Hotlink Flex Plus Fibre

Apa yang terkini dengan Hotlink Flex Plus Fibre dan mengapa saya patut berminat dengannya?
Pelan Hotlink Flex Plus Fibre baharu ini membolehkan anda menikmati internet mudah alih (10GB + 10GB YouTube) dan 'home fibre' 30Mbps (data tanpa had) dalam 1 pelan.
Apa yang saya dapat dalam plan Hotlink Flex Plus Fibre?
Pelan Hotlink Flex Plus Fibre ini menggabungkan Pascabayar Hotlink Mudah Alih dan Home Fibre.

Faedah yang anda terima bagi pelan pascabayar Hotlink:
  • Panggilan dan SMS tanpa had
  • Internet Mudah Alih (10GB + 10GB YouTube)
Bagi Home Fibre 30Mbps:
  • Internet Tanpa Had
  • Percuma penghala tanpa wayar
  • Percuma pemasangan fiber (kecuali hari Ahad/ janji temu waktu cuti)
Berapakah harga pelan Hotlink Flex Plus Fibre?
Hotlink Flex Plus Fibre berharga RM99 sebulan.
Adakah saya perlu membuat bayaran pendahuluan atau deposit warga asing?
Bagi warganegara Malaysia, anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebulan bagi komitmen bulanan dan untuk warga asing, deposit RM500 adalah diperlukan.
Adakah terdapat sebarang kontrak yang terikat pada pelan ini? Jika ya, adakah yuran penalti akan dikenakan jika saya menamatkan langganan dalam tempoh kontrak?
Ya, terdapat kontrak 24 bulan bermula tarikh pemasangan fiber. Untuk pembatalan sebelum tempoh kontrak berakhir, penalti sebanyak RM500 akan dikenakan.
Bolehkah saya membatalkan Fiber dan mengekalkan Mudah Alih, atau membatalkan Mudah Alih dan mengekalkan Fiber?
Perkhidmatan mudah alih dan 'home fibre' bagi Hotlink Flex Plus Fibre hadir dalam satu pelan, pembatalan sama ada mudah alih atau 'home fibre' bermakna pembatalan keseluruhan pelan.
Adakah saya boleh menambah kontrak peranti bagi pelan ini?
Tiada kontrak peranti ditawarkan bagi pelan ini. Untuk menikmati tawaran peranti, sila daftar Pelan Pascabayar Hotlink atau MaxisONE Plan.
Bagaimana bil saya dikira semasa tempoh pemasangan Fiber, yang mana hanya perkhidmatan Mudah Alih boleh digunakan?
Yuran komitmen bilanan anda akan dikira berdasarkan kitaran bil dan anda akan menikmati diskaun 50% untuk bil pertama dan bil seterusnya sehingga tarikh pemasangan 'home fibre' 30Mbps anda berjaya, kemudian yuran komitmen anda akan dicaj sepenuhnya.
Apa yang berlaku jika akaun saya digantung?
Anda boleh menggantung perkhidmatan Mudah Alih jika berlaku kehilangan SIM. Semasa tempoh penggantungan, caj bulanan akan dibilkan seperti biasa.
Aplikasi apakah patut saya muat turun bagi Hotlink Flex Plus Fibre - Aplikasi MyMaxis atau Aplikasi Hotlink Flex?
Untuk menguruskan akaun anda, sila muat turun Aplikasi MyMaxis atau UMB (*100#)

Pengurusan akaun melalui laman web Hotlink tidak tersedia bagi pelan ini.
Mengapa hanya perkhidmatan mudah alih boleh dilihat pada Aplikasi MyMaxis?
Pertama sekali, muat turun dan log masuk ke Aplikasi MyMaxis menggunakan ID Maxis (yang didaftarkan pada nombor mudah alih utama anda). Anda boleh dapatkan ID Maxis dengan menekan butang Sign Up pada paparan pertama aplikasi.

Setelah log masuk ke dalam aplikasi menggunakan ID Maxis (Talian Utama), pada paparan utama, tap butang Switch Line:
  • Jika anda menemui perkhidmatan fiber anda, tap untuk melihat maklumat selanjutnya.
  • Jika anda tidak menemui perkhidmatan fiber anda, tap "LINK THEM NOW" untuk menyambungkan semua perkhimatan Maxis anda kepada ID Maxis anda. Anda perlu menambah alamat e-mel dan kata laluan jika belum mempunyainya pada ID Maxis anda. Kemudian, tambahkan nombor KP/Pasport. Tunggu sehingga 10 minit dan lancarkan aplikasi sekal lagi untuk melihat perkhidmatan Fibre/VoIP anda.
  • Jika anda menemui perkhidmatan Mudah Alih+Lain-lain tetapi tiada perkhidmatan Fiber, sila hubungi 123 untuk bantuan set semula ID Maxis anda.
Apa yang boleh saya lakukan dengan Aplikasi My Maxis?
Anda boleh melihat penggunaan data, muat turun bil, membeli pas data dan dapatkan ganjaran serta tawaran di mana sahaja anda berada.
Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi MyMaxis.
Adakah saya layak untuk menerima Hotlink Rewards atau Maxis Deals?
Anda layak menikmati Maxis Deals. Dapatkan pelbagai diskaun harga/tawaran bagi produk dan perkhidmatan pada bila-bila masa semasa melayari Aplikasi MyMaxis.
Apakah syarat-syarat pendaftaran Hotlink Flex Plus Fibre?
Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap dalam lingkungan kawasan boleh melanggan satu (1) Hotlink Flex Plus Fibre*. Kunjungi pemeriksa liputan kami untuk menyemak.

