jumlah kredit minimum yang mesti dikekalkan dalam akaun Hotlink saya untuk GPRS, akses MMS, ketika dalam perayauan?

Ya, anda memerlukan kredit minimum sebanyak RM10 untuk menggunakan khidmat ini.

 

Apakah perkhidmatan/aplikasi yang tersedia untuk saya jika menggunakan perayauan data?

Semua khidmat GPRS yang pada rangkaian asal anda akan terus anda nikmati ketika dalam perayauan.

 

Di manakah khidmat boleh digunakan?

Khidmat ini tersedia di 150 negara.

 

Berapakah caj yang akan dikenakan untuk menggunakan khidmat data?

Anda akan dicaj RM5/MB ke 15 negara ini:

Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Kuwait, Macau, Filipina, Republik Korea, Singapura, Arab Saudi, Taiwan, Thailand, Turki, UK

RM0.20 akan dicaj sebagai caj penetapan untuk semua perayauan prabayar dengan semua rangkaian.

Caj perayauan data untuk negara-negara lain adalah berdasarkan caj 1Country 1Rate.

 

Bagaimanakah saya boleh menambah nilai ketika dalam perayauan?

Anda dinasihatkan untuk menambah nilai melalui SMS atau secara online. Anda juga mendapatkan tiket tambah nilai sebelum perjalanan anda.