Hotlink FAST Plan - Am

 

Saya baru sahaja membeli Pek Permulaan Hotlink FAST. Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan kad SIM ini?

Dail 122 untuk mengaktifkan kad SIM anda. Dengarkan arahan dan pilih bahasa.

 

Berapakah harga pek permulaan ini, dan apakah faedah sedia ada yang disertakan bersama SIM?

Pek Permulaan ini berharga RM10 dan disertakan dengan kredit RM5 (sah 5 hari) & 300MB pas internet pantas  (sah 2 hari) selepas pengaktifan.

 

Apakah kadar panggilan & SMS yang dikenakan?

  1. Nikmati kadar rata 15 sen/ 30 saat & 15 sen/ SMS ke semua rangkaian. Kadar video ialah sama dengan kadar panggilan.
  2. Nikmati Panggilan Percuma ke 5 Friendz kegemaran anda  (nombor Hotlink/Maxis). SMS ke 5 Friendz untuk 1 sen/ SMS. Untuk menambah Friendz, dail *100*3*3#

 

Bagaimanakah cara saya boleh menggunakan internet? Adakah saya akan dicaj berdasarkan penggunaan 10 sen/ 10kb?

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj berdasarkan penggunaan anda dalam pelan Hotlink FAST. Untuk mula melayari internet, cuma langgan Pas Internet dengan Aplikasi Hotlink RED (muat turun daripada Google Playstore & Appstore, secara PERCUMA).

 

Bagaimanakah saya boleh menguruskan akaun saya dengan pelan ini? Cth. Melanggan pas-pas internet, memeriksa baki dll.

Untuk pengalaman & ganjaran terbaik bagi pelan ini, sila muat turun Aplikasi Hotlink RED daripada Appstore/ Google Playstore. Selain itu, anda juga boleh mendail *100#. Sila maklum bahawa ganjaran ini adalah eksklusif dengan pembelian daripada Aplikasi Hotlink RED.

 

Apakah yang akan terjadi kepada langganan internet sedia ada saya ketika berada dalam tempoh tidak aktif?

Anda tidak akan dapat menikmati baki kuota daripada pas-pas Internet anda. Sila tambah nilai untuk menggunakan pas-pas Internet anda semula. 

 

Apakah yang akan terjadi kepada baki kredit saya yang tidak digunakan ketika berada dalam tempoh tidak aktif?

Baki kredit anda akan dibekukan dan anda akan hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Setelah tambah nilai dibuat, baki kredit yang dibekukan akan boleh digunakan semula bersama jumlah Tambah Nilai yang telah dibuat. 

 

Apakah yang dimaksudkan sebagai tempoh tidak aktif?

Anda hanya boleh menerima panggilan masuk dan SMS ketika dalam tempoh tidak aktif. Setelah tambah nilai dilakukan, anda akan boleh membuat panggilan, SMS & melayari internet. Bagi mengelakkan penamatan perkhidmatan, sila tambah nilai sebelum tempoh tidak aktif berakhir. 

 

Apakah tempoh sah Pelan Hotlink FAST?

Selepas pengaktifan, Pelan Hotlink FAST memberikan anda 5 hari tempoh aktif dan 50 hari tempoh tidak aktif.