Pas-Pas Harian Baharu

Siapakah yang layak melanggan pas-pas harian baharu?
Pelanggan-pelanggan Hotlink RED atau Hotlink RED ECEM sah melanggan pas-pas harian baharu. Belum melanggan Hotlink RED? Naik taraf sekarang melalui aplikasi Hotlink RED!

 

Aplikasi manakah yang boleh menggunakan pas Muzik Tanpa Had RM1?
Pas ini menawarkan Internet tanpa had bagi aplikasi muzik kegemaran anda selama 24 jam untuk hanya RM1. Aplikasi yang boleh menggunakan pas ini ialah Spotify, JOOX, KKBox, dan banyak lagi. Senarai penuh aplikasi boleh didapati di https://www.hotlink.com.my/ms/lifestyle/entertainment/music-unlimited.html

 

Apakah yang boleh saya nikmati dengan Pas YouTube Tanpa Had?
Tonton dan muat turun video YouTube dan Tonton kegemaran anda sepuas hati selama 24 jam dengan pas YouTube Tanpa Had! Pelayaran laman web selain YouTube akan menggunakan data daripada pas Internet anda yang lain, atau kuota Internet basic jika anda tidak melanggan mana-mana pas Internet. Kelajuan Pas YouTube Tanpa Had dihadkan kepada 1Mbps, selari dengan seting standard penstriman.

 

Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu (1) pas Internet Larut Malam 10GB?
Ya, kerana pas Larut Malam 10GB boleh ditindan. Tetapi, penggunaan Internet hanya dibenarkan untuk penggunaan Larut Malam bermula 1 pg. ke 7 pg. Di luar waktu ini, penggunaan anda akan ditolak daripada data pas Internet anda yang lain, atau kuota Internet basic jika anda tidak mempunyai sebarang pas Internet.