Hotlink FAST Plan - Hotlink RED Pass

 

Bagaimanakah cara menebus Happy Hour Internet Percuma?

Hanya log masuk ke Aplikasi RED Hotlink atau dail *868#. Maklumat lanjut Happy Hour Internet boleh dirujuk di FAQ.

 

Bagaimanakah cara menebus Unlimited Minutes?

Unlimited Minutes akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda selepas pengaktifan.

 

Apakah jenis panggilan yang sah untuk Unlimited Minutes?

Unlimited Minutes had sah untuk semua rangkaian Maxis, panggilan ke rangkaian lain dan talian tetap.

Panggilan ke nombor khas (termasuk tetapi tidak terhad ke 1-300, 1-800, dan lain-lain) akan dicaj berdasarkan kadar yang ditetapkan.

 

Adakah Unlimited Minutes tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama?

Minit adalah tanpa had, tetapi Maxis mempunyai hak untuk membatalkan, memberhentikan/ menggantung penggunaan anda jika:

  1. penggunaan terlalu berlebihan atau membebankan rangkaian;
  2. aktiviti menyalahi undang-undang atau penipuan;
  3. tidak mematuhi Polisi Penggunaan Saksama Maxis di www.maxis.com.my/FUP
  4. untuk tujuan komersial/ bukan peribadi.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Terma & Syarat untuk Pas Hotlink RED http://www.hotlink.com.my/en/tnc/plan-services/hotlink-red-pass.html

 

Bolehkah baki kuota internet dibawa ke hadapan?

Tidak. Baki kredit akan dikira hangus.

 

Adakah pas saya akan diperbaharui secara automatik?

Ya, dan anda akan menerima makluman 1 hari sebelum pembaharuan.