Music Unlimited - Spotify Premium

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Spotify Premium?

Spotify Premium merupakan perkhidmatan strim muzik digital yang memberikan anda akses on-demand kepada berjuta lagu di peranti seperti telefon pintar, tablet, TV, desktop dan juga di kereta anda! Ia tanpa iklan, dan lagu anda boleh dimainkan secara offline dan lebih berkualiti. Harga asal langganan Spotify ialah RM14.90/bulan. 

 

Apakah perbezaan di antara Spotify dan Spotify Premium?

Perbezaan antara kedua-dua adalah:

 

Spotify Premium

  • On-demand membolehkan anda mengakses katalog Spotify di semua peranti.
  • Tiada gangguan iklan.
  • Langkau lagu tanpa had.
  • Strim berkualiti tinggi (320kbps).
  • Guna secara Offline .
  • Guna Connect untuk mainkan Spotify di speaker, TV, dan kereta.

Spotify (Free User)

  • Akses On-demand, dengan sokongan iklan untuk katalog Spotify di computer dan tablet.
  • Shuffle dengan sokongan iklan hanya boleh diakses melalui telefon anda (Android dan iPhone).

 

Siapakah yang layak menikmati perkhidmatan ini?

Semua pelanggan prabayar layak menikmati perkhidmatan ini. NOTA: Maxis & Hotlink WBB / FTTH dan semua pas promosi internet tidak sah untuk tawaran Spotify.

 

Bagaimanakah cara untuk melanggan Spotify Premium daripada Hotlink?

Step 1: Layari laman Spotify di https://www.spotify.com/premium

Step 2: Daftar akaun Spotify

Step 3: Pilih “Maxis” untuk membayar Spotify Premium dengan kredit anda

Step 4: Muat turun Spotify dan nikmati muzik!

 

Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika perkhidmatan telah diaktifkan?

Anda akan menerima SMS pengesahan selepas berjaya melanggan.

 

Setelah mendaftar, adakah saya dapat mengakses Spotify melalui internet atau sambungan Wi-Fi?

Ya, Spotify boleh diakses melalui sambungan Internet dan Wi-Fi lain.

 

Bagaimanakah cara mengetahui jika peranti saya serasi dengan aplikasi Spotify?

Untuk memeriksa keserasian peranti anda, sila layari http://m.spotify.com

 

Saya baharu sahaja melanggan pelan internet bulanan. Berapakah tempoh yang diperlukan sebelum saya boleh melanggan Spotify Premium daripada Hotlink?

Anda boleh melanggan Spotify Premium daripada Hotlink serta-merta selepas anda menerima SMS pengesahan langganan Mobile Internet bulanan.

 

Adakah langganan Spotify Premium dengan Maxis akan diperbaharui secara automatik?

Ya. Langganan ini diperbaharui secara automatik setiap bulan.

 

Adakah strim Spotify akan menggunakan kuota Internet saya?

Ya, kuota internet anda akan digunakan untuk strim Spotify. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Spotify melalui sambungan Wi-Fi.

 

Bolehkah saya mengakses akaun Spotify Premium pada peranti yang serasi?

Ya, anda boleh mengakses akaun Spotify premium melalui peranti yang serasi. Namun, hanya satu peranti dibenarkan untuk strim muzik.

 

Bagaimana cara untuk membatalkan langganan Maxis Spotify Premium?

Sila hubungi 123 dengan talian Maxis anda untuk membatalkan langganan.

 

Sila hubungi 123 dengan talian Maxis anda untuk membatalkan langganan