Hotlink RED - Pas-pas Internet Tanpa Had

Pelan Hotlink yang manakah layak menikmati pas-pas Internet Tanpa Had?

Pelanggan Hotlink RED atau Hotlink RED ECEM yang membeli mana-mana Pas Internet layak menikmati internet laju tanpa had PERCUMA untuk aplikasi sosial, chat dan video kegemaran mereka. Hanya pilih di antara RED Social, RED Chat atau RED Video tanpa had dan nikmati internet laju tanpa had untuk aplikasi berikut:

NAMA PAS KUOTA STANDARD PEMBAHARUAN AUTOMATIK

PENGGUNAAN INTERNET PERCUMA SAH UNTUK APLIKASI TERPILIH

RED SOCIAL

Tanpa had

(FUP 1TB)

TIDAK

Facebook

Instagram

Snapchat

Twitter

Pinterest

RED CHAT

Tanpa had

(FUP 1TB)

TIDAK

WhatsApp

Wechat

LINE

QQ

IMO

 

RED VIDEO

(1am – 7am)

Tanpa had

(FUP 1TB)

TIDAK

YouTube

iFlix

AstroGo

Viu

Tonton

 

 

Pas-pas Internet Tanpa Had hanya boleh ditebus melalui aplikasi Hotlink. Setelah menerima SMS makluman pengaktifan, teruskan menikmati internet laju tanpa had PERCUMA melalui aplikasi kegemaran dengan Pas RED anda.

Kuota Internet PERCUMA Tanpa Had anda tidak akan digunakan untuk laman web yang dihoskan oleh pihak ketiga, sebaliknya ia akan digunakan dari pas internet asas anda. Untuk makluman anda, penggunaan P2P dan panggilan VOIP/Video di Facebook serta WhatsApp adalah dikecualikan dari RED Chat tanpa had. Selain itu, aplikasi NJOI tidak termasuk dalam RED Video.

 

Berapa lamakah tempoh sah internet berkelajuan tinggi tanpa had PERCUMA?

Tempoh sah internet berkelajuan tinggi tanpa had PERCUMA bermula daripada masa penebusan dan akan berakhir serentak dengan jenis Pelan Internet asas yang dibeli. Contoh, jika anda membeli pas internet mingguan RM10 yang sah selama 7 hari dan menebus pas RED Social PERCUMA pada hari yang sama, pas RED Social PERCUMA akan tamat tempoh serentak dengan Pas Internet asas mingguan anda.

 

Bolehkah saya menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA dengan komputer riba?

Ya, anda boleh sambungkan internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA ke alat peranti lain. Walau bagaimanapun had kelajuan akan di had pada 5mbps bagi data yang disambungkan.