Kredit Hotlink & Maxis Direct Billing - Bayaran Balik

 

Bolehkah permohonan pembayaran balik dibuat untuk pembelian aplikasi Android yang tidak disukai?

Ya, anda boleh membuat permohonan pembayaran balik selagi ia termaktub dalam tempoh 2 jam dasar pembayaran balik Google. Cuma pilih aplikasi yang telah dilanggan dalam Google Play™ dan kemudian pilih ‘Refund’. Selepas 2 jam, anda akan dapat melihat pilihan ‘Uninstall’ dan bukannya ‘Refund’. ‘Uninstall’ akan membuang aplikasi daripada peranti anda tanpa sebarang pembayaran balik.

 

Bolehkah saya mendapat pembayaran balik untuk pembelian aplikasi Android saya setelah tempoh 2 jam pembayaran balik tamat?

Anda perlu membuat permintaan terus kepada pihak penerbit/pemilik aplikasi. Ia akan tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak mereka untuk menentukan kesahihan permintaan anda. Jika pihak pernerbit/pemilik bersetuju, mereka akan membuat permohonan pembayaran balik kepada Google, yang kemudiannya akan memaklumkan pihak Maxis untuk membuat pembayaran balik.

Untuk menghubungi pihak pembangun, sila hubungi mereka melalui aplikasi tersebut sendiri, atau dalam e-mel maklumat yang anda terima daripada Google selepas pembelian aplikasi tersebut.

 

Apakah dasar pembayaran balik Google untuk pembelian dalam aplikasi?

Pembelian dalam aplikasi merupakan perkhidmatan atau kandungan tambahan yang diperolehi daripada aplikasi. Malangnya, tempoh 2 jam tidak merangkumi pembelian dalam aplikasi. Anda hendaklah terus membuat permintaan tersebut kepada pembangun aplikasi dan semua pembayaran balik adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pembangun.

 

Apakah dasar pembayaran balik untuk jenis kandungan yang lain daripada Google Play™?

Untuk lain-lain dasar pembayaran balik, sila layari https://support.google.com/googleplay/answer/2479637?hl=eAU&ref_topic=3364671

 

Adakah makluman akan diberikan jika permohonan pembayaran balik saya berjaya?

Ya, anda akan menerima SMS makluman daripada Maxis.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya terlalu kerap membuat permohonan pembayaran balik?

Kekerapan permintaan yang tinggi mungkin akan menyebabkan akaun anda disekat daripada melakukan transaksi. Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami untuk maklumat lanjut.