Kredit Hotlink & Maxis Direct Billing - Tetapan

 

Perlukah saya melakukan penetapan sebelum menggunakan perkhidmatan ini?

  1. Buka aplikasi Google Play Store. (pastikan anda telah log masuk)
  2. Periksa sama ada WiFi telah ditutup, dan anda sedang menggunakan rangkaian Maxis/Hotlink 3G/4G dan SMS telah diaktifkan.
  3. Pergi ke Menu   > Account > Add payment method > Bill my Maxis/Hotlink Account
  4. Cara pembayaran baru kini ditambah ke akaun Google anda.
  5. Selesai. Lancarkan mana-mana aplikasi dan mulakan membeli-belah dalam aplikasi, atau langgan aplikasi di Google Play Store.

 

Perlukah saya mengulangi langkah ini untuk setiap pembayaran yang menggunakan Kredit Hotlink/ Maxis Direct Billing?

Tidak, langkah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja sebelum melakukan pembelian pertama.

 

Bagaimanakah cara untuk menetapkan perlindungan kata laluan di Google Play™?

Untuk menetapkan kata laluan:

  1. Pergi ke aplikasi Google Play™ Store pada peranti mudah alih anda
  2. Pergi ke ikon Menu > Setting
  3. Pilih ‘Require authentication for purchases’ dan pilih ‘For all purchases through Google Play™ on this device’
  4. Lengkapkan tetapan dengan kata laluan anda. 

Anda dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan di Google Play™ Store kerana Maxis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pembelian yang tidak disengajakan / tidak diingini dan dicaj kepada akaun Hotlink anda.

 

Bagaimanakah saya akan dicaj untuk pembelian Google Play™?

Untuk pelanggan Pascabayar, pembelian anda akan dicaj ke dalam pusingan bil yang seterusnya. Untuk pelanggan Prabayar, pembelian akan menggunakan kredit sedia ada anda.

 

Adakah terdapat had pembelian di Google Play™ dengan menggunakan Kredit Hotlink atau Maxis Direct Billing?

Untuk pelanggan Pascabayar, had pembelian sebulan ialah RM200 sebulan. Untuk meningkatkan had pembelian, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan lanjut. Untuk pengguna talian tambahan, had pembelian anda hanya boleh diubah oleh pemegang akaun utama.

Untuk pelanggan Prabayar, tiada had pembelian di Google Play selama kredit anda cukup untuk pembelian.

 

Berapakah had pembelian Google Play™ saya, bolehkah ia ditukar?

Had pembelian sedia ada ialah RM200 sebulan. Pemegang akaun utama untuk talian pelanggan Prabayar boleh membuat permohonan untuk meningkatkan had pembelian dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan untuk bantuan. Peningkatan had pembelian adalah tertakluk kepada budi bicara Maxis.

 

Adakah saya akan dimaklumkan untuk sebarang pembelian?

Ya, anda dan pemegang akaun utama (jika ada) akan menerima SMS makluman setelah pembayaran dibuat. Anda juga akan menerima e-mel pengesahan daripada Google, atau periksa penyata pembelian dalam Google Wallet anda.

 

Saya tidak dapat menetapkan cara pembayaran Maxis Direct Billing / Hotlink Credit kerana kegagalan pengesahan. Apakah yang boleh saya lakukan?

Jika anda mengalami masalah yang sama, sila ikuti seting berikut:

 

  1. Pastikan semua data saver telah ditutup (telefon & setting chrome)
  2. Pada seting telefon anda, cari  Apps >  Google Play Services > Storage > Clear data & clear cache. Lakukan yang sama untuk Apps > Google Play Store.
  3. Pastikan juga pilihan permission dibenarkan di bawah Apps > Google Play Services > Permissions. Lakukan yang sama untuk Apps > Google Play Store. Jika langkah di atas masih tidak dapat menyelesaikan isu pengesahan anda, sila hubungi Google Customer Care Hotline.