Hotlink Postpaid : OKU RM10 rebat bulanan 

 

  • Am
  • Hotlink Postpaid : OKU RM10 rebat bulanan 

Siapa yang layak untuk dapat rebat Hotlink Postpaid OKU ini?
Untuk menikmati rebat, anda perlu menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan IC biru yang sah (tidak termasuk IC merah PR / warga asing).
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki kad OKU sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pelan mana yang layak dapat rebat Hotlink Postpaid OKU?
Untuk menikmati rebat, anda perlu melanggan pelan Hotlink Postpaid dengan Lebih Banyak Data - 8GB dengan langganan bulanan RM40/bulan.
 

Bagaimanakah boleh saya mendaftar dengan rebat Hotlink Postpaid OKU?
Anda boleh mendaftar untuk pelan dan rebat ini di mana-mana Kedai Maxis.
 

Apakah dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran rebat Hotlink Postpaid OKU?
Anda perlu bawa bersama dan pamerkan:

  • MyKad asli.
  • Kad OKU asli dan sah.