Hotlink FAST Plan - Pas-pas Internet FAST

 

Saya sedang melanggan Pas Internet Bulanan RM35 untuk 5GB. Bolehkah saya melanggan pas mingguan/ bulanan yang lain, cth. RM45 untuk 8GB?

Tidak, hanya SATU Pas Internet FAST yang aktif dibenarkan pada satu-satu masa. Namun, anda boleh melanggan pas yang lain apabila kuota pas anda telah habis digunakan.

 

Saya tidak mempunyai sebarang Pas Internet yang aktif. Adakah saya akan dicaj berdasarkan penggunaan 10 sen/ 10kb apabila saya melayari internet?

Tiada ‘caj berdasarkan penggunaan’ akan dikenakan ke atas pelan ini untuk mengelakkan penggunaan yang tidak disengajakan oleh para pelanggan kami. Semua pelanggan Hotlink FAST masih menikmati Chat Sosial PERCUMA walaupun anda telah kehabisan kuota atau tidak mempunyai sebarang Pas Internet yang aktif.

 

Saya kini sedang melanggan pelan #Hotlink. Bolehkah saya membeli Pas Internet FAST?

Pas-pas Internet FAST adalah eksklusif untuk para pelanggan Pelan Hotlink FAST sahaja. Untuk menukar pelan anda, log masuk ke RedApp> LEBIH> Akaun Saya > tekan ‘tukar’ di sebelah ‘pelan kadar’. Atau, dail *100*6*1#.

 

Bagaimanakah cara Pelayaran Internet Mudah Alih dicaj ketika dalam perantauan?

Untuk kadar-kadar perantauan yang terbaru, layari hotlink.com.my utk info lanjut.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Internet Tambahan FAST?

Ia merupakan kuota tambahan yang boleh dibeli untuk manambah kuota sedia ada Pas Internet mingguan/ bulanan anda. Untuk pembelian tambahan, anda MESTI mempunyai Pas Internet mingguan/ bulanan yang aktif.

 

Apakah tempoh sah internet tambahan yang ditawarkan?

Tempoh sah Internet tambahan adalah sama dengan Pas Internet mingguan/ bulanan.

Cth. Tempoh sah pas Internet Bulanan semasa: 20 Mei – 19 Jun. Sebarang pembelian internet tambahan dalam tempoh ini akan tamat tempoh pada 19 Jun

 

Bolehkah saya menggunakan kuota tersebut untuk semua jenis pelayaran?

Ya. Kuota tambahan adalah sah untuk semua jenis penggunaan internet pada rangkaian maxis (2G/3G/4G).

 

Siapakah yang boleh membeli internet tambahan dan bagaimana dapatkannya?

Internet tambahan sah untuk pelanggan pelan Hotlink FAST sahaja. Untuk pembelian, log masuk ke Aplikasi Hotlink RED & pilih ‘Shop’ -> ‘Passes’. Anda juga boleh mendail *100#, pilih ‘Best Sellers’ -> ‘Internet Add-ons’ dan pilih add-on tambahan anda.

Bolehkah saya membeli lebih daripada satu internet tambahan pada satu-satu masa?

Ya, kuota tambahan boleh ditindan dan anda boleh membeli seberapa banyak yang anda suka.

 

Adakah saya akan dimaklumkan tentang status penggunaan internet saya?

Ya, anda akan dimaklumkan tentang penggunaan internet anda apabila ia mencapai 80% & 100% tahap penggunaan untuk semua bahagian Pas Internet FAST anda. 

 

Kuota 2GB daripada pas RM30 untuk 2 GB telah saya habiskan. Bolehkah saya terus melayari internet? Apakah caj yang akan dikenakan?

Anda boleh terus melayari internet pada kelajuan yang diperlahankan sehingga pas anda diperbaharui. Untuk pelayaran yang lebih laju, beli pas tambahan Internet FAST daripada Aplikasi Hotlink RED atau dail*100#> FAST Internet Add-ons.

Pas Internet FAST saya akan tamat tempoh pada 11:59 mlm. Adakah saya perlu membeli pas yang baharu setelah pas sedia ada tamat tempoh?

Tidak, pas anda akan diperbaharui secara automatik. Sila pastikan anda mempunyai kredit yang cukup untuk pembaharuan pas. 

 

Saya tidak mempunyai kredit yang cukup dan pembaharuan saya gagal. Apakah saya perlu melanggan semula jika saya telah melakukan tambah nilai?

Ya. Setelah anda kekurangan kredit, langgan semula Pas Internet FAST anda dari Aplikasi Hotlink RED anda atau dail *100# > FAST Internet Passes.