* HANYA satu (1) pendaftaran Hotlink Felx Plus Fibre bagi setiap satu Kad Pengenalan.
Dimanakah saya boleh mendaftar Hotlink Flex Plus Fibre?
Anda boleh mendaftar Hotlink Flex Plus Fibre di Kedai Maxis terpilih atau penjual berdaftar.
Apakah yang berlaku jika saya telah mendaftar Hotlink Flex Plus Fibre, yang mana Mudah Alih masih aktif, tetapi Fiber tidak boleh dipasang?
Hotlink Flex Plus Fibre adalah pakej perkhidmatan mudah alih dan fiber, mudah alih dan fiber tidak boleh dipisahkan secara individu untuk pelan ini. Jadi jika fiber tidak dipasang, kami akan berusaha menghubungi anda:
  1. sekiranya berjaya, kami akan menyediakan anda dengan pelan mudah alih baharu mengikut harga langganan lazim; atau
  2. Jika kami tidak berjaya menghubungi anda dalam tempoh 60 hari, kami berhak menggantung atau membatalkan pelan pascabayar mudah alih 10GB + 10GB YouTube.
Apakah yang berlaku jika saya telah mendaftar Hotlink Flex Plus Fibre, di mana Mudah Alih masih aktif, tetapi Fiber gagal diterima?
Jika penukaran mudah alih sedia ada tidak berjaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran dan 'home fibre' telah dipasang, kami akan menyediakan nombor mudah alih baharu tanpa sebarang bayaran agar anda dapat menikmati pakej ini.
Saya tinggal di rumah kedai. Bolehkah saya mendaftar Hotlink Flex Plus Fibre?
Anda boleh memohon Hotlink Flex Plus Fibre, tetapi Maxis mempunyai hak untuk mengubah pelan/pakej anda kepada MaxisONEBusineess Fibre jika perkhidmatan fiber digunakan untuk tujuan perniagaan.
Adakah terdapat sebarang tempoh percubaan PERCUMA bagi Hotlink Flex Plus Fibre?
Kami tidak menawarkan percubaan PERCUMA.
Apa perbezaan di antara MaxisONE Prime dan Hotlink Flex Plus Fibre?
Hotlink Flex Plus Fibre adalah perkhidmatan asas untuk pelanggan Hotlink menikmati kedua-dua perkhidmatan Mudah Alih dan 'Home Fibre'.

MaxisONE Prime menawarkan data mudah alih tanpa had, sokongan 'seamless failover' dengan 4G, kontrak peranti, MaxisONE World dan banyak lagi.
Saya berhasrat untuk menukar penyedia perkhidmatan Mudah Alih/Fiber yang lain kepada Hotlink Flex Plus Fibre. Apa yang perlu saya lakukan?
Ikuti 3 langkah mudah ini:-
  1. Semak liputan di https://www.maxis.com.my/en/personal/internet/fiber-coverage.html
  2. Kunjungi Pusat Maxis berhampiran anda atau peniaga Hotlink berdaftar
  3. Langgan Hotlink Flex Plus Fibre dengan memasukkan talian Mudah Alih
Internet Home Fibre -30Mbps anda akan dipasang dalam tempoh 14 hari bekerja selepas talian mudah alih anda berjaya dimasukkan
Sila beri perhatian untuk maklumat ini:-
Jika perkhidmatan sedia ada anda masih dalam tempoh kontrak, anda perlu menyelesaikan yuran pembatalan / penalti dengan penyedia perkhidmatan sedia ada anda.
Untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan internet di rumah, jangan batalkan perkhidmatan Fiber sedia ada anda sebelum pemasangan Internet Home Fibre 30Mpbs selesai.
Saya berhasrat untuk menaik taraf pelan Maxis Home Fibre semasa kepada Hotlink Flex Plus Fibre. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda tidak boleh menukar pelan Maxis Home Fibre kepada Hotlink Flex Plus Fibre.

