Hotlink FAST Plan - Hujung Minggu 2GB PERCUMA

 

Apakah promosi Internet PERCUMA sepanjang hayat ini?

Para pelanggan yang melanggan Pelan Hotlink FAST dalam tempoh promosi akan menikmati 2GB PERCUMA setiap minggu, sepanjang hayat. Para pelanggan akan menikmati 1GB 4G/ LTE pada hari Sabtu, dan 1GB 4G/ LTE pada hari Ahad untuk setiap minggu. 

 

Bilakah saya akan dapat menikmati Pas 2GB PERCUMA Hujung Minggu dan bagaimanakah saya boleh menggunakannya?

Pas PERCUMA akan dikreditkan setelah kad SIM anda diaktifkan. Pas ini akan diperbaharui sebelum 00:00 pg. setiap hari Sabtu. 2GB PERCUMA sah digunakan untuk: 
 

  (i) setiap minggu (1GB untuk hari Sabtu, 1GB untuk Ahad)

  (ii) rangkaian Maxis 4G/ LTE

  (iii) selagi akaun Hotlink anda aktif
 

Pelanggan-pelanggan Hotlink yang bertukar pelan ke Pelan Hotlink Fast turut akan menikmati internet percuma 2GB Sabtu Ahad. Pas-pas yang dibawa ke hadapan dari pelan lama hendaklah habis digunakan terlebih dahulu sebelum pas percuma 2GB Sabtu Ahad boleh digunakan.

 

Bagaimanakah saya boleh menikmati kuota 4G/LTE?

(i) Pastikan anda menggunakan peranti sedia 4G/ LTE

(ii) Pastikan anda mempunyai kad SIM sedia 4G LTE (kunjungi Pusat Maxis terdekat anda untuk menaik taraf kad SIM anda secara PERCUMA)

(iii) Pasang 4G atau LTE pada peranti mudah alih anda

(iv) Pastikan anda dalam liputan rangkaian 4G LTE

 

Sampai bilakah saya dapat menikmati PERCUMA 2GB 4G pada hujung minggu?

Semua pelanggan yang melanggan pelan Hotlink FAST dalam tempoh promosi akan dapat menikmati faedah ini untuk sepanjang hayat selagi kad SIM yang diaktifkan kekal aktif dalam Pelan Hotlink FAST. 

 

Saya mempunyai Pas yang aktif pada hari Sabtu/ Ahad. Kuota yang manakah akan digunakan dahulu?

Penggunaan kuota adalah berdasarkan turutan berikut:

    1) Pas-pas Harian

    2) Pas PERCUMA Internet 4G Sabtu & Ahad

    3) Pas Mingguan/ Bulanan

 

Adakah saya akan dimaklumkan tentang status penggunaan internet saya?

Ya, anda akan dimaklumkan apabila mencapai tahap penggunaan kuota sebanyak 80% dan 100%.

 

Saya telah 100% kehabisan kuota PERCUMA 1GB hari Sabtu sebelum hari Ahad. Bolehkah saya terus melayari internet? Adakah terdapat caj yang akan dikenakan?

Anda masih boleh kekal berhubung dengan Chat Sosial PERCUMA tanpa dikenakan sebarang caj. Untuk penggunaan internet kelajuan tinggi, sila langgan Pas Internet daripada Aplikasi Hotlink RED (muat turun secara PERCUMA di AppStore/ Google Playstore) atau dail *100#> Pas Internet.

 

Akaun saya kini berada dalam tempoh tidak aktif & saya tidak dapat menggunakan pas hujung minggu PERCUMA. Bagaimanakah saya dapat mengaktifkan akaun saya semula?

Tambah Nilai untuk kekal aktif.

Harap maklum bahawa pengaktifan semula melalui pemindahan kredit (cth. Ask-A-TopUp, Share-A-TopUp, Post-Aid-TopUp, SOS-Top-Up, Maxis Pay & M-Money) tidak sah untuk pas PERCUMA 2GB Hujung Minggu.