Pek Permulaan - 'Chat' Sosial Percuma

 

Apakah maksud 'Chat' Sosial Percuma?

'Chat' Sosial Percuma membolehkan anda untuk kekal berhubung menggunakan aplikasi chat pada bila-bila masa dan menggunakan mana-mana pelayar mudah alih berkelajuan 64kbps.

Semua pelanggan #Hotlink yang aktif akan menerima 'Chat' Sosial Percuma.

 

Apakah had kelajuan 'Chat' Sosial Percuma?

'Chat' Sosial Percuma membolehkan anda chat dan melayari internet dengan kelajuan sehingga 64kbps.

 

Apakah yang saya boleh lakukan dengan 'Chat' Sosial Percuma?

Anda boleh chat 24/7 secara PERCUMA menggunakan semua app chat seperti WhatsApp, WeChat, KakaoTalk, Line, ChatOn & banyak lagi! Untuk maklumat, panggilan VoIP TIDAK sah untuk Chat Sosial PERCUMA.

 

Saya baru dapatkan Pelan #Hotlink. Bagaimanakah caranya untuk mengaktifkan 'Chat' Sosial Percuma?

'Chat' Sosial Percuma anda akan diaktifkan sepenuhnya 2 jam selepas pengaktifan Pelan #Hotlink anda.
Untuk aktifkan pek SIM anda, dail 122 & pilih bahasa.

 

Adakah saya dapat menggunakan 'Chat' Sosial Percuma walaupun kredit saya telah tamat tempoh?

Tidak. 'Chat' Sosial Percuma hanya sah untuk pengguna yang berstatus ‘aktif’.

Cuma tambah nilai untuk kekal ‘aktif’.

 

Adakah 'Chat' Sosial Percuma boleh digunakan ketika saya dalam perantauan?

Tidak. Caj data perantauan biasa akan dikenakan.

Klik di sini untuk caj data perantauan.