Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Hotlink RED - Pas-pas Internet Tanpa Henti

  • Pelanggan Hotlink RED atau Hotlink RED ECEM yang membeli mana-mana Pas Internet layak menikmati internet laju tanpa henti PERCUMA untuk aplikasi sosial, chat dan video kegemaran mereka. Hanya pilih di antara RED Social, RED Chat atau RED Video tanpa henti dan nikmati internet laju tanpa henti untuk aplikasi berikut:

    NAMA PAS PEMBAHARUAN AUTOMATIK PENGGUNAAN INTERNET PERCUMA SAH UNTUK APLIKASI TERPILIH
    RED SOCIAL TIDAK

    Facebook

    Instagram

    Snapchat

    Twitter

    Pinterest

    RED CHAT TIDAK

    WhatsApp

    Wechat

    LINE

    QQ

    IMO

    RED VIDEO

    *Boleh digunakan pada jam
    1 pagi hingga 7 pagi setiap hari

    TIDAK

    YouTube

    iFlix

    AstroGo

    Viu

    Tonton

  • Pas internet tanpa henti hanya boleh ditebus menerusi aplikasi Hotlink dan UMB. Sebaik sahaja anda menerima pengesahan SMS, anda boleh menikmati internet berkelajuan pantas tanpa henti di aplikasi kegemaran anda.

  • Kuota Internet PERCUMA Tanpa Henti anda tidak akan digunakan untuk laman web yang dihoskan oleh pihak ketiga, sebaliknya ia akan digunakan dari pas internet asas anda. Untuk makluman anda, penggunaan P2P dan panggilan VOIP/Video di Facebook serta WhatsApp adalah dikecualikan dari RED Chat tanpa henti. Selain itu, aplikasi NJOI tidak termasuk dalam RED Video.

  • Tempoh sah internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA bermula daripada masa penebusan dan akan berakhir serentak dengan jenis Pelan Internet asas yang dibeli. Contoh, jika anda membeli pas internet mingguan RM10 yang sah selama 7 hari dan menebus pas RED Social PERCUMA pada hari yang sama, pas RED Social PERCUMA akan tamat tempoh serentak dengan Pas Internet asas mingguan anda.

  • Ya, anda boleh sambungkan internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA ke alat peranti lain. Walau bagaimanapun had kelajuan akan di had pada 5mbps bagi data yang disambungkan.

  • Ya, anda boleh menebus lebih daripada satu pas Internet Tanpa Henti selagi anda membeli pas internet yang dipilih. Contohnya, jika anda membeli dua pas Internet Mudah Alih yang dipilih, anda boleh menebus dua pas Internet Tanpa Henti.

PAS Internet RED Sosial

  • Pas internet RED Sosial percuma adalah tertakluk kepada Policy Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). FUP untuk pas mingguan/bulanan ditetapkan pada 20 GB dan 4 GB untuk pas harian selama tempoh sah aktif. Setelah melebihi FUP ini, penggunaan data anda pada pas ini akan dihadkan kepada kelajuan 512KBps hanya dari jam 8:00 malam hingga 11.59 malam setiap hari sehingga pas tersebut tamat. Penggunaan pas di luar jam 8:00 malam hingga 11.59 malam tidak akan menjejaskan had laju pas sepanjang keseluruhan tempoh sah pas tersebut. Inisiatif FUP di atas adalah untuk memastikan keadilan penggunaan dan pengalaman kepada semua pelanggan Maxis / Hotlink yang berkongsi rangkaian yang sama.

Pas Internet RED Video

  • Pas Internet RED Video adalah percuma dan hanya sah untuk penggunaan antara jam 1:00 pagi hingga 7:00 pagi setiap hari untuk anda menikmati aplikasi terpilih yang disenaraikan dalam jadual di atas. Penggunaan di luar tempoh jam 1:00 pagi hingga 7:00 pagi akan ditolak dari pas internet aktif yang tersedia seterusnya. Sekiranya anda tidak mempunyai pas internet aktif lain, anda tidak akan dapat mengakses internet di luar tempoh percuma tersebut.

  • Pas Internet RED Video dikenakan Policy Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). FUP untuk pas ini adalah sebanyak 1 TB setiap bulan. Setelah habis kuota FUP, kuota internet akan ditolak dari pas internet yang aktif seterusnya. Sekiranya anda tidak mempunyai pas internet aktif lain yang tersedia, anda tidak akan dapat mengakses internet.

Pas Internet RED Chat

  • Pas Internet RED Chat dikenakan Policy Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). FUP untuk pas ini adalah sebanyak 1 TB setiap bulan. Setelah habis kuota FUP, kuota internet akan ditolak dari pas internet yang aktif tersedia seterusnya. Sekiranya anda tidak mempunyai pas internet aktif lain yang tersedia, anda tidak akan dapat mengakses internet.

Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink