Hotlink Postpaid Flex : OKU RM10 rebat bulanan 

 

  • Am
  • Hotlink Postpaid Flex : OKU RM10 rebat bulanan 

Siapa yang layak untuk dapat rebat Hotlink Postpaid Flex OKU ini?
Untuk menikmati rebat, anda perlu menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan IC biru yang sah (tidak termasuk IC merah PR / warga asing).
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki kad OKU sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
  • Melanggan pelan Hotlink Postpaid Flex dengan Lebih Banyak Data - 5GB dengan langganan bulanan RM40/bulan.

Pelan mana yang layak dapat rebat Hotlink Postpaid Flex OKU?
Untuk menikmati rebat, anda perlu melanggan pelan Hotlink Postpaid Flex dengan Lebih Banyak Data - 8GB dengan langganan bulanan RM40/bulan.
 

Bagaimanakah boleh saya mendaftar dengan rebat Hotlink Postpaid Flex OKU?
Anda boleh mendaftar untuk pelan dan rebat ini di mana-mana Kedai Maxis.
 

Apakah dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran rebat Hotlink Postpaid Flex OKU?
Anda perlu bawa bersama dan pamerkan:

  • MyKad asli.
  • Kad OKU asli dan sah.