Jika anda ingin menukar, batalkan pelan Maxis Home Fibre untuk mengosongkan alamat anda supya anda boleh mendaftar Pelan Hotlink Flex Plus Fibre. Pelan ini hadir dengan kontrak 24 bulan baharu. Semasa proses berlangsung, anda mungkin dikenakan caj pembatalan awal dari pelan Maxis Home Fibre (jika ada), dan rumah anda akan mengalami tempoh tanpa perkhidmatan fiber, tertakluk pada ketersediaan port dan pemasangan fiber.
Saya pengguna sedia ada mudah alih Maxis atau Hotlink. Bolehkah saya menukar pelan ini kepada Hotlink Flex Plus Fibre?
Anda boleh membeli pelan Hotlink Flex Plus Fibre sebagai langganan pascabayar BAHARU. Tiada pilihan untuk penukaran kadar mudah alih pelan Maxis dan pascabayar Hotlink sedia ada kepada pelan Hotlink Flex Plus Fibre.
Bolehkah saya menaik taraf Hotlink Flex Plus Fibre kepada pelan fiber berkelajuan lebih tinggi?
Hotlink Flex Plus Fibre hanya menawarkan Internet home fibre pada kelajuan 30Mbps.
Adakah panggilan & SMS untuk pelan ini benar-benar tanpa had?
Berdasarkan Polisi Penggunaan Adil Maxis, anda akan menikmati panggilan dan SMS tanpa had. Kami berhak menahan, menghalang, menggantung atau mengehadkan perkhidmatan sekiranya terdapat aktiviti di luar jangka dalam penggunaan pelanggan. Sila rujuk Terma & Syarat pelan kadar untuk maklumat.
Apakah jenis panggilan/SMS yang sah untuk panggilan & SMS Tanpa Had bagi pelan ini?
Tertakluk pada penggunaan domestik mudah alih dan tetap, Maxis ke Maxis & daripada Maxis ke penggunaan operator lain. TIDAK termasuk panggilan video, panggilan ke nombor 1-300/1700/600, dan panggilan ke TM100 dan 121.
Bolehkah panggilan & SMS Tanpa Had dan kuota Internet Mudah Alih digunakan ketika dalam perayauan?
Tidak. Panggilan & SMS Tanpa Had, serta kuota Internet Mudah Alih adalah sah untuk penggunaan domestik sahaja.
Bolehkah baki kuota bulanan dibawa ke bulan hadapan?
Kuota bulanan anda akan diset semula pada akhir kitaran bil anda.
Bolehkah saya menambah kuota jika kuota Internet Mudah Alih habis digunakan sebelum kitaran bil tamat?
Ya, pembelian pas Internet eksklusif untuk tambahan Internet Mudah Alih Hotlink Flex Plus Fibre boleh dilakukan melalui menu Easy (*100#) atau melalui Aplikasi My Maxis. 

Berikut adalah pas-pas yang ditawarkan:
1GB/1 hari @ RM3,
3GB/2 hari @ RM5, dan
2GB/14 hari @ RM10.
Bolehkah saya menukar kadar pelan selepas melanggan Hotlink Flex Plus Fibre?
Cuma ada satu (1) pelan dalam Hotlink Flex Plus Fibre, jadi anda tiada pilihan pertukaran.
Bolehkah saya menerima SMS makluman untuk penggunaan Internet saya?
Anda akan dimaklumkan melalui SMS apabila kuota penggunaan Internet mudah alih anda mencecah 60% dan 100%.
Adakah saya layak untuk mendapatkan talian tambahan jika mendaftar dengan Pascabayar Hotlink Flex?
Tiada pelan atau talian tambahan untuk Hotlink Flex Plus Fibre.
Apakah 'unlimited bundle'/Pakej Tanpa Had yang tersedia?
Pakej-pakej tanpa had adalah seperti berikut:
  1. Sosial Tanpa Had 30 Hari @ RM10
    (Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter dan Pinterest)
  2. Muzik Tanpa Had 30 Hari @ RM10
    (Spotify, JOOX, Saavn, KK Box dan Smule)
  3. Chat Tanpa Had 30 Hari @ RM5
    (WhatsApp, WeChat, LINE, QQ dan IMO)
Bagaimanakah ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had ini berfungsi?
Penggunaan aplikasi yang dibenarkan oleh 'Unlimited Bundle'/Pakej Tanpa Had tidak menggunakan kuota Internet asas, tertakluk pada Polisi Penggunaan Adil kami.

Penggunaan sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota bulanan anda.
Bolehkah saya menyambungkan ‘Unlimited Bundles’/Pakej Tanpa Had kepada komputer riba saya?
Ya, anda boleh menyambungkan 'Unlimited Bundle'/Pakej Tanpa Had kepada peranti lain.
Apa yang berlaku apabila kuota Internet saya habis digunakan?
Anda masih boleh terus melayari Internet apabila kehabisan kuota tanpa sebarang caj tambahan pada kelajuan yang direndahkan. Secara alternatif, anda boleh membeli pas Internet mudah alih tambahan di *100# atau melalui aplikasi MyMaxis.
Bolehkah saya terus menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota Internet normal?
Ya, anda masih boleh menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota, namun ada sebahagian sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota bulanan anda, dengan kelajuan yang direndahkan.
Bagaimana data saya digunakan di antara kuota bulanan dan pas YouTube?
Penggunaan YouTube akan digunakan daripada pas data YouTube tertentu; jika pas tersebut telah digunakan sepenuhnya, sebarang penggunaan YouTube akan menggunakan kuota bulanan atau pas tambahan.

