Perkhidmatan Sekatan Telefon Bimbit Awam - Introduction

 

Privasi data anda adalah penting bagi kami. MCMC telah mengeluarkan arahan, Arahan MCMC No.1 tahun 2013 (Perkhidmatan Sekatan Selular Awam untuk Telefon Mudah Alih) kepada semua pemberi perkhidmatan selular di Malaysia. Arahan tersebut menuntut Maxis dan semua pemberi perkhidmatan selular di Malaysia untuk menyerahkan semua data peribadi pelanggan kepada Malaysian Central Equipment Identity Register (MCEIR). Kami ingin menjelaskan kepada anda bahawa Maxis dan lain-lain pemberi perkhidmatan selular telah diarah di bawah undang undang untuk mematuhi arahan ini. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA 2010), kami mungkin mendedahkan data peribadi anda apabila menerima arahan dibawah perintah undang-undang. Untuk maklumat lanjut berkenaan PDPA, sila rujuk kepada Penyataan Privasi kami (www.hotlink.com.my/pdpa).