RED Video

Pelan Hotlink yang manakah layak menikmati pas-pas Internet Tanpa Had?
Anda akan dapat menikmati pas-pas Internet Tanpa Had jika melanggan pelan Hotlink RED atau Hotlink RED ECEM. Cuma langgan mana-mana pas terpilih dan tebus satu pas Internet Tanpa Had percuma.

 

Bagaimanakah cara untuk menebus pas-pas Internet Tanpa Had?
Langgan mana-mana Pas-pas Internet terpilih, kemudian buka aplikasi Hotlink RED dan klik "Claim" pada laman utama aplikasi. Anda juga boleh menebus melalui menu mudah *100#. Hanya pilih 3 NEW Unlimited Internet > 3 Claim FREE Internet

 

Apakah faedah Pas Video Larut Malam Tanpa Had?
Anda boleh menikmati Internet tanpa had bermula 1 pg. - 7 pg. untuk 5 aplikasi video kegemaran anda:-

  • YouTube
  • iFlix
  • AstroGo
  • Viu
  • Tonton

 

Apakah yang akan terjadi jika saya membuka 5 aplikasi tersebut di luar tempoh masa 1 pg. - 7 pg., setelah melanggan Pas Video Larut Malam Tanpa Had?
Jika anda melayari mana-mana daripada 5 aplikasi video tersebut di luar tempoh masa 1 pg. - 7 pg., penggunaan data akan ditolak daripada pas asas Internet Mudah Alih dan bukannya daripada Pas Video Larut Malam Tanpa Had Percuma.

 

Bolehkah saya menebus lebih daripada satu pas Internet Tanpa Had?
Ya, pas-pas Internet Tanpa Had boleh ditindan. Contoh, jika anda membeli dua daripada pas-pas Internet Mudah Alih terpilih, anda boleh memilih untuk menebus daripada salah satu pas Internet Tanpa Had tersebut.

 

Adakah aplikasi NJOI daripada Astro juga termasuk dalam Pas Video Larut Malam Tanpa Had?
Malangnya tidak. Hanya AstroGo (Astro On the Go) layak untuk penggunaan Pas Video Larut Malam Tanpa Had bermula 1 pg. hingga 7 pg. Anda juga boleh memilih untuk menonton di YouTube, Viu, iFlix or Tonton dalam tempoh masa yang ditetapkan ini.