Pek Permulaan - Tempoh Hayat

 

Apakah tempoh hayat bagi pelan #Hotlink (EC edition)?

Pelan #Hotlink memberikan anda tempoh aktif selama 5 hari selepas pengaktifan dan tambahan 50 hari untuk tempoh tidak aktif.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh ‘tidak aktif’?

Semasa dalam tempoh tidak aktif, anda cuma boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membolehkan anda membuat panggilan, SMS, dan melayari internet asas PERCUMA, sila lakukan tambah nilai. Untuk mengelakkan perkhidmatan anda dipotong, sila tambah nilai sebelum tamatnya tempoh tidak aktif.

 

Apa akan terjadi kepada kredit saya yang masih belum digunakan dalam tempoh tidak aktif?

Kredit anda yang tidak digunakan dalam tempoh tidak aktif akan dibekukan, dan anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS sahaja. Sebaik saja membuat tambah nilai, baki kredit yang masih ada boleh digunakan bersama amaun Tambah Nilai anda.

 

Apakah yang perlu saya lakukan untuk membolehkan akaun Hotlink saya kekal aktif?

Lakukan tambah nilai untuk terus aktif. 

 

Saya ingin melanggani Validity365 tetapi tidak disediakan untuk pelan #Hotlink.

Harap maaf, Validity365 tidak disediakan untuk pelan #Hotlink.