Pek Permulaan - Penukaran Pelan

 

Saya sekarang ni mengguna Hotlink Esktra/Basic/SMS/Talk Plan/ Hotlink 2.0 & 3.0. Bolehkah saya bertukar ke pelan baru ini? Bagaimanakah caranya?

Ya, semua pelan boleh bertukar, kecuali Hotlink Youth Club, Hotlink Campus Edition. Hanya dail *108*27# untuk bertukar ke Pelan #Hotlink. (EC Edition).

 

Adakah semua kelebihan Hotlink sedia ada saya kekal selepas saya bertukar ke #Hotlink?

Semua kelebihan Hotlink anda kekal, kecuali Validity 90 & Validity 365.

 

Apa akan berlaku kepada tempoh tamat kredit saya selepas saya bertukar ke pelan baru ini?

Selepas bertukar:

  1. Tempoh tamat kredit ( tempoh aktif) akan menetapkan semula kepada 30 hari.
  2. Tempoh tidak aktif akan menjadi 50 hari sebelum penamatan talian.

 

Apakah yang berlaku kepada langganan dan pembelian saya, contoh: pas Internet Mudah Alih selepas pemindahan?

Semua langganan dan pembelian akan kekal selepas pemindahan. Contoh pembelian/langganan: Hot Ticket, pas-pas Internet, Hotlink 5 atau pas-pas Hotlink 10 dan sebagainya.

 

Adakah saya sudah boleh menggunakan Internet Asas PERCUMA sebaik saja membuat pemindahan?

Tidak, sila tunggu selama 2 jam untuk Internet Asas PERCUMA anda aktif.

 

Berapa caj permindahan yang akan dikenakan?

RM5 akan ditolak daripada jumlah kredit anda.