Penggunaan sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota bulanan atau pas tambahan anda.
Saya telah menggunakan pas YouTube sepenuhnya, apa yang berlaku jika saya melayari YouTube?
Apabila anda telah kehabisan pas data tertentu YouTube, pelayaran YouTube yang seterusnya akan mula menggunakan baki pas data spesifik bukan YouTube.

Namun, apabila SEMUA kuota data anda telah kehabisan, anda masih boleh melayari YouTube secara percuma tetapi pada kelajuan yang direndahkan sehingga kuota anda diperbaharui.
Bolehkah saya gunakan Hotlink FlexPlus Fibre semasa perayauan?
Ya, semasa perayauan, caj bayar-per-guna bagi Roam 120, panggilan luar, panggilan dalam dan SMS adalah sama seperti Pascabayar Hotlink Flex. Bagi pas Dataroam, hanya Dataroam RM38 tersedia bagi pelan ini.
Bolehkah saya lakukan panggilan IDD dan apakah kadarnya?
Ya, anda boleh membuat panggilan IDD, lihat kadarnya disini.
Saya akan berpindah ke premis baharu; apakah yang perlu saya lakukan pada Hotlink Flex Plus Fibre?
Pertama sekali, semak sama ada alamat baharu anda berada dalam liputan kami di sini.

Jika alamat baharu anda berada dalam liputan, bawa bersama modem untuk pemindahan perkhidmatan. Harap maklum bahawa tiada perkhidmatan di alamat sedia ada sehingga pemasangan siap di premis baharu anda. Caj RM200 akan dikenakan jika modem gagal dipulangkan.

Anda tidak dibenarkan memasang Hotlink Postpaid Flex Plus Fibre di premis baharu anda dan membatalkan perkhidmatan sedia ada. Hal ini kerana, setiap kad pengenalan hanya membenarkan maksimum 1 perkhidmatan Hotlink Postpaid Flex Plus Fibre.

Kontrak 24 bulan akan diperbaharui apabila penukaran lokasi berlaku.

Jika alamat baharu anda tidak berda dalam liputan, kunjungi Pusat Maxis berdekatan dan bawa bersama modem anda untuk membatalkan langganan anda. Anda boleh menyimpan 'router'. Yuran pembatalan awal sebanyak RM500 mungkin dikenakan.
Perjanjian sewaan saya sudah tamat, adakah saya akan mendapat pengecualian bagi penalti kontrak?
Pengecualian akan diberikan jika anda memindahkan Hotlink Flex Plus Fibre kepada premis baharu anda.
Apabila saya meminta pemindahan perkhidmatan, bolehkah saya mengekalkan nombor VoIP sedia ada kepada alamat baharu?
Ia bergantung kepada lokasi. Lokasi lain mungkin menggunakan nombor VoIP yang berbeza.
Adakah terdapat sebarang kontrak yang terikat pada pelan ini? Jika ya, adakah yuran penalti akan dikenakan jika saya menamatkan langganan dalam tempoh kontrak?
Ya, terdapat kontrak 24 bulan untuk pendaftaran baharu. Penalti yang dikenakan bagi pembatalan awal adalah sebanyak RM500.
Adakah 'bundled fibre' disertai dengan VoIP?
Ya, perkhidmatan ini termasuk.
Anda mempunyai pilihan untuk menambah 'Unlimited Voice' pada RM10 sebulan atau bayar-sekali-guna pada kadar biasa RM0.09/minit untuk nombor mudah alih dan talian tetap, kadar standard untuk nombor antarabangsa dan istimewa.
Sebagai pelanggan sedia ada Home Fibre, bolehkah saya mengekalkan nombor VoIP yang sama semasa menaik taraf kepada pelan baharu?
Anda tidak boleh menukar pelan Maxis Home Fibre kepada Hotlink Flex Plus Fibre.

