Hotlink Postpaid Flex - Am

 

Apakah faedah mendaftar dengan Pascabayar hotlink Flex baharu ini?

Pascabayar Hotlink Flex menawarkan kombinasi terbaik antara prabayar dengan pascabayar.

Anda akan menikmati:

- Panggilan & SMS tanpa had.

- Internet Tanpa Had untuk aplikasi kegemaran anda.

- Tiada caj kadar pay-per-use untuk pengunaan Internet.

 

Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan ini?

Pelan ini terbuka kepada semua pelanggan, termasuk perpindahan ke Hotlink, sebelum dan selepas perpindahan, dan juga untuk pendaftaran baharu.

 

Adakah panggilan & SMS untuk pelan ini benar-benar tanpa had?

Seperti yang dinyatakan, panggilan & SMS untuk pelan ini adalah tanpa had. Namun, pelanggan akan tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama Maxis dan kami berhak untuk menahan, menghalang, menggantung atau mengehadkan Perkhidmatan sekiranya terdapat aktiviti di luar jangka dalam penggunaan pelanggan. Sila rujuk Terma & Syarat pelan kadar untuk maklumat lanjut.

 

Apakah jenis panggilan/ SMS yang sah untuk panggilan & SMS Tanpa Had Pascabayar Hotlink Flex?

Penggunaan domestik mudah alih/tetap ON-net & OFF-net (TIDAK termasuk panggilan video, panggilan ke nombor 1-300/1700/600, dan panggilan ke TM100 atau 121)

 

Bolehkah panggilan & SMS Tanpa Had dan kuota Internet Mudah Alih digunakan ketika dalam perayauan?

Tidak. Panggilan & SMS Tanpa Had, serta kuota Internet Mudah Alih adalah sah untuk penggunaan domestik sahaja.

 

Bolehkah baki kuota bulanan dibawa ke bulan hadapan?

Tidak, kuota bulanan (Panggilan, SMS & Internet) tidak boleh dibawa ke bulan hadapan dan akan dikira luput pada penghujung kitaran bil.

 

Bolehkah saya menambah kuota jika kuota Internet Mudah Alih habis digunakan sebelum kitaran bil tamat?

Ya, pembelian pas Internet eksklusif untuk Pascabayar Hotlink Flex boleh dilakukan melalui menu UMB (*100#) atau melalui Aplikasi Hotlink Flex (https://www.hotlink.com.my/m). 

Berikut merupakan pas-pas yang ditawarkan:

4GB + 3GB YouTube (Auto-renew) @ RM10

2GB @ RM10

1GB/1 hari @ RM3

3GB/2 hari @ RM5

 

Bolehkah saya menukar pelan selepas melanggani Pascabayar Hotlink Flex?

Ya, anda boleh bertukar atau menaik taraf kepada mana-mana Pelan Pascabayar Maxis.

 

Jika saya melanggan Pascabayar Hotlink Flex pada pertengahan kitaran bil saya, adakah bil bulanan, peruntukan panggilan, SMS & Internet saya akan dicaj secara pro-rata?

Ya, bil bulanan anda akan dikira secara pro-rata dan anda tidak akan dicaj secara penuh untuk bulan pertama. Bermula pada bulan kedua, anda akan dicaj secara penuh. Tambahan pula, anda akan diberikan kuota Internet penuh bermula bulan pertama berserta panggilan & SMS tanpa had.


Pembelian tambahan (contoh: 4GB + 3GB YouTube @ RM10) akan dicaj sepenuhnya pada bulan pertama.

 

Bolehkah pembahayaran pendahuluan saya dikembalikan?

Tidak, tetapi ia akan ditolak daripada bil bulan pertama dan sebarang baki akan dibawa ke bulan hadapan.

 

Bolehkah saya menerima SMS makluman untuk penggunaan Internet saya?

Ya. Apabila anda telah mencecah 60% dan 100% kuota Internet, anda akan menerima SMS secara automatik untuk memaklumkan penggunaan Internet anda. SMS makluman ini adalah hampir kepada masa nyata.

 

Adakah saya layak untuk mendapatkan talian tambahan jika mendaftar dengan Pascabayar Hotlink Flex?

Tidak. Tiada talian tambahan untuk pelan Pascabayar Hotlink Flex ini.

 

Bagaimanakah ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had ini berfungsi?

Untuk setiap ‘Unlimited Bundle’/ Pakej Tanpa Had, sebarang penggunaan aplikasi eksklusif dalam pakej yang dipilih tidak akan menggunakan Internet daripada kuota asas anda (tertakluk kepada Fair Usage Policy 1TB untuk setiap kitaran bil).

 

Namun, sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota asas.

 

Bolehkah saya menyambungkan ‘Unlimited Bundles’/Pakej Tanpa Had kepada komputer riba saya?

Ya, anda boleh menyambungkan ‘Unlimited Bundles’/Pakej Tanpa Had kepada peranti-peranti lain. Namun, kelajuan sambungan anda akan dihadkan kepada 5mbps.

 

Apakah yang akan terjadi kepada baki kredit akaun saya, jika saya bertukar daripada Prabayar Hotlink kepada Pascabayar Hotlink Flex?

