Hotlink FAST Plan - Panggilan percuma ke 5 FRIENDZ

 

Apakah maksud Hotlink Friendz?

Hotlink Friendz merupakan ciri baharu Hotlink Fast (sah untuk pengaktifan bermula 8 Disember 2016), untuk menikmati panggilan Percuma ke Rakan Hotlink/ Maxis selagi anda kekal aktif dengan Pelan Fast Hotlink.

 

Berapakah jumlah Friendz yang boleh saya tetapkan?

Anda boleh menetapkan sehingga 5 Friendz.

 

Bagaimanakah cara untuk menambah rakan-rakan dalam senarai Friendz? Adakah ia Percuma?

Untuk menambah Friendz, dail *100*3*3#. Penetapan Friendz adalah Percuma untuk 5 nombor pertama. Penukaran seterusnya akan dicaj RM10/ nombor.

 

Apakah kadar SMS untuk Friendz?

Kadar SMS untuk Friendz ialah 1 sen/ SMS.

 

Adakah terdapat Dasar Penggunaan Saksama untuk Panggilan Percuma ke Hotlink Friendz?

Ya, panggilan percuma tertakluk kepada 1000 minit sebulan Dasar Penggunaan Saksama.  

 

Apakah yang akan terjadi jika saya melebihi Dasar Penggunaan Saksama untuk Panggilan Percuma ke Hotlink Friendz?

Anda boleh terus menghubungi Friendz anda pada kadar 15 sen/ 30 saat.

 

Saya kini melanggan Hotlink Fast. Adakah saya menikmati panggilan Percuma ke Friendz?

Semua langganan Hotlink Fast bermula 8 Disember 2016 akan menikmati faedah ini. Jika anda di Pelan Hotlink Fast yang lama, anda boleh menaik taraf pelan anda melalui Aplikasi Hotlink RED (Atau dail *100*6*1#). Penukaran pelan juga sah untuk pelan Hotlink yang lama (kecuali Hotlink Sabah/ Sarawak, Hotlink Broadband, Hotlink SuperIDD).

 

Apakah yang akan berlaku kepada tetapan Activ10 selepas berjaya menukar pelan ke Hotlink Fast Baharu?

Tetapan Activ10 akan dibatalkan supaya anda boleh membuat panggilan Percuma ke 5 Friendz. Anda perlu mendaftar untuk menetapkan 5 Friendz dengan mendail *100*3*3#