Jika anda ingin menukar, batalkan pelan Maxis Home Fibre untuk mengosongkan alamat anda supya anda boleh mendaftar Pelan Hotlink Flex Plus Fibre. Pelan ini hadir dengan kontrak 24 bulan baharu. Semasa proses berlangsung, anda mungkin dikenakan caj pembatalan awal dari pelan Maxis Home Fibre (jika ada), dan rumah anda akan mengalami tempoh perkhidmatan tanpa fiber, tertakluk pada ketersediaan port dan pemasangan fiber. Anda akan diberikan nombor VoIP baharu.
Saya mempunyai rebat 'member-get-member' bagi langganan Fibre saya; adakah saya masih boleh menikmatinya selepas menaik taraf?
Tiada promo 'member-get-member' untuk pelan ini.
Saya pengguna fiber sedia ada daripada syarikat lain, bagaimana cara mendaftar pelan Hotlink Flex Plus Fibre ini?
Sila kunjungi Kedai Maxis berhampiran atau hubungi kami, kami sedia membantu anda.
Apakah kadar panggilan talian tetap bagi pelan Hotlink Flex Plus Fibre baharu?
Pelan ini disertakan dengan pilihan tambahan panggilan tempatan tanpa had pada RM10 sebulan atau caj berdasarkan penggunaan pada RM0.09/minit untuk panggilan tempatan ke talian mudah alih dan tetap. Kadar standard dikenakan untuk semua panggilan ke nombor istimewa dan antarabangsa.
Apakah Polisi Penggunaan Adil bagi Hotlink Flex Plus Fibre?
Polis Penggunaan Adil kami adalah untuk memastikan semua pengguna dapat merasai pengalaman internet terbaik dan menghalang pengguna mengganggu jalur lebar yang memberi kesan kepada pengguna lain.

Kami mengehadkan perkongsian fail 'person to person' (P2P) semasa waktu puncak dan pengalaman pengguna bagi P2P adalah pada tahap yang terbaik.
Apa yang berlaku pada kelajuan fiber jika penggunaan saya melebihi kuota bulanan?
Tiada had bulanan. Kami akan memaklumkan sekiranya ada had dikenakan pada masa akan datang.
Dimanakah saya boleh melihat penggunaan data mudah alih?
Anda boleh melihat penggunaan data melalui aplikasi MyMaxis.
Bila dan bagaimana penetapan tarikh pemasangan dilakukan
Pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam selepas pendaftaran bagi menetapkan janji temu pemasangan anda. Ketahui maklumat lanjut di sini.
Bolehkah saya memilih sendiri tarikh pemasangan?
Anda boleh memilih tarikh dan masa berdasarkan slot masa yang tersedia semasa mula mendaftar.
Berapa lamakah tempoh masa pemasangan perkhidmatan Fibre?
Pemasangan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari masa bekerja dari tarikh pendaftaran atau tarikh pemindahan perkhidmatan berjaya dilakukan (yang mana kemudian).
Adakah saya akan menerima sebarang peringatan sebelum pemasangan.
Ya. Anda akan menerima panggilan 4 hari sebelum tarikh pemasangan dan satu peringatan melalui SMS sehari sebelum pemasangan dilakukan. Pada hari pemasangan, pegawai kami akan menghubungi anda sejam sebelum pemasangan dimulakan.
Apa yang perlu saya sediakan sebelum pemasangan?
Sila sediakan tiga (3) soket elektrik dan wang tunai bagi caj pemasangan yang mungkn dikenakan bergantung kepada keperluan anda.
Adakah saya perlu hadir semasa hari pemasangan? Bolehkah saya diwakili orang lain di rumah?
Anda disarankan berada di rumah bagi sebarang keputusan yang membabitkan pemasangan kabel, penempatan peralatan, bayaran pemasangan kabel (jika ada) dan sebagai pengakuan pemasangan telah dilaksanakan.
Jika saya perlu mengubah dan menjadual semula janji temu pemasangan, siapa yang patut saya hubungi?
Bagi penjadualan semula janji temu, sila e-mel kami di fos@maxis.com.my. Hubungi kami empat (4) hari sebelum tarikh pemasangan untuk mengelakkan sebarang kelewatan pembatalan atau dikenakan caj penjadualan semula.
Sekiranya saya perlu menjadualkan semula janji temu pemasangan, adakah saya akan dikenakan penalti?
Caj RM200.00 akan dikenakan sekiranya anda menjadual semula atau membatalkan janji temu dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh yang telah anda tetapkan.
Adakah terdapat kos yang melibatkan pemasangan?
Pemasangan standard adalah percuma. Tetapi, sekiranya anda memerlukan pemasangan bukan standard seperti kabel tersembunyi, caj akan dikenakan. Anda akan berhubung secara langsung dengan kontraktor mengenai keperluan anda dan caj yang dikenakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemasangan standard?
Pemasangan standard meliputi sambungan (luar rumah) dari panel Distribution Fibre terdekat hingga ke modem (dalam rumah anda). Pemasangan yang disediakan adalah mengikut spesifikasi standard ( di dinding dengan klip).
Kos sebarang pemasangan bukan standard seperti pemasangan di atas siling, saluran bawah tanah, pendawaian tersembunyi dan sebagainya, jika diperlukan, kos adalah dibawah tangungan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemasangan bukan standard?
Jika pemasangan tersebut berbeza daripada pemasangan standard, dan melibatkan mana-mana yang berikut, ia akan dianggap sebagai pemasangan bukan standard.

