Perayauan Tanpa Kerisauan - Pas Sosial

 

Apakah yang dimaksudkan sebagai Social Pas?

“Social Pas” ialah pas Perantauan Internet Mudah Alih yang membolehkan pelanggan-pelanggan untuk melayari Internet Tanpa Had untuk Facebook, Twitter dan WhatsApp dengan kuota PERCUMA untuk melayari laman-laman yang lain cth. 50MB untuk Pas 1Hari & 200MB untuk Pas 3Hari. .

Jenis-jenis Pas:

Social Pas 1Hari – RM10/Hari dengan PERCUMA 50MB

Social Pas 3Hari – RM20/3Hari dengan PERCUMA 200MB

 

Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Social Pas?

Anda boleh melanggan pas melalui UMB; dail *100#, pilih ‘Perantauan A’bangsa’, dan kemudian ‘Negara’ dan seterusnya ’Social Pas’; anda mempunyai pilihan untuk melanggan pas 1 Hari atau 3 Hari.

 

Apakah yang ditawarkan oleh Social Pas?

Social Pas menawarkan akses ‘Tanpa Had’ untuk Facebook/Twitter/WhatsApp ketika dalam perayauan. Pas ini juga memberikan 50/200MB kuota PERCUMA untuk pelayaran laman-laman web yang ‘Tidak Dibenarkan’. Setelah kuota 50/200MB habis, anda akan mengalami kelajuan internet yang diperlahankan kepada 64Kbps apabila anda membuat pelayaran yang laman-laman web yang ‘Tidak Dibernarkan’. Kelajuan internet untuk ‘Laman-laman Web yang Dibenarkan’ tidak akan terjejas sepanjang tempoh sah. Untuk memulihkan kelajuan internet bagi laman-laman web yang ‘Tidak Dibenarkan’, anda boleh menaik taraf kuota anda dengan melanggan Tambah Kuota Data – RM5/50MB.

 

Dimanakah Social Pas boleh didapati?

Pas ini boleh didapati di:

Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Kuwait, Macau, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Bangladesh, Kemboja, Jepun, Kazakhstan, Laos, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu.

 

Berapakah harga pas & apakah tempoh sahnya?

Social Pas berharga RM10/hari dan RM20/3hari. Pas ini sah sehingga waktu tengah malam ibu negara yang dilawati cth. Jika anda berada di Australia, pas akan tamat tempoh 12 tengah malam waktu Canberra.

 

Apakah ‘Pelayaran Laman-laman Tanpa Had yang Dibenarkan’ untuk pas ini?

facebook.com

twitter.com

WhatsApp Messenger

 

Apakah pelayaran yang TIDAK termasuk dalam pas?

Pelayaran – Social Pas TIDAK menyertakan perkara berikut:

  • Pelayar Opera Mini
  • Mana-mana penggunaan internet yang tidak termasuk dalam “Laman Web Percuma Dibenarkan”

Jika anda ingin mengakses internet melalui mana-mana pilihan di atas, penggunaan anda akan ditolak daripada jumlah kuota yang diperuntukkan (500MB atau 200MB).

 

Saya telah kehabisan kuota percuma sebelum tempoh sah pas; bolehkah saya melayari ‘Pelayaran Laman-laman Tanpa Had yang Dibenarkan’ tanpa sebarang caj?

Ya. Anda masih boleh melayari ‘Pelayaran Laman-laman Tanpa Had yang Dibenarkan’ tanpa sebarang caj data walaupun anda telah kehabisan kuota percuma sebelum tempoh sah pas tamat. Namun, kelajuan internet anda akan diperlahankan apabila anda melayari bahagian “Pelayaran Web Tanpa Had Dibenarkan”. .

 

Bolehkah saya memulihkan Kelajuan Penggunaan Internet untuk melayari laman web ‘Tidak Dibenarkan’ setelah kehabisan kuota percuma 50/200MB?

 

Ya. Anda boleh memulihkan Kelajuan Penggunaan Internet anda dengan melanggan 'Tambah Kuota Data - RM5/50MB'. Untuk langganan dail *100#> Perantauan A’bangsa > Negara > Tambah Kuota Data

Apakah yang ditawarkan dan berapa lamakah tempoh sah ‘Tambah Kuota Data’?

