Missed Called Services - Langganan

 

Apakah Call Me Alert?

Ia adalah pakej perkhidmatan yang merangkumi:

NotifyMe SMS: Pemanggil (Pihak A) akan dimaklumkan apabila penerima (Pihak B) cuba menghubungi anda dan kini boleh dihubungi semula

TextBack: Membolehkan pelanggan menghantar SMS automatik kepada pemanggil (Pihak A) jika anda gagal menerima/tidak dapat menerima panggilan mereka.

 

Siapakah yang layak menikmati Call Me Alert?

Tidak sah untuk BAU/Yan USP, MVNO, Broadband & e-Reload.

 

Apakah caj langganan yang akan dikenakan?

Caj langganan hanya RM1 (sah selama 3 bulan, Pembaharuan Automatik). Nota: Pelanggan baru akan menikmati tempoh percubaan selama 30 hari.

 

Mengapakah saya dikenakan caj langganan RM0.35, dan bukannya RM1?

Ini kerana kami gagal mengenakan caj penuh langganan RM1 untuk 3 bulan. Oleh itu, kami hanya mengenakan RM0.35 untuk caj langganan 1 bulan. Untuk pembaharuan seterusnya, caj biasa RM1 untuk langganan 3 bulan akan dikenakan.

 

Bagaimanakah cara untuk melanggan perkhidmatan ini?

Anda boleh melanggan dengan:

UMB: Dail *100# > Akaun Saya & Lain Lain > Servis Xtra > Call Me Alert > Langgan

SMS: Hantar YA ke 22000

 

Bolehkah saya menikmati perkhidmatan NotifyMe SMS & TextBack, jika saya membatalkan langganan sebelum tempoh percubaan percuma berakhir? Adakah saya akan menerima tempoh percubaan percuma apabila melanggan semula perkhidmatan ini?

  • Tidak, NotifyMe SMS & TextBack tidak akan dihantar kepada anda setelah membatalkan langganan.
  • Tempoh percubaan ditawarkan sekali sahaja.

 

Bolehkah saya menikmati perkhidmatan jika saya telah menghantar “STOPCMA” ke 22000 pada bulan ke-2 langganan pakej 3 bulan (pada harga RM1)?

Tidak, langganan Call Me Alert anda akan ditamatkan serta-merta.