Contoh:
Pengkabelan tersembunyi atau di dalam dinding Pengkabelan luar dari tiang ke permukaan tanah
Boleh anda berikan maklumat pakar pemasangan saya?
Kami tidak boleh memberikan anda butiran mengenai pakar pemasangan anda; kakitangan berkenaan akan menghubungi anda sejam (1) sebelum pemasangan.
Siapa yang akan hadir semasa janji temu pemasangan saya?
Sekurang-kurangnya seorang pakar pemasangan Maxis akan terlibat. Ia bergantung kepada infrastruktur bangunan. Bagi sesetengah kawasan, dua pakar pemasangan akan berada di premis anda untuk menyelesaikan pemasangan.
Bagaimana saya boleh dapatkan bantuan berkaitan janji temu pemasangan?
Anda boleh e-mel kami di fos@maxis.com.my untuk menyemak janji temu pemasangan anda dan kami akan memberi respon kepada e-mel anda dalam tempoh 24 jam masa bekerja.
Boleh saya memilih tarikh pemasangan pada Ahad atau hari bercuti?
Buat masa ini, pemasangan pada Ahad atau hari bercuti tidak disediakan.

Hari cuti bergantung kepada negeri:
Terengganu, Kelantan & Kedah: Jumaat
Johor: Sabtu
Negeri lain: Ahad
Berapa lama proses pemasangan dijalankan?
Pemasangan standard akan diselesaikan dalam tempoh 4 jam.
Kadang-kala ia akan mengambil lebih masa disebabkan pemasangan bukan standard atau komplikasi lain.
Apa yang akan berlaku semasa proses pemasangan?
Pakar pemasangan Maxis akan berada di premis anda dalam jangka masa 3 - 4 jam dan melakukan perkara berikut:-

Memberitahu anda mengenai prosedur pemasangan mengikut piawai.
Melakukan pemasangan peranti dan Wi-Fi di premis anda.

Mendapatkan persetujuan anda jika ada pemasangan kabel atau pemasangan bukan standard yang diperlukan.

Risalah tip penyelesaian masalah akan diberikan kepada anda tampal pada penghala anda.
Adakah terdapat penggerudian semasa pemasangan?
Penggerudian mungkin perlu dilakukan untuk menyambung perkhidmatan Internet pantas ke rumah anda. Pakar pemasangan Maxis akan merujuk kebenaran anda untuk reka bentuk sambungan dan penggerudian.
Berapa unit alatan yang akan diberikan kepada saya semasa pemasangan?
Anda bakal menerima dua (2) unit peralatan:-
  • Modem (modem yang sama akan digunakan untuk naik taraf oleh pelanggan sedia ada)
  • Router
Jika saya mahu memasang rangkaian saya sendiri di belakang router Maxis, bolehkah pakar pemasangan Maxis membantu saya dengan konfigurasinya?
Perkara yang termasuk dalam lingkungan kerja pakar pemasangan Maxis adalah pengkabelan/pendawaian mengikut standard serta penetapan modem dan router yang dibekalkan oleh Maxis sahaja.
Jenis premis saya adalah rumah 3 tingkat dan saya ingin memasang perkhidmatan ini di aras 3. Bolehkan ia dilakukan?
Perkhidmatan ini boleh dipasang di mana sahaja yang anda inginkan. Hanya maklumkan kepada pakar pemasangan semasa kedatangannya mengenai lokasi yang diingini. Beliau akan berikan sebuah lakaran reka bentuk untuk mendapat kelulusan anda. Beliau juga akan berbincang dengan anda mengenai caj pemasangan bukan standard (seperti pengkabelan tersembunyi) jika diperlukan.
Apa yang akan berlaku selepas pemasangan selesai?
Apabila pemasangan selesai, anda dikehendaki menandatangani Borang Perakuan Siap Kerja. Anda dinasihatkan untuk tidak mengubah atau memindahkan modem selepas tetapan kerana liputan Wi-Fi anda telah dioptimumkan. Selepas pemasangan, anda mungkin menerima satu SMS kaji selidik berkenaan pemasangan yang baru dilakukan di premis anda.
Apa itu RGW?
Router atau dikenali sebagai Residential Gateway.
Berapa tempoh waranti untuk router?
Tempoh waranti untuk router adalah 12 bulan.
Saya dapati lampu di router saya terpadam. Apa yang patut saya lakukan?
Pertama sekali, anda boleh memeriksa adaptor kuasa di router dan pastikan ia disambung dengan betul;
Uji sama ada soket elektrik 3 pin anda berfungsi;
Lihat panduan asas untuk menyelesaikan masalah di sini.

