Hotlink Prabayar

Berapa harga pek permulaan Prabayar Hotlink dan apa yang terkandung di dalam SIM?

Dengan mengaktifkan pek permulaan Prabayar Hotlink, anda akan menikmati 10GB internet pantas Facebook PERCUMA setiap bulan (Hotlink RED) atau 10GB internet pantas YouTube setiap bulan (Hotlink SUPERRR), kredit sedia ada RM5 (sah 5 hari), 300MB internet laju (sah 2 hari) & 500MB Internet Asas PERCUMA setelah diaktifkan.

 

Apakah maksud 10GB Facebook PERCUMA?

Pelanggan yang memilih pelan Hotlink RED akan dapat menikmati Pas Internet 10GB Facebook PERCUMA setiap bulan. 10GB Facebook PERCUMA ini akan diperbaharui semula setiap bulan dari tarikh pengaktifan, selagi akaun Hotlink anda aktif.

 

Bagaimana saya boleh dapatkan 10GB YouTube PERCUMA?

Data 10GB YouTube PERCUMA hanya sah untuk pelan Hotlink SUPERRR. Anda hanya perlu kekal aktif dan anda akan dapat 2.5GB YouTube setiap minggu. Data 2.5GB YouTube akan diperbaharui setiap 7 hari dari tarikh pengaktifan.

 

Apakah maksud 2X YouTube PERCUMA?

Untuk pelanggan dengan pelan Hotlink SUPERRR, anda akan dapat lebih 2X kuota internet khas untuk YouTube dan Tonton bila anda beli mana-mana pas internet mudah alih yang terpilih. Anda hanya perlu akses aplikasi Hotlink RED dan klik “claim” untuk menebus kuota YouTube PERCUMA.

 

Contoh.

  • Saya beli pas internet 6GB dengan RM35. Sah selama 30 hari.
  • Saya layak untuk menebus pas internet YouTube 12GB PERCUMA.
  • Saya akses Aplikasi Hotlink RED, dan klik “Claim” di halaman utama.
  • Kini saya boleh menonton semua filem, drama bersiri dan muzik video kegemaran di YouTube dan Tonton!

 

Apa yang akan terjadi apabila kuota 2X YouTube PERCUMA saya habis?

Apabila anda sedang menonton YouTube dan kuota 2X YouTube telah tamat, kuota seterusnya akan diambil daripada 10GB YouTube PERCUMA yang diperolehi daripada pelan ini. Apabila kuota tersebut pula habis, kuota video YouTube seterusnya akan diambil daripada pas internet telefon anda yang berikutnya.

 

Bolehkah saya menebus kuota 2X YouTube PERCUMA lebih daripada sekali?

Setiap pembelian pas internet mudah alih terpilih membolehkan anda untuk menebus hanya satu (1) pas PERCUMA. Beli satu lagi pas internet mudah alih yang sah dan anda boleh menebus satu lagi pas PERCUMA.

 

Bolehkah saya menebus 2X YouTube PERCUMA apabila membeli IDD Hot Ticket dengan SUPERRR?

Tidak boleh. 2X YouTube PERCUMA hanya boleh digunakan untuk pembelian internet mudah alih terpilih. Hot Ticket SUPERRR didatangkan dengan kredit IDD PERCUMA! Kredit IDD PERCUMA boleh digunakan untuk 10 negara terpilih; Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Myanmar, Filipina, Vietnam, China, Pakistan & Thailand.

 

Apakah kadar panggilan suara & SMS?

Nikmati kadar rata 15sen/30saat & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video sama dengan kadar panggilan suara. Nikmati kadar Activ10 ke 10 teman Hotlink/Maxis dengan kadar panggilan 6sen/30saat dan 1sen/SMS. Untuk tambah nombor Activ10, dail *100# > Hot Deals > Activ10.

 

Bagaimana saya boleh memulakan penggunaan internet? Adakah saya akan dicaj kadar pay-per-use 10sen/10kb?

Untuk Pelan Hotlink Red, anda tidak akan dikenakan caj kadar pay-per-use. Untuk memulakan internet, beli pas internet daripada Aplikasi Hotlink RED (muat turun dari Google Play Store & App Store secara PERCUMA).

 

Bagaimana saya nak menguruskan akaun menerusi pelan ini? Contoh; beli pas-pas Internet, periksa baki dan lain-lain.

Untuk pengalaman & ganjaran terbaik, muat turun aplikasi Hotlink RED dari App Store/Google Play Store. Anda juga boleh dail *100#.

 

Apakah jangka hayat Pelan Hotlink RED?

Pelan Hotlink RED memberikan anda tempoh aktif selama 5 hari selepas pengaktifan dengan kredit tambahan tempoh tangguh selama 50 hari.

 

Apakah tempoh ‘kredit tangguh’ (grace period) atau dulu dikenali sebagai tempoh ‘deactive’?

Semasa dalam keadaan tempoh kredit tangguh, anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, SMS & melayari internet, sila isi semula kredit anda. Untuk mengelakkan pemotongan, pastikan anda isi semula sebelum tempoh kredit tangguh tamat.

 

Apa yang akan berlaku kepada kredit yang tidak digunakan dalam tempoh kredit tangguh?

Kredit yang tidak digunakan akan dibeku, dan anda akan hanya boleh menerima panggilan dan SMS sahaja. Setelah anda isi semula, baki kredit yang tidak digunakan akan disatukan dengan jumlah terbaharu isian semula.

 

Apa yang akan berlaku dengan langganan internet saya semasa tempoh kredit tangguh?

Semasa tempoh kredit tangguh, anda tidak boleh menggunakan baki kuota daripada pas internet. Isi semula untuk kembali menggunakan pas internet anda.

 

Apakah maksud Internet Asas PERCUMA Pelan Hotlink RED dan cara untuk menikmatinya?

Internet Asas PERCUMA membolehkan anda kekal berhubung pada kelajuan 64kbps di semua aplikasi 24/7 secara PERCUMA, walaupun setelah kehabisan kuota. Internet Asas PERCUMA boleh dinikmati dalam tempoh 1 jam selepas Pelan Hotlink RED anda diaktifkan.

 

Bolehkah Internet Asas PERCUMA digunakan untuk perayauan?

Tidak boleh. Caj biasa untuk perayauan data akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari www.hotlink.com.my/roaming.