Hotlink Prepaid Video - Minit IDD PERCUMA

Bagaimana boleh saya dapati Minit Indonesia dan Bangladesh Percuma?  
Pelanggan Prabayar Hotlink Video yang menambah nilai RM10 dalam satu minggu akan menerima 60 minit panggilan ke Indonesia dan 30 minit panggilan ke Bangladesh secara PERCUMA. Minit percuma ini sah untuk 3 hari dan hanya akan diberikan sekali dalam seminggu. Kitaran satu minggu dikira dari 00:00am hari Isnin sehingga 11:59pm hari Ahad. Promo ini hanya untuk tempoh terhad.
 

Bolehkah saya dapat minit percuma panggilan ke Indonesia dan Bangladesh sekiranya saya menambah nilai RM30 dalam satu minggu?
Ya, anda akan menerima 60 minit panggilan ke Indonesia dan 30 minit panggilan ke Bangladesh jika anda menambah sebarang nilai lebih daripada RM10 dalam satu minggu.  Minit percuma ini hanya sah untuk 3 hari dan hanya diberikan sekali dalam seminggu.
 

Apa yang akan berlaku dengan minit percuma selepas 3 hari?
Minit percuma ini akan dibatalkan penggunaannya selepas tempoh sah 3 hari telah luput. Jangan bimbang, anda hanya perlu tambah nilai pada minggu seterusnya untuk dapatkan lagi minit percuma ini!