Jika masalah masih berterusan, sila hubungi kami.
Berapa tempoh waranti untuk modem (BTU atau ONT)
Kami menyediakan waranti sepanjang hayat untuk modem selagi anda melanggan dengan Hotlink Flex Plus Fibre.
Bolehkah saya lakukan penyelesaian masalah yang asas secara sendirian? Apa yang patut saya lakukan?
Panduan asas penyelesaian masalah di sini. Anda juga boleh meneliti perkara-perkara berikut:-

Adaptor kuasa anda disambung dengan betul;
Uji sama ada titik plag anda berfungsi
Sekiranya saya mempunyai telefon tanpa wayar Panasonic yang menyokong VoIP, boleh saya gunakannya sebagai telefon tambahan?
VoIP telah diaktifkan dan sedia digunakan, anda hanya perlu dapatkan telefon DECT dan sambungkannya.
Adakah pelan ini disertakan bersama telefon DECT?
Tidak.
Bolehkah saya dapatkan Hotlink Flex Plus Fibre tanpa perkhidmatan VoIP atau menamatkan perkhidmatan VoIP?
VoIP termasuk dalam perkhidmatan Hotlink Flex Plus Fibre dan kami tidak menawarkan pelan ini tanpa VoIP. Tiada tambahan caj bulanan, anda hanya perlu membayar jumlah yang anda guna.
Bolehkah saya dapatkan ciri tambahan perkhidmatan seperti pemajuan panggilan, mod menunggu pada VoIP Hotlink Flex Plus Fibre?
Perkhidmatan panggilan tambahan tidak disediakan.
Adakah Hotlink Flex Plus Fiber VoIP menyokong Panggilan Terus Antarabangsa (IDD)?
Ya, VoIP dengan Hotlink Flex Plus Fibre menyokong IDD. Kadar mengikut kadar MOP
Bolehkah saya mengaktifkan atau membatalkan perkhidmatan panggilan Langsung Antarabangsa (IDD) untuk Hotlink Flex Plus Fiber Plus VoIP?
Ya, anda boleh menghubungi kami dan meminta untuk membolehkan atau memadam IDD.
Bolehkah saya meminta VoIP tambahan pada Hotlink Flex Pus Fibre yang baharu atau sedia ada?
Tidak. Satu Hotlink Flex Plus Fibre hanya boleh menyokong satu perkhidmatan VoIP.
Saya tidak mendapat nada dail pada telefon DECT saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Berikut beberapa langkah yang anda boleh teliti:-

Telefon DECT anda disambungkan pada port telefon di router anda.
Anda menggunakan kabel standard RJ11.
Telefon DECT anda sedang dicaj.
Uji dengan menggunakan set telefon lain untuk memastikan kerosakan telefon.
Jika masalah terus berlaku, hubungi kami untuk bantuan.
Saya tidak mendengar pihak lain dalam panggilan itu? Apa yang perlu saya lakukan?
Berikut beberapa langkah yang anda boleh teliti:-

Anda menggunakan kabel standard RJ11.
Uji dengan menggunakan set telefon lain untuk memastikan kerosakan telefon.
Jika masalah terus berlaku, hubungi kami untuk bantuan.
Saya tidak boleh melakukan panggilan antarabangsa? Apa yang berlaku?
Hal ini mungkin disebabkan perkhidmatan Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) anda tidak dibolehkan. Jika anda ingin mengaktifkannya bagi Hotlink Flex Plus Fibre, sila hubungi kami.
Bagaimana untuk menukar nombor telefon rumah asal saya?
Hal ini akan dipertimbangkan jika nombor sedia ada menyebabkan kesulitan kepada anda, hubungi atau kunjungi untuk melakukan permohonan.
Bolehkan saya sambungkan faks kepada Hotlink Flex Plus Fibre?
Ya, anda boleh menyambungkan mesin faks anda kepada router. Router menyokong perkhidmatan faks Kelas 1, 2 dan 3, sila semak dengan vendor anda untuk kepastian.
Bolehkah saya sambungkan terminal EDC kepada Hotlink Flex Plus Fibre?
Ya, anda hanya perlu memasang palam terminal EDC ke router dan hubungi kami untuk tetapan IP. Maxis mempunyai hak untuk menukar pelan/pakej anda kepada Maxis ONEBusinee Fibre jika mendapati perkhidmatan fiber yang digunakan adalah untuk tujuan perniagaan.
Adakah Home Fibre menyokong CCTV?
Ya, sila hubungi pembekal pilihan anda untuk peranti dan pemasangan.
Adakah bantuan teknikal disediakan untuk peranti pihak ketiga? Contohnya kotak android.
Kami hanya memberikan bantuan alatan teknikal untuk premis pelanggan yang dibekalkan oleh kami.

Maxis tidak menawarkan bantuan teknikal lain untuk tambahan peranti jaringan seperti Home Plug, pencetakm konsol permainan, pelayan, tembok api atau router.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi talian bantuan pembekal atau pengeluar. Bagaimanapun, kami boleh memberikan maklumat berkaitan seperti Fixed IP Address atau DNS.
Bagaimana cara untuk sambungkan pelayan, tembok api (firewall), router atau tambahan peranti jaringan?
Kami hanya memberikan bantuan alatan teknikal untuk premis pelanggan yang dibekalkan oleh kami.

