PAS PERLAWANAN LIGA PERDANA INGGERIS

  1. Bagaimanakah cara untuk melanggan Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris?
    Anda boleh melanggan pas-pas perlawanan melalui aplikasi berikut:-

    • Pengguna individu Pascabayar Mudah Alih Maxis melalui Aplikasi My Maxis
    • Pengguna Prabayar Hotlink melalui Aplikasi Hotlink RED
    • Pengguna Pascabayar Hotlink melalui Aplikasi Hotlink Flex

    Langkah 1: Tap banner Pas Premier League pada aplikasi.
    Langkah 2: Pilih pas perlawanan dan sahkan pembelian.
    Langkah 3: Anda akan menerima kod kupon melalui Aplikasi MyMaxis, Aplikasi Hotlink RED atau Aplikasi Hotlink Flex dan juga SMS.
    Langkah 4: Ikut pautan untuk menebus kod kupon anda di NJOI sekarang. Log masuk ke Astro Go/ NJOI Now dengan ID anda. Jika anda tiada akaun Astro Go/ NJOI Now, anda akan diminta untuk mendaftar.
    Langkah 5: Nikmati perlawanan di aplikasi NJOI Now. Tidak sah untuk tontonan di Aplikasi Astro Go.

     

  2. Bilakah saya akan menerima kod kupon selepas pembelian?
    Anda akan menerima kod kupon melalui aplikasi, sejurus selepas pembelian dan anda juga akan menerima kod yang sama melalui SMS. Cuma tap banner Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris dan tap pas perlawanan yang ingin dilanggan untuk mendapatkan kod kupon.

    Untuk pengguna prabayar Hotlink, kredit anda akan ditolak apabila menerima kod kupon. Anda akan dimaklumkan melalui SMS jika pembelian tidak berjaya.

  3. Bolehkah saya menggunakan data PERCUMA untuk melayari Internet?
    Data PERCUMA yang disertakan dengan pas hanya untuk menonton strim perlawanan Premier League yang telah dibeli dan hanya sah digunakan di aplikasi NJOI Now atau Portal NJOI Now.

  4. Berapa lamakah tempoh sah Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris?
    Kod kupon hanya sah sepanjang tempoh strim perlawanan yang dibeli, termasuk praperlawanan, masa perlawanan dan sorotan perlawanan.

  5. Bolehkah saya membeli Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris secara awal?
    Anda digalakkan untuk membeli pas terlebih awal dan beli sebanyak mana pas perlawanan yang anda suka.

  6. Saya masih tidak menerima kod kupon selepas pembelian.

    • Kod kupon akan dihantar kepada anda melalui SMS dan juga aplikasi dalam tempoh 3 jam selepas pembelian. Cuma tap banner Perlawanan Premier League dan tap perlawanan untuk pas yang telah dibeli bagi mendapatkan kod kupon.
    • Jika anda masih tidak menerima kod kupon selepas pemeriksaan (I), sila hubungi kami di 123 daripada talian Maxis atau Hotlink anda.

     

  7. Saya telah menebus kupon di aplikasi NJOI Now tetapi kod kupon tidak sah.
    Cara mudah untuk menyalin kod anda adalah dengan tap pada banner Perlawanan Liga Perdana Inggeris di aplikasi MyMaxis, Aplikasi Hotlink RED atau Aplikasi Hotlink Flex, tap pada perlawanan yang telah dibeli untuk menyalin kod kupon perlawanan anda.
    Jika kupon anda masih tidak sah, sila hubungi kami di 123 melalui talian Maxis atau Hotlink anda.

  8. Saya cuba menebus kupon di aplikasi AstroGo tetapi ia tidak sah.
    Kod kupon perlawanan yang dilanggan hanya sah di aplikasi NJOI Now.

  9. Bolehkah saya menggunakan Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris jika berada di luar negara?
    Pas Perlawanan tidak sah untuk strim di luar Malaysia. Perlawanan TIDAK akan dapat ditonton di Aplikasi NJOI Now dan Portal NJOI Now apabila anda mengakses strim daripada luar Malaysia, sama ada melalui WiFi atau pas-pas perantauan Maxis.

  10. Saya tidak dapat melihat banner Pas Perlawanan Liga Perdana Inggeris di Aplikasi MyMaxis, Aplikasi Hotlink RED & Aplikasi Hotlink Flex.
    Sila pastikan anda menggunakan versi aplikasi yang terkini. Sila kemas kini aplikasi anda di App Store/ Play Store untuk melihat kandungan.