Hotlink RED - RED Social & RED Chat

Apakah maksud RED Social & RED Chat tanpa had?

Pelanggan Hotlink RED yang membeli mana-mana Pas Internet layak menikmati internet laju tanpa had PERCUMA untuk aplikasi sosial atau chat kegemaran mereka. Hanya pilih di antara RED Social atau RED Chat tanpa had dan nikmati internet laju tanpa had untuk aplikasi berikut:

NAMA PAS KUOTA STANDARD PEMBAHARUAN AUTOMATIK PENGGUNAAN INTERNET PERCUMA SAH UNTUK APLIKASI TERPILIH
RED SOCIAL

Tanpa had

(FUP 1TB)

TIDAK

Facebook

Instagram

Snapchat

Twitter

Pinterest

RED CHAT

Tanpa had

(FUP 1TB)

TIDAK

WhatsApp

Wechat

LINE

QQ

IMO

RED Social atau RED Chat tanpa had hanya boleh ditebus melalui Aplikasi Hotlink RED.Setelah menerima SMS makluman pengaktifan, teruskan menikmati internet laju tanpa had PERCUMA melalui aplikasi kegemaran dengan Pas RED anda.

Kuota Pas internet RED Social atau RED Chat tanpa had anda tidak akan digunakan untuk laman web yang dihoskan oleh pihak ketiga, sebaliknya ia akan digunakan dari pas internet asas anda. Untuk makluman anda, penggunaan P2P dan panggilan VOIP/Video di Facebook serta WhatsApp adalah dikecualikan dari RED Chat tanpa had.

 

Berapa lamakah tempoh sah internet berkelajuan tinggi tanpa had PERCUMA?

Tempoh sah internet berkelajuan tinggi tanpa had PERCUMA bermula daripada masa penebusan dan akan berakhir serentak dengan jenis Pelan Internet asas yang dibeli. Contoh, jika anda membeli pas internet mingguan RM10 yang sah selama 7 hari dan menebus pas RED Social PERCUMA pada hari yang sama, pas RED Social PERCUMA akan tamat tempoh serentak dengan Pas Internet asas mingguan anda.

 

Bolehkah saya menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA dengan komputer riba?

Ya, anda boleh sambungkan internet berkelajuan tinggi tanpa henti PERCUMA ke alat peranti lain. Walau bagaimanapun had kelajuan akan di had pada 5mbps bagi data yang disambungkan.