Maxis tidak menawarkan bantuan teknikal lain untuk tambahan peranti jaringan seperti Home Plug, pencetakm konsol permainan, pelayan, tembok api atau router.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi talian bantuan pembekal atau pengeluar. Bagaimanapun, kami boleh memberikan maklumat berkaitan seperti Fixed IP Address atau DNS.
Adakah terdapat sebarang caj dikenakan jika juruteknik hadir bagi aduan yang tidak bersesuaian?
Pertama, kami akan menyediakan penyelsaian masalah melalui telefon. Jika bantuan teknikal di lokasi diperlukan, lawatan adalah percuma. Bagaimanapun, jika ia melibatkan pemasangan wayar tidak standard, anda mungkin perlu berhubung dengan juruteknik bagi caj tersebut, atau dapatkan kontraktor peribadi untuk tugas tersebut.
Mengapa internet tidak sepantas seperti yang diiklankan?
Kelajuan jalur lebar yang anda terima bergantung pada sebahagian faktor seperti sambungan Wayar atau WiFi, sambungan Peranti, Lokasi moden dan router, kesesakan WiFi, Gangguan, penggunaan aplikasi dan lain-lain.
Apakah peranti yang disokong?
Pastikan peranti anda menggunakan teknologi WiFi terkini, seperti 2X2 802.11ac dan dwi jalur (2.4GHz & 5Ghz) memandangkan kelajuan muat turun wayarles bergantung pada teknologi WiFi yang digunakan oleh peranti anda. plan.
Apakah perbezaan di antara sambungan Wayar dan Wayarles pada broadband Fiber saya?
Kelajuan yang anda alami pada sambungan jalur lebar bergantung sama ada anda menggunakan sambungan wayar atau WiFi.

Sambungan wayar adalah lebih pantas dan konsisten, sesuai dengan aktiviti yang intensif (permainan game, strim video, perkongsian fail, dll)
Sambungan WiFi secara amnya adalah lebih perlahan berbanding sambungan wayar dan ia mempunyai had bergantung pada faktor persekitaran. Liputan WiFi mungkin terkesan dengan susun atur rumah, struktur dinding dan kedudukan router wayarles. Gangguan juga boleh berlaku daripada peranti rumah yang lain atau signal WiFi jiran anda, terutamanya di kawasan penduduk padat. Jadi, kami mencadangkan anda menggunakan sambungan wayar (kabel LAN) untuk kelajuan yang lebih optimum.
Apakah liputan atau jarak standard Wi-Fi?
Liputan standard WiFi dalaman adalah di antara 50 meter atau kurang, bergantung pada struktur rumah anda, contohnya, dinding tebal mungkin mengurangkan sambungan WiFi.
Bagaimana saya dapat tingkatkan Prestasi Wi-Fi
Ini antara tips untuk prestasi WiFi terbaik,
  1. Gunakan teknologi wayarles tercanggih, standard WiFi 802.11ac atau yang terkini, untuk semua komputer, kad/adaptor wayarles dan peralatan router wayarles. Sila pastikan sistem pengendalian komputer atau laptop dan pelayar web anda sentiasa dikemas kini.
  2. But Semua peranti anda dengan kerap kerana perisian mungkin akan dikemas kini secara automatik dari semasa ke semasa untuk memastikan sambungan yang lebih baik.
  3. Tukar di antara dua WiFi signal dengan router Dual-band, untuk memudahkan trafik saluran kerana lebihan peranti yang bersambung dengan jalur tunggal akan menyebabkan kesesakan. Hal ini sering berlaku pada waktu puncak di antara 6 petang sehingga 1 pagi.
  4. Pastikan moden, router dan WiFi Mesh berada di ruangan terbukan, tinggi dari permukaan tanah. faktor ini akan menyebabkan gangguan pada signal WiFi anda:-
    • Dinding - terutamanya dinding tebal daripada konkrit atau batuan.
    • Objek besar atau padat - elakkan peralatan mengandungi besi
    • permukaan memantul atau bersinar - Signal akan melantun pada tingkap dan cermin.
    • Peralatan Elektrik - terutamanya telefon tanpa wayar, pemantau bayi dan peranti lain yang menggunakan gelombang radio. Lihat video untuk lebih banyak tips.
  5. Bagi rumah yang luas, gunakan WiFi Mesh untuk melebarkan liputan WiFi ke ruangan yang lebih luas walaupun dihalang oleh dinding konkrit.
  6. Lebihan penggunaan aplikasi menggunakan jalur lebar secara serentak, seperti strim video dan permainan game lebih dari satu peranti boleh memperlahankan sambungan. Untuk prestasi terbaik, sambungkan menggunakan LAN (sekurang-kurangnya Cat5e atau lebih) secara terus ke router anda.