Setelah bertukar ke Pascabayar Hotlink Flex, baki kredit anda akan dikreditkan ke akaun Pascabayar Hotlink Flex baharu, dan akan direkodkan dalam bil pertama anda.

 

Saya ada baki kredit RM50 dalam akaun Hotlink. Bolehkah saya menggunakan baki kredit untuk Bayaran Pendahuluan Kadar Pelan?

Anda masih perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa bertukar ke Pascabayar Hotlink Flex.

 

Pembayaran pendahuluan dan baki kredit Prabayar anda akan digunakan sebagai pembayaran untuk bil bulanan pertama & sebarang baki kredit akan dibawa ke bil bulanan seterusnya.

 

Apa yang berlaku apabila kuota Internet saya habis digunakan?

Anda masih boleh terus melayari Internet apabila kehabisan kuota TANPA SEBARANG CAJ TAMBAHAN pada kelajuan yang direndahkan. Secara alternatif, anda boleh membeli pas Internet mudah alih tambahan di *100# atau melalui aplikasi Hotlink Flex di www.hotlink.com.my/m

 

Kini saya melanggan pas internet mudah alih pembaharuan automantik 5GB @ RM25. Apa yang akan terjadi kepada pelan ini?

Pas internet mudah alih telah dibatalkan untuk pelanggan baharu dan aktif, tetapi pelanggan sedia ada masih boleh menikmati pas tersebut selagi anda terus melanggan.

Jika anda membatalkan pas tersebut, anda tidak boleh melanggannya semula.

 

Bolehkah saya bertukar daripada Pascabayar Hotlink Flex kepada Pascabayar Hotlink Flex Plus dan sebaliknya?

Namun, jika anda mempunyai kontrak semasa dengan Pascabayar Hotlink Postpaid Flex Plus, anda perlu membatalkan kontrak dan membayar penalti terlebih dahulu.

 

Apa yang berlaku kepada pas 4GB + 3GB YouTube @ RM10 jika saya beralih kepada Pascabayar Hotlink Flex Plus.

Memandangkan tiada pas 4GB + 3GB YouTube @ RM10 untuk Pascabayar Hotlink Flex Plus, ia akan dibatalkan daripada langganan anda bila beralih ke Pascabayar Hotlink Flex Plus. Namun, anda tetap akan dikenakan caj untuk kitaran bil tersebut.

 

Saya telah menggunakan sepenuhnya 4GB + 3GB YouTube daripada pas RM10. Bolehkah saya membeli lagi satu pas yang sama?

Setiap pelanggan layak mendapatkan satu pas pembaharuan automatik yang sama sekali sahaja. Kuota akan diperbaharui selepas tamat kitaran bil terkini.

 

Namun, anda boleh membeli dan aturkan pas Internet mudah alih sebanyak mana yang dimahukan (kecuali untuk Pas Tanpa Had tidak berulang).

 

Bolehkah saya terus menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota Internet normal?

Ya, anda masih boleh menggunakan ‘Unlimited Bundle’/Pakej Tanpa Had apabila telah kehabisan kuota.

 

Namun, terdapat sumber pihak ketiga dalam aplikasi tersebut (seperti video YouTube yang terbenam, atau laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai kuota asas.

 

Kenapa tiba-tiba saya dapat 4GB + 3GB YouTube untuk pas RM10?

Kami telah menaik taraf pas RM10 daripada 4GB kepada 4GB + 3GB YouTube tanpa kos tambahan. Pelanggan sedia ada pas RM10 akan menerima kuota penuh 4GB + 3GB YouTube, dan akan terus menerima kuota sama pada kitaran bil yang seterusnya.

 

Kenapa tiba-tiba saya dapat data YouTube 10GB tambahan di samping data 10GB normal di dalam pelan kadar Pascabayar Hotlink Flex Plus?

Kami telah menaik taraf pelan kadar Pascabayar Hotlink Flex Plus, jadi anda akan menerima data tambahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan.

 

Pelanggan sedia ada Pascabayar Hotlink Flex Plus akan menerima kuota penuh 10GB YouTube ketika penaikan taraf ini, dan akan terus menikmati 10GB + 10GB YouTube @ RM60/bulan pada kitaran bil seterusnya.

 

Bagaimana data saya akan digunakan selepas tambahan data YouTube ini?

Untuk pelayaran Internet bukan YouTube, data akan digunakan secara normal daripada pas data spesifik bukan YouTube.

 

Untuk pelayaran Internet YouTube, data mulanya akan digunakan daripada pas data spesifik YouTube. Apabila kehabisan, penggunaan Internet adalah daripada pas data spesifik bukan YouTube.

 

Namun, terdapat sumber pihak ketiga dalam YouTube (seperti laman web luaran yang dibuka melalui aplikasi) akan dikira sebagai data normal akan digunakan daripada pas data spesifik bukan YouTube.

 

Saya telah menggunakan pas data YouTube sepenuhnya, apa yang berlaku apabila saya melayari YouTube?

Apabila anda telah kehabisan pas data spesifik YouTube, pelayaran YouTube yang seterusnya akan mula menggunakan baki pas data spesifik bukan YouTube.

 

Namun, apabila SEMUA kuota data anda telah kehabisan, anda masih boleh melayari YouTube secara percuma tetapi pada kelajuan yang direndahkan sehingga kuota anda diperbaharui.