Tambah Kuota Data menawarkan RM5 untuk 50MB; tambah nilai ini memulihkan kelajuan pelayaran internet untuk laman web yang “Tidak Dibenarkan”. Seperti pas-pas perayauan data yang lain, pas Tambah Kuota Data sah sehingga pukul 23:59 (tengah malam) ibu negara yang dilawati.

 

Bolehkah saya membatalkan langganan terhadap Social Pas ‘Tambah Kuota Data’?

Tidak. Pas ini akan tamat tempoh secara automatik pada waktu tengah malam ibu negara yang dilawati.

 

Berapakah ‘Tambah Kuota Data’ yang saya boleh langgan pada satu-satu masa?

Tiada had maksimum kepada jumlah Tambah Kuota Data yang boleh dilanggan; ‘Tambah Kuota Data’ boleh diasingkan cth. anda boleh melanggan seberapa banyak yang dimahukan sebelum Tambah Kuota Data tamat tempoh. Namun, sila ambil perhatian bahawa Tambah Kuota Data cuma sah selama satu hari dan akan tamat tempoh pada waktu tengah malam ibu negara yang dilawati.

 

Saya telah melanggan pas ‘Data Pas 1Hari’ bolehkah saya melanggan ‘Social Pas’?

Ya.

 

Saya telah melanggan ‘Social Pas’, adakah saya masih boleh melanggan pas-pas Data Pas 1Hari?

Ya.

 

Bolehkah saya menggunakan pas ini dengan mana-mana telefon bimbit cth. iPhone/Blackberry/Android/Windows?

Ya.

 

Saya telah melanggan Social Pas tetapi penggunaan data saya ditolak melalui kuota percuma walaupun saya sedang melayari ‘Pelayaran Laman-laman Tanpa Had' yang Dibenarkan

Ini mungkin disebabkan oleh aplikasi lain yang cuba mengakses internet pada masa yang sama. Untuk mengelakkan penggunaan data yang tidak diingini, sila tutup semua applikasi (cth. Penyelarasan E-mail, penyelarasan calendar) atau pemberitahuan-pemberitahuan yang mengakses internet.

 

Berapakah yang perlu dibayar jika penggunaan saya melebihi jumlah kuota Social Pas (cth. 50/200MB)?

Jika anda telah kehabisan kuota percuma 50/200MB dan masih terus melayari laman web yang bukan percuma, kelajuan pelayaran internet anda akan diperlahankan sehingga pas tersebut tamat tempoh dan TANPA caj-caj tambahan.

 

Bagaimanakah saya boleh mengetahui penggunaan & Tempoh Sah Social Pas/Tambah Kuota Data?

 

SMS yang memaklumkan baki kuota 80% dan 100% akan dihantar kepada anda untuk 50MB penggunaan internet percuma; kami juga memaklumkan anda Berdasarkan Masa dengan menghantar SMS sejam sebelum dan selepas tamat tempoh sah. Selain ini, anda juga boleh mendail *100#, pilih Perantauan A’bangsa, kemudian ‘Negara dan Semak Tempoh Pasuntuk mengetahui tempoh sah pas anda.

Bolehkah saya menggunakan Social Pas dan Tambah Kuota Data Singapura di negara-negara lain?

Tidak; pas bagi setiap negara hanya sah untuk negara tersebut sahaja. Cth. Pas-pas Singapura/tambah kuota data tidak boleh digunakan di Thailand atau negara lain.

 

Bolehkah saya menggunakan Social Pas dan Tambah Kuota Data di Malaysia?

Tidak, pas-pas ini eksklusif untuk perayauan SAHAJA.

 

Bolehkah saya melanggan lebih daripada SATU Social Pas sehari?

Tidak; kuota Social Pas tidak diasingkan dan oleh itu anda hanya boleh melanggan 1 pas sahaja untuk sehari. Jika anda perlu untuk meningkatkan kuota data anda daripada 50MB/200MB PERCUMA, anda cuma perlu melanggan untuk Tambah Kuota Data